Semua gambar dan juga resepi yang disumbangkan di myresipi.com adalah hakmilik tuan punya asal dan juga
myresipi.com.
Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa
jua cara sama ada
elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa
kebenaran dari tuan punya asal ataupun myresipi.com.
500gram udang sederhana besar - dikopek buang kepala dan ekor
3 ulas bawang besar - dihiris nipis
3 ulas bawang putih - dihiris nipis
2 senduk cili kering yang dikisar
1 ikat daun kucai - dipotong anggaran 2 inchi
air asam jawa
Garam dan gula serta perasa
Minyak untuk menumis
Cara-cara
Panaskan minyak, masukkan bawang putih dan bawang besar. Masak hingga layu dan masukkan cili kering, masak hingga pecah minyak kemudian masukkan udang. masak hingga udang empuk dan masukkan garam, gula, perasa dan air asam jawa.
Apabila sambal udang masak, masukkan daun kucai akhir sekali dan gaul seketika dan sedia untuk dihidang.