oleh: mama_nayli Nasi Goreng Sosej

Jkjjk

Resepi campak2 je..


Created on : 10-08-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi mama_nayli




Share


Bahan-bahan ( 2org makan )

  • Nasi 3 cawan
  • Sosej 3 batang
  • Sayur campur
  • Minyak bijan
  • Serbuk Lada putih
  • Bwg putih 3 ulas
  • Bwg merah 3 biji
  • Telur 1 biji
  • Cili api (kalau nak pedas)

Cara-cara

  1. Tumbuk bwg putih & bwg merah.
  2. Potong sosej menyerong dan agak nipis. Goreng dalam minyak yang agak banyak.(Deep fry)
  3. Guna kuali lain-Panaskan minyak dan tumis bwg yang ditumbuk & cili api.
  4. Masukkan sayur campur. Biar sayur campur dimasak sehingga agak lembut. Titiskan 4-5 titis minyak bijan & sedikit lada putih.
  5. Masukkan telur & kacau.
  6. Masukkan nasi & sedikit garam.
  7. Akhir sekali masukkan sosej yang telah digoreng tadi. Dan..dh siap resepi mudah yang hanya dicampak-campak..


Laporan Masakan Bergambar (3)

Dscn1405
11-08-2009
Pagi tadi buat sarapan sebelum p keje.. sib baik sempat tangkap gambar.. hehe.. tapi tak sempat nak susun cantik-cantik
Laporan oleh: tfsalihah

salihah,x sempat nak susun cantik2 pun xpe,sbb pastu nak terus ngap dlm mulut. Tq kerana mencuba..

Dscn3552
17-08-2009
syedaaapp...anak2 suka sgt...tq mama for the recipe..
Laporan oleh: kak niza

amboi...lawanya presentation dia.Kalah tokey camni..hehehe...tq k.niza..

Dsc00717
11-07-2011
salam mama nayli.. ntah buat kali keberapa ni, bebudak suka sgt.. ni buat utk lunch nnti, diorg blik skolah terus buka tdung saji, bila tengok nasi goreng sosej ni mnjerit kesukaan..hehe.. jazakillahukhairan ye mama...
Laporan oleh: kakbesah

kak besah..alhamdulillah anak2 akak suka....tentu hilang penat kita memasak bila ada yang hargai kan...


Komen (5)

10-08-2009, yasmin_niknur komen :

resipi ney mcm nasik goreng cina,.. cma yg bezanya sosej je,... pe pn,.. sedappppppppppp!!!! cuba la,..


13-08-2009, zana0508 komen :

memang sedap lah, suka nasi goreng cina dan suka sosej so bila combine lg sdap, thanx mama nayli....eh..eh....anak kita pun nama nayli gak...hehehe...


14-08-2009, mama_nayli komen :

zana....klu suka kombinasi nya...cpt2 le try dan post gambar kat sini. Teringin nak tengok gaya zana hias sosej pulak..hehehe..nama anak zana ape?..Anak saya Izz Nayli Ardini. Eh..dah masuk citer lain ni..


15-12-2010, zatie_meor komen :

guna minyak masak bleh x???


25-07-2011, mama_nayli komen :

zatie_meor..maaf lambat balas...minyak bijan tak boleh diganti dengan minyak masak..sebab nanti rasa nasi nie lain..nak goreng nasi nie memang guna minyak masak...cuma untuk menambah perisa pada nasi tu,..titikkan sedikit minyak bijan..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu