oleh: yani Kek puding karamel

Kekpudingkaramel

Lapisan kek dan puding karamel


Created on : 19-01-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 20cm )

  • Karamel
  • 60g gula
  • 1 sudu besar air
  • 2 sudu besar air
  • Puding
  • 4 biji telur
  • 500ml susu segar
  • 70g gula
  • sedikit esen vanila
  • Kek span
  • 70g tepung gandum
  • 60g gula halus
  • 2 biji telur
  • 20g mentega- dicairkan

Cara-cara

  1. Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree. Cairkan mentega dan ketepikan.
  2. Kekpudingkaramel1
    Sediakan karamel Campurkan gula dengan 1 sudu air. Panaskan sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air lagi. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.
  3. Sediakan puding. Panaskan susu dan gula sehingga gula hancur dan padamkan api.
  4. Kekpudingkaramel2
    Masukkan telur dan esen vanila ke dalam mangkuk. Pukul sedikit. Kemudian tuangkan susu panas tadi perlahan-lahan ke dalam mangkuk sambil dikacau. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih.
  5. Kekpudingkaramel3
    Tapiskan no.4 ke dalam loyang karamel tadi.
  6. Kekpudingkaramel4
    Sediakan kek span. Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula sehingga kembang.
  7. Kekpudingkaramel5
    Pukul pula telur kuning dengan separuh gula lagi sehingga jadi bentuk krim.
  8. Kekpudingkaramel6
    Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati.
  9. Kekpudingkaramel7
    Ayak tepung ke dalam no.8 Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
  10. Kekpudingkaramel8
    Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.
  11. Kekpudingkaramel9
    Tuangkan adunan kek tadi ke dalam loyang puding tadi. Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.. so puding tu tak payah kukus or bakar dulu.)
  12. Caramelcakepudding
    Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.

Tag

kek puding




Laporan Masakan Bergambar (29)

Tadaa
11-02-2007
kek & puding tak sama rata..mungkin sbb guna tepung naik sndri.. camner pun eksperimen menjadi!.. mula2 dok terfikir betul ker kek tu takkan bercampur ngan puding.. tp aha betulll laa... tq cik yani
Laporan oleh: lindw

ur welcome..

Kek_caramel
21-03-2007
yummy..yummy...telah diuji jadi...tq yani :-)
Laporan oleh: zaliana

yg u buat nampak lebih cantik dr yg i punyalah..

Kek_coklat_caramel
21-03-2007
yang ni i modified sikit...karamel ngan kek coklat pulak....ingat lepas ni nak try wat lapis-lapis mcm kek lapis pulak...ok tak??
Laporan oleh: zaliana

dgn kek coklat pun nampak cantik zaliana.. tapi x manis sgt ke jadinya.. trylah buat berlapis-lapis.. lepas boh gambar kat sini.. nak juga tengok hasilnya macam mana..

0601011200004
03-07-2007
sedapnyee..nak kena buat lg..x puas mkn..!thankzzz yani..
Laporan oleh: kakfiza

welkam kakfiza

Pict0043
04-07-2007
terliur tgk kakfiza buat......heheheheh
Laporan oleh: rrozie17

terliur plak tengok yg rozie buat ni... ish dah lama benar x masak ni..

Caramelpuddingsponge
28-07-2007
Loved it! Thanks A LOT Yani =D
Laporan oleh: CruStA

ur welcome!

16-09-07_2034
19-11-2007
br dpt upload kat cni.. dah buat bulan9 lepas..mmg syiookk... siap pas² kat jiran lg.. tq yani
Laporan oleh: masz_73

ur welkam.. tak pas kat cni ke?

01
25-11-2007
best
Laporan oleh: princessharyati

wah.. kek dia tu cantik je naiknye

Img_1085
25-12-2007
karamel tak menjadi coz cairkan gula tu jap je tk smpi perang..tp rasa tak mengecewakan..sdp..
Laporan oleh: sismimi

kalau karamel menjadi ni mesti lagi cantik sebab ketebalan kek dgn puding tu sama je

Dsc00092
31-12-2007
my favourite. 2nd time buat br teringat nak amik gambar.
Laporan oleh: shima_2210

syok sgt nampaknya.. sampai terlupa nak ambik gambo.. sib baik yg 2nd ni sempat posing dulu sebelum dingap!!.. ehehe

2008_01050006
09-01-2008
sedap sedap....xsmpt nk amik gambar full...btw,thanks kak yani^_^
Laporan oleh: dayue

ur welcome!

Kek_puding_karamel
22-01-2008
baru buat semalam.. tak cantik sangat le yg saya buat.. keknya mcm tak kembang sgt.. kena cuba lagi nampaknya.. yg pasti mmg sodap..thanks kak yani
Laporan oleh: cikpuanmieza

gud luck utk next time

Image065
04-04-2008
tak berapa berjaya, bahagian kek & puding tu ok, tapi bahagian puding & karamel tu melekat kat cake pan. tapi apape pun, rasa dia mmg sedap. insyaAllah will try again.
Laporan oleh: azareena

tq.. sudi try resipi ni

P4100209
11-04-2008
tq....yani! sedap betul cake ni.
Laporan oleh: irisho

ur welcome

Kek_puding_karamel
18-04-2008
Terima kasih yani kerana sudi berkongsi resepi yang sangat sedap. My hubby and my friends suka sangat, sampai minta resepi. Jazakumullah khairan kathira.
Laporan oleh: ainulyusri

sama-sama.. sebar2kanlah resipi ni pd member2 yg lain.

Kek_puding_caremal
24-04-2008
yani..thanks la bebanyak..I buat kek U menjadi..memang sedap...pandai la U cipta resipi macam ni..TQ
Laporan oleh: rosshi

sama-sama..

Dsc02952
30-04-2008
buat ptg smlm 1/2 adunan.. lapisan kek nipis skit tp rasa ttp emmmm... ingatkn susah nak buat tp bak kata pepatah blm cuba blm tahu kan....
Laporan oleh: yatiezaini
Kek_puding_karamel
08-05-2008
Punyalah payah nk pham cara buat skali buat la senang sgt hehehe, jadik cuma pudingnya agak lembut so pecah bila potong tp rasa ok..sedap TQ
Laporan oleh: Aziemas

kena tunggu biar betul2 sejuk.. baru keluarkan.. so puding tu akan keras sket lagi.. taklah pecah bila dikeluarkan

Imgp5169
15-05-2008
xbpa sekata la plak kek dia.. tapi nagp jek.. hehehe..
Laporan oleh: tuberose78

emm... macam kek tu ada masalah sket..

26042008276
16-05-2008
baru try resipi nih. mmg best! tapi kan 2nd time buat kek dia tak jadi adunan dia bila campur ngan puding tenggelam kenapa yer?
Laporan oleh: chelin

adunan kek tu x ringgan kot

Kek_puding_karamel
20-05-2008
tengok org lain buat banyak yg kek nipis dan puding tebal, tp knor wat kek yg tebal.. hehe gebu sgt agaknya kek tu.. waahh sedapnya, yani.. bessttttt!!!
Laporan oleh: nor_67

kak nor meh sket.. nak buat sendiri banyak virus 2`M` lah pulak :p

Img0433a
20-05-2008
mmg sedap...hidang je trus licin..tapi...bhgn keknye keras skit n tak sekata...mmg tak pandai wat kek sponge pon ...huuu...
Laporan oleh: najah_82

kena praktis wat sponge cake agaknya .. ehehe

Dsc03332
26-05-2008
x ni dah balance kek & puding .. siap show off kat kakak lagi .. caya lah .. tks yani
Laporan oleh: yatiezaini

tergoda abih tengok gambo ni

Picture_013
08-06-2008
i da cuba ni:=)tq yani 4 resepi..best n ok..actually bakar brp minit?i agak2 je atas dah cm kering sikit atas tu.kek span emmm manis..so nx tme leh kurang kan gula..gula pn da mahal..esk i nk bg kwn2 rase..ade lh nnti yg nk order..k tq
Laporan oleh: zana08

kalau manis.. boleh kurangkan sket gula.. terpulang pd selera masing2.. tq sudi try resipi ni.

Img_0142
30-06-2008
Salam Yani.., kek ni dah jadi... cuak jugak memula... pas tu jadi... hepi ler... Tapi kek ni ngapa yer lebih nipis ?? Tak seimbang lak... apa pun rasanya best...dah bawak pi meeting hehehehe.. thanx Yani... for the superb receipe..
Laporan oleh: shasha77

kalau kek tu lebih nipis.. mesti kek tu x berapa menjadi.. dia tak berapa naik sgt..

Kek_puding_karamel
30-06-2008
buat lg sebab sedap..heheheheh TQ
Laporan oleh: Aziemas

rajinnye.. bak mai cni cket..

Photo-0188
07-07-2008
wat pemanis mulut masa berbuka...mmg sedap!siap hulur kat adik2 jiran sbelah....diorg pun ckp sedap! tQ k.yani!
Laporan oleh: hana6877

ur welcome! x nak hulur cni cket ke?.. ;)

Kek_puding_caramel
17-07-2008
K.yani tq, tq dah lama cari resepi ni, sy bari join dah try wat tp kek tak naik sebab salah letak tepung, nanti nak cuba wat lagi tq
Laporan oleh: srikandi

rupa dah ada.. cuma masalah kek ye.. takpe cuba lg

Caramel_cake_2nd_time
29-07-2008
percubaan untuk kali ke 2
Laporan oleh: srikandi

macam mn?.. kali ni dah jadi ke kek tu?..


Komen (103)

19-01-2007, nizam komen :

tak faham la yani....puding tu kena kukus tak masa masukkan adunan kek span kat atas puding tu tak bercampur ke.......kaedah kaup balik tu macam mana...sori la tanya soalan tah aper2.....nampak sedap jer...bahan2 dah ada ingat balik dari kursus ni nak try le...


19-01-2007, yani komen :

tak perlu.. adunan kek span tu akan terapung kat atas...


19-01-2007, nizam komen :

sori tanya lagi...saya tgk kat bawah kek tu macam ada letak base jer....


19-01-2007, yani komen :

kaup balik tu.. maksudkan kacau ambik dari bawah.. bawa naik ke atas.. jgn kacau kuat2 macam kacau dodol tu..


19-01-2007, Mat Gebu komen :

yani... macam mana kita nak tahu, yg bhg puding tu dah masak ke belum...manalah tau kan bila kek dah sejuk bila kita keluarkan tetiba bhg puding tu cair....... so yani any tips for that......


19-01-2007, nizam komen :

mentega tu suhu bilik ker...


19-01-2007, yani komen :

mat.. bila kita goncangkan sikit loyang tu.. kek tu tak nampak bergerak2... kira dah masaklah puding tu..


19-01-2007, yani komen :

nizam.. mentega yg diguna tu kena cairkan dulu.


19-01-2007, nizam komen :

jangan marah yer yani tanya banyak soalan saya baru nak belajar...


19-01-2007, skyblue komen :

yani, tadi i gi shopping beli cheesecake yg base dia tu sponge cake, rupanya macam kek ni. Kalau buat cheesecake kat atas, u think i boleh ikut cara u tak? (sedap kek tadi.. hehe)


19-01-2007, yani komen :

eh menarik tu cheesecake dgn sponge cake.. emm.. i rasa bolehlah.. bahagian puding tu u ganti dgn cheesecake.. trylah.. nanti report k.. ;)


19-01-2007, inaz komen :

yani...u dpt email saya......?


19-01-2007, yani komen :

inaz.. plz check ur email.


19-01-2007, Mat Gebu komen :

oh ye lupa nak tanya yani lagi satu perkara... air yg kita kena tuang dalam bekas berisi tin kek tu guna air sejuk ke air panas?....sebab mat pernah juga buat resepi yg guna kaedah "baine-marie" macam cara yani.....tapi guna air panas...


19-01-2007, haXira komen :

kak yani....nak tanye. kalau buat cheesecake...mesti gune springform pan ke??...kalau loyang yg tak boleh bukak tu bole tak??


19-01-2007, junjs11 komen :

wah..very interesting la yani..dia mmg divide sendiri bila masak ek..jun x pernah wat resepi camni..teruja giler nak try nih..hrp2 jadik la..bhn2 pun senang jer..


19-01-2007, yani komen :

Mat.. air tu suam pun boleh.. panas pun boleh..


19-01-2007, yani komen :

haXira.. kalau non-baked cheesecake tu kena guna springform utk nampak cantik.. kalau yang bake tu tak kisah..yg takleh bukak bahagian bawah pun takpe


19-01-2007, drzaikk komen :

gambar tu mcm ade base. ade base ke?


19-01-2007, yani komen :

jun.. a'ah dia mmg divide sendiri.. adunan sponge cake tu tak bercampur dgn adunan puding... adunan tu terapung kat atas.. kena make sure masa pukul telur putih tu kena betul2 kembang.. so dia jadi ringan.


19-01-2007, yani komen :

drzaikk.. yg nampak macam base tu sebenarnya permukaan kek.. nampak tebal sikit tu sebab dah serap karamel. Masa dalam loyang, kek tu kat bahagian atas. Bila nak keluarkan kek tu kita terbalikkan.. so yg puding tu jd kat atas.. karamel tu pula ada yg cair.. so menyeraplah juga pd kek.


19-01-2007, Mat Gebu komen :

teruja nak buat sebenarnya.... yani keluarkan kek tu dari tin senang tak..... bukan apa, macam teruja nak buat tapi ada sikit kebimbangan laaa....tapi tgk hasil yg yani buat nampak "formal" je rupa dia.....kelasss...........


19-01-2007, yani komen :

Senang je mat.. macam nak keluarkan puding karamel biasa la.. emm lagi senang kot coz loyang tu dah sapu dgn butter sebelum diguna.


20-01-2007, lindw komen :

wah best nih...


20-01-2007, norasyikin82 komen :

ikin baru nak belajar2..kat umah ada microwave...camne nak gunakan microwave?sebab oven mak dah rosak..tu yg kena guna microwave.blh guna loyang ke utk microwave?


20-01-2007, kak_sarie komen :

apa akan terjadi jika kuning telur dan putih telur tidak di asing? seterusnya, dipukul bersama-sama? adakah ini akan mengakibatkan kek ini menjadi keras


20-01-2007, yani komen :

kak_sarie.. ok juga kalau nak pukul telur putih dan telur kuning tu sama-sama.. cuma kena make sure betul2 kembang.. saya yg tak pro lagi ni lebih suka asingkan telur tu.. cara ni lagi cepat dan senang nak pastikan bila dah betul2 kembang..iaitu bila telur putih tu dah bertanduk.. kalau tak betul2 kembang kek tu jd bantat dan keras.


20-01-2007, yani komen :

norasyikin82... elok rujuk pd manual cara guna ur microwave utk masak kek.. kalau loyang jenis besi ni memang tak sesuai utk microwave.. so u gunalah apa2 bekas yg sesuai.. dlm buku manual tu biasanya dah beritahu bekas apa yg sesuai utk bakar kek.


20-01-2007, kak_sarie komen :

thanks.Bagaimana pula dgn penggunaan ingredients sprti 'quick 75' atau pun emulsifier dalam sponge cake.Which taste better, method u ka ataupun dgn pengunaan quick 75 ni dan dari segi texture pula yang mana lehih spongy?


21-01-2007, yani komen :

kak_sarie.. sorry.. i tak tahu apa fungsi benda tu semua dan kat mana nak dpt benda2 tu.. i hanya buat utk hidangan my family.. for business mungkin lainlah kot.


22-01-2007, nizam komen :

yani kek puding karamel tu tahan berapa lama.bleh letak dalam freezer tak..


22-01-2007, rogayah bostamam komen :

yani, saya dah buat yesterday memang sedap dan hubby saya mmg suka begitu juga anak2 saya.Saya bawa ke ofis dan kawan2 saya minta resepi ini.Tq Yani....


22-01-2007, yani komen :

nizam.. kalau letak dlm peti ais bolehlah tahan 2-3 hari..


22-01-2007, yani komen :

rogayah bostamam.. seronoknya dgr.. takde gambo ke?


22-01-2007, yana komen :

kek ni memang sedap... dah lama yana cari resepi ni.. biasanya bila hari raya je blh makan kek ni, sbbnya mertua yana selalu aje tempah kek ni time raya dari kawan dia. sekarang boleh la yana buat sendiri.


22-01-2007, umi_e komen :

yana... buat pastu hantar rumah mentua hehehehe gerenti mentua tambah sayang kat menantu dia sorang ni ;)


26-01-2007, abbyrosley komen :

Kat umah x da penimbang..kalu nak guna cawan tuk sukat cm ner lak nie?


05-02-2007, sikin komen :

Yani, you pakai telur gred apa? A/B/C. Lagi satu, I tak faham maksud masukkan air ke loyang oven. Meaning tuang air suam atas adunan kek span ke?


05-02-2007, yani komen :

telur gred A. Sebelum bakar tu kan.. loyang yg kita masukkan kek tadi kita letak atas dulang oven(oven plate).. so dlm oven plate tu lah letak air suam/panas.


12-02-2007, rogayah bostamam komen :

Yani tepung utk kek span 2 jenis apa?saya guna tepung kek tapi jadi nipis aje,rasa nya mmg sedap


14-02-2007, dura komen :

YANI..I ADA TRY BUAT THIS CAKE PADA 11.2.2007 YG LALU..I DAH IKUT SEMUA LANGKAH STEP BY STEP..TAPI PROBLEMNYA GULA KARAMEL TU CAIR LAH.. BILA DAH SEJUK I MASUKKAN DALAM ICEBOX TAPI ESOKNYA I TENGOK CARAMEL TU MASIH CAIR TAK MAU LEKAT..I BAWA JE KAT OFIS BELANJA KAWAN I MAKAN..SEDAP MEMANG SEDAP TAPI KANTOILAH SEBAB KEK TU DIBANJIRI DENGAN CECAIR CARAMEL..DAN 1 LAGI U KATA PUDING TU TAK PERLU MASAK TAPI BILA I BUBUH TEPUNG KEK TU, PUDING TU NAMPAK MACAM TERMAMPAT JER..KOMEN LAH K..I FIRST BUAT NIE..10Q


14-02-2007, yani komen :

rogayah bostamam, u guna tepung kek utk kek span ke?.. kalau utk kek lain biasanya dah ada baking powderkan.. tp i tak sure.. tak pernah guna.. kalau yg dah ada baking powder ni rasanya tak sesuai utk kek span.. i guna tepung biasa..


14-02-2007, yani komen :

emm dura.. x tahu nak kata apa kalau dah ikut semua step kat atas tu.. memang puding tu xperlu dimasak dulu sebelum masukkan adunan kek... coz adunan kek tu ringan. so akan terapung kat atas.. so utk resepi ni.. kena betul2 pastikan telur putih tu kembang..


20-02-2007, rogayah bostamam komen :

yani i guna tepung naik sendiri,boleh ke


20-02-2007, yani komen :

rogayah jadi ke dak.. kalau jadi ok lah. Tapi kalau nak buat kek span biasanya guna tepung gandum biasa pun dah cukup


22-02-2007, rogayah bostamam komen :

10q yani dah faham,nanti boleh buat lagi kerna anak2 saya suka


27-02-2007, pijah komen :

bubuh air dlm oven plate? oven umah nih xde plate pun. pijah pakai oven yg bwh dapur gas tuh. so?.... nk cuba. sbb nmpk menarik :D


27-02-2007, yani komen :

pijah.. yg oven bawah dapur gas tu takde dulang ke?... ish cam mana ek.. dulu pernah guna oven gas jenis camtu.. kalau takde dulang boleh boh air dalam loyang yg besar dr loyang yg guna utk isi puding.. maksudnya guna 2 loyanglah.. loyang besar tu isi dgn air.. pastu masuklah loyang yg ada puding tadi ke dalam loyang besar tu..


27-02-2007, Lilydvalley komen :

pijah, kalo x de oven plate, kena guna 2 loyang... mcm yg yani cakap tu. kalo u guna springform ( loyang yg basenya blh tanggalkan ), make sure u bungkus springform tu ngan alimunium foil. takut nanti air masuk...


27-02-2007, pijah komen :

gitu ek? thx kak yani ngan kak lily. weekend nih nk try buat. sbb bhn2 tuh dh ade dlm stok :)


03-03-2007, ajidah komen :

yani ni best la....rasa mcm nak berkenalan je...ada alamat email tak???email saya (ajidah_82@hotmail.com)


03-03-2007, yani komen :

ajidah..me, yanimnor@gmail.com


09-03-2007, hafiza_mohd komen :

nk kena masak 40mnt ke? pastu suhu oven berapa? i mmg baru nk bljr buat kek ;)


13-03-2007, yani komen :

hafiza_mohd .. suhu oven 170degree. Dlm step no.1 kat atas pun dah ada tulis..


16-03-2007, zaliana komen :

yani.... saya pernah buat kek caramel ni..tapi bake karamel dulu baru letak kek...teruja nak try resipi yani.. so saya try buat puding ni semalam...tp kek tak berapa jadiklah...tak kembang...macam terpenyek aje ...mungkin campuran tepung tu tak rata kot? yani, comment sket...


21-03-2007, Lys komen :

yani.. Lys slalu buat caramal kukus je.. tapi klu nk buat resepi yani nie kukus je boleh tak? atau nk kena guna oven jgk?


21-03-2007, pijah komen :

nk tny, nape klau buat kek nih, kuah karamel tuh byk sgt lps msk. tak berani nk terbalikkan kek tuh, takut kek jd lembab sgt.


28-03-2007, are3646 komen :

kalau bakar cara biasa x leh ker???nak buat tp x der bekas besar la pulak utk isi air...


01-04-2007, yummiez komen :

kak yani.. sy nak tanye sket bleh? hehe.. akak buat kek ni dlm springform ke dlm acuan kek biase? kalu wat dlm springform, kene letak aluminium foil la kan dekat sekeliling dia so that tak masuk air nnt?


25-04-2007, ishikawa_ayumi komen :

akak yani, kalo kite campurkan susu segar ngan susu cair boleh ke?


25-04-2007, yani komen :

sorry yummiez.. baru perasan soklan ni.. akak guna bekas biasa je.. kalau guna springform tu kena letak aluminium foil lah.


25-04-2007, yani komen :

ishikawa_ayumi .. biasa kalau buat puding ni kat msia akak guna susu cair.. tapi kat sini susu cair lebih mahal dr susu segar.. so akak guna susu segar je lah.. no prob. kalau ayumi nak guna susu cair ganti susu segar tu.


30-04-2007, widuri66 komen :

Yani, kalau nak buat bahagian keknya warna-warni macam mana yeee.... dan boleh tak kita gantikan tepung gandum dengan tepung superfine.......


30-04-2007, widuri66 komen :

Yani, tanya lagi...... soriii..... resipi kek coklat untuk kek puding karamel ini macam mana.....?


30-04-2007, yani komen :

widuri66.. kek coklat utk puding karamel ni saya tak pernah buat.. zaliana yg buat.. x tahulah dia guna resipi kek coklat mana.


04-05-2007, zaliana komen :

widuri..akak rasa widuri boleh try buat kek coklat guna resipi kek coklat tanpa butter oleh fendi75. resipi yg akak guna pulak mcm ni: bahan2 : 1 1/2 cwn tepung gandum diayak bersama 1 cwn serbuk koko dan 1 sudu baking powder & soda bikarbonat, 1 cwn gula (diblend halus), 1 cwn minyak masak,1 cawan air panas, 1 cwn susu pekat, 2 biji telur, 1 sudu teh esen vanilla . cara2:pukul gula dengan telur.masukkan esen vanilla dan minyak.pukul lagi.masukkan susu pekat.masukkan campuran tepung & serbuk koko sedikit demi sedikit berselang seli dengan memasukkan air panas.kemudian boleh dibakar.(jgn bimbang tentang kemanisan kek ni..just nice) cara untuk membakar karamel dan kek coklat ni berbeza sikit.sbb akak dah biasa bakar karamel dulu baru bubuh adunan kek.lg pulaknya akak ni tak pro mcm chef Yani ;) ..bakar karamel dulu untuk memastikan karamel tu tak bercampur ngan adunan kek.sekejap je dlm 15 minit kot.nanti kalau lama2 sangat takut karamel tu tak mau lekat ngan kek pulak.. lagi satu bila buat adunan kek coklat sukatan gula hangus tu kena kurangkan supaya tak manis sangat rasanya nanti..akak guna 3 sudu sudu besar sahaja.lagi satu bila dah terbalikkan kek karamel yg dh masak tu akak guna kitchen towel untuk lap air gula (sebab nak kurangkan manis). tu je la yg boleh dikongsi dengan semua kat sini... ;-)


08-05-2007, koko komen :

td try wat..ikut semua aturan..kek tak timbul2 lak..mcm tenggelam dalam karamel tu.. tak pe, lain kali cuba lagi...


16-05-2007, attitudeshine komen :

mcm syiok lak eh bace komen2 utk yani tentang kek nie.. nk jgk i try nanti.


08-06-2007, fidadaud komen :

yani.. i nak sangat try resipi ni. tp, step 11 tu macam mimpi dalam mimpi la. betul ke tuang adunan kek ke dalam adunan puding? aduh..


08-06-2007, fidadaud komen :

lagi satu yani, i x faham tentang dulang oven. maksudnya kita isi air dalam dulang kosong n letakkan pada tingkat bawah dalam oven ke? i xpenah lg guna cr ni.


09-06-2007, fidadaud komen :

sori yani, setelah i gi through sume komen2 kat atas, sekarang rasanya i dah faham and i'll try it asa!


10-06-2007, ummu_as komen :

salam yani..umah ummu takde alat penimbang..ummu pun cam yani gak di perantauan..boleh yani bg sukatan resepi kek ni guna cawan?


11-06-2007, fidadaud komen :

yani, untuk kek tu tak payah letak baking powder ke?


15-06-2007, raelyn komen :

saya tak pernah buat kek...saya nak jadikan rresepi ni cubaan pertama....em.....saya baru seminggu di jepun...kak yani jepun di mana.....em....kalau tak dak penimbang ....nak sukat macammana ya.....boleh tak kak yani bagi sukatan dlm sudu ker....


04-07-2007, Haniey02 komen :

yani, resepi nie macam menarik jer..tapi tak berapa berani nak try sebab kena masukkan air panas dalam oven..tk pecah ker oven tuh..sebab haniey guna oven yang bulat yang ader cermin kat atas tuh..


04-07-2007, Haniey02 komen :

maksud saya cermin kat oven tuh..mungkin disebabkan perpeluhan..


04-07-2007, Lilydvalley komen :

haniey...oven u, ada tray kat bawahnya tak? insyaallah tak pecah kaca tu... actually, the function of the water is to keep the tempt... kan tahap didih air 100F.


02-08-2007, nursia komen :

kak yani saya pun dah cuba resipi ni memang sedap, hubby sangat suka tapi tak dapat kongsi gambar thanks ya resipi nya........


10-08-2007, shima_2210 komen :

shima dh buat semlm. tgh mlm br siap pg td rasmi. menjdi & sedap la. biasanya karemel tu shima buat guna susu pekat+susu cair tp tak der gula la n karemal ni kukus. tekture dia lemak berkerim tp shima suka yg guna fresh milk ni kurang rasa lemak lekat kt dlm mulut nie. tq k'yani... kek pisang akak pn shima dh try dulu sedap sgt.


19-08-2007, shikinma70 komen :

kak yani shikin dah cuba semalam tapi tak jadi lah kak. kek dia berada di tengah tengah karamel. tapi sedap juga.


05-09-2007, jepiza komen :

macam sedap....saya akan cuba


30-10-2007, kakyat komen :

lst night buat. alhamdulillah hasilnya ok. ttp tang keknya agak kasr sket texturenya. kenapa ye??


30-10-2007, saira79 komen :

buat last night jugak. sedappppp sgt2. next time I upload gambar. thanx for d great recipe.


20-11-2007, thirafiqah_amirun komen :

nak try buat lah mlm nie...nnt kalu jadi saya bgtau lagi


25-11-2007, akma_4th komen :

Kak Yani, thanks for the recipe. very unique. Saya guna resipi ni untuk kelas masakan kat kampung, seronok makcik2 n kakak2 yang join kelas tu. Sebab xpernah jumpa resipi yang gabungkan kek n puding karamel...


25-11-2007, putrinor komen :

alaa.. nak jugak..


11-12-2007, CheMah komen :

dah cuba raya hari tu.smua orng tanya camne buat..best sgt skali buat dah jadi.thanks.


26-12-2007, norieam komen :

kak yani, saya nak tanya nak bakar kek n puding ni guna suhu atas atau bawah? maaf la saya baru nak try buat, x tau nak guna oven..


26-12-2007, kakyu komen :

i dah buat dah kek. Bestnya 1st time buat terus menjadi. dah amik gambar tapi lom dl lagi. Semlm buat lg.... kali ni wat 2 adunan.


27-12-2007, dj_vjuice komen :

Yani...my cake pun sama 08-05-2007, koko komen : td try wat..ikut semua aturan..kek tak timbul2 lak..mcm tenggelam dalam karamel tu.. tak pe, lain kali cuba lagi... kenapa ek?


04-01-2008, kirana komen :

memang best!sekali cuba dah menjadi...tq.cuma gambar je xdpt hantar


12-01-2008, umaira komen :

k.yani..sy dh cuba resepi kek puding ni..sedap..tp kenapa karamel tu jd cair..x melekat mcm yg k.yani bt..bleh bg petua x


21-01-2008, oven komen :

dah cuba masa cuti baru ni memang sedap :) tenkiu


25-01-2008, Cik^Mai komen :

Yani...kalo kukus boley tak? almaklum lah...duk bujang..xde oven xde microwave :(


25-01-2008, yani komen :

Cik^Mai.. try la.. tp i x pernah buat.. rasa2 ok.


22-03-2008, alobaby komen :

hello yani... kenapa ye bahagian kek yg sy buat tu tak spongy.. tak gebu...berat. Anyway, overall the taste is nice... nak letak picture kek tu kat sini, sy segan pulak...:-)


04-04-2008, awin ni komen :

tengok cara macam sedap jer.. nanti nak trylah.. mesti husban makin syg. hehehe nanti kalo ada sesape ada tip cam ne nak tambat hati suami bagi tahulah ?


26-04-2008, chelin komen :

kita dah buat kek nih mmg sedap ada gambar tapi kabel wire tk jumpa... tapi kan the 2nd time buat tak jadi...nak tanya apasal ..or apa sy buat salah bil kek mixture yang sy buat tuh bila campur ngan mixture puding tenggelam?


03-06-2008, ibu_an komen :

sedap...tapi karamel cair la.nape ye?mula2 gula dh jadi warna perang tapi bila masukkan tambahan 2 sudu air gula jd melekat-lekat.kemudian cair.


10-06-2008, kathy_cyclops komen :

hai k.yani..i'm new here..baru2 nak bljar masak..almaklum r dlu sblum kwin..sume mak yg masak..skang ni lps ader ank sorg baru nak bljar masak..ahaks..smlam kite try akknye respi..then kek dia 2 cam bntat jerk..pastu xrata lak 2..camne nak wat kek 2 rate ek kak...sbb kan kite msuk kan dlm puding 2..mane nak nmpak rata ke x???dah 2 akk pkul telur 2 lme x nak jd smpai kmbang..kite pkul smpai naik lguh tgn ni tp telur2 2 xkmbang pun..tension..hu3...camne ek kak???


11-06-2008, rashmun komen :

saya nak try juga, sbb nampak sedap. saya tgk gambar tu, yani guna mixer biasa je, kalau semua method tu saya guna elec.mixer, ok tak? mana tau jadi lembik sgt ke.


09-07-2008, vok komen :

hai yani, dah buat kek + puding ni, very amazing la...... pelik jugak tgk kek tu boleh terasing ngan puding, whatever it is very nice and beautiful. TQ Yani.... tapikan puding tu camner nak elakkan rasa susu n telur sgt? kek dah ngam or maybe bila nak buat lagi kena buat 1/2 adunan je puding...


28-08-2008, IbuMai komen :

hai yani...sy dh try wat kek ni semlm...time keluarkan dr loyang tu mmg teruja sgt2 sbb nmpk cantik...tp kek tu mcm bantat sikit...kenape ye? nak kate xpukul telur putih smpi bertanduk, dah...sy pakai oven bulat yg ade cermin kt atas mcm yg Haniey02 punye. sy letak air dlm loyang besar skit dr loyang kek tu...overall rase ok sgt...kene try test lg skali ni.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu