oleh: yani Strawberry bavarois

Strawberrybavarois

Bavarois asal dr perkataan French utk cream dessert


Created on : 18-01-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 5-6 org )

  • 300g strawberi
  • 2 biji telur kuning
  • 3/4 cawan susu segar
  • 1 cawan fresh cream
  • 90g gula halus
  • 12g gelatin
  • strawberi untuk hiasan

Cara-cara

  1. Campurkan gelatin dengan 6 sudu besar air. Kacau dan ketepikan.
  2. Buang bahagian hijau strawberi. Kisar biar jadi bentuk puri(puree)
  3. Masukkan telur kuning ke dalam periuk. Letakkan guna sikit-sikit sambil dikacau. Kemudian masukkan pula susu. Panaskan dengan api kecil. Sambil tu kacau sehingga gula hancur. Lepas tu padamkan api.
  4. Pindahkan no.3 tadi ke dalam mangkuk. Sejukkan dengan lapik ketulan ais di bawah mangkuk. Kacau sehingga jadi pekat.
  5. Dalam mangkuk lain, pukul fresh crem sehingga pekat.
  6. Masukkan no.2 ke dalam no.4 kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan pula fresh cream yg telah dipukul pekat tadi. Kacaukan.
  7. Tuangkan ke dalam bekas yang telah dibasahkan dengan air untuk disejukkan. Simpan dalam peti ais sebelum dimakan.




Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (23)

18-01-2007, sweethoney komen :

emmmmmm tengok gambar je dah terliur belum lagi rasa.....mesti sedapkan. kak yani ni memang pandai masak ek.


18-01-2007, sweethoney komen :

kak yani tahu masakan yang menggunakan taufu jepun


18-01-2007, yani komen :

taufu jepun tu yg macam mana?.. kat jepun ni ada macam2 jenis taufu.. kalau ada gambar letaklah kat bahagian glossary..


18-01-2007, Lilydvalley komen :

ish! makanan french la pulak. ganti buah lain leh tak yani? kat m'sia ni strawberry mahal!


18-01-2007, yani komen :

Lily..tryla dgn mango ke.. pisang ke.. durian ke.. err apa lagi ye buah yg sedap dijadikan puree??


18-01-2007, liey's komen :

nak tahu tentang ragi?


18-01-2007, liey's komen :

ade sape yg tahu tak


18-01-2007, Mat Gebu komen :

pasal ragi? hmm ragi apa tu liey.... ragi roti ke ragi tapai?


18-01-2007, Mat Gebu komen :

Kalau guna "dragon fruit" ok jugak nie... kaler pun lebih kurang cam strawberi cuma more bloody red....yani kat Jepun ada "dragon fruit" tak?


18-01-2007, liey's komen :

ragi tapai laaaaaa mat gebu engko tahu tak....?


18-01-2007, liey's komen :

minat jugak ingin tahu


18-01-2007, umida komen :

tolong ajar saya mcm mana nak upload gambar yg nak saya letak kan diruang Laporan Masakan Bergambar...sani budak baru belajar....harap bantu....dari resipi yga ada Yani,Mat Gebu & yg lain2 u all memang hebat...Syabas!!


19-01-2007, liey's komen :

tlg laaaaaa boleh tak


19-01-2007, yani komen :

mat.. dragon fruit kat sini ada jual tapi mahal lah.. buah import tu..


19-01-2007, yani komen :

umida .. utk laporan masakan bergambar klik 'Tulis Laporan' di sebelah gambar resipi iaitu di bawah 'Email kepada kawan'


20-01-2007, ctjuliez komen :

gelatin kat cni takde..yg ade gelatin dessert.bleh guna tak yani?


20-01-2007, ctjuliez komen :

yani,i punya bavarois tak pekat sgt tp sedap sbb strawberry yg masam2 manis ni.lg satu,i tak guna gelatin.sbb tu ker tak jd pekat?


23-01-2007, ramlah_2004 komen :

kak yani nak bljar resepi fish ball @hotdog leh tak ajar resepinya


20-02-2007, pijah komen :

kak yani, krim putar tuh cmne ek? aduii la


11-09-2007, chachamaira komen :

kak yani, step no. 7 tu "Tuangkan ke dalam bekas yang telah dibasahkan" maksudnye mcm mana ye?


11-09-2007, chachamaira komen :

boleh tak saya nk amik mana2 resepi kak yani yg ada strawberry ni dlm blog saya? sy tgh cari anything which is related to strawberry. Boleh tak?


27-09-2007, uruchan komen :

naseb bek blk msia aritu de bli gelatin byk2..cz b4 tu kmpunan je tgk kek2 kak yani ni x dpt nk buat cz x de gelatin..


27-09-2007, uruchan komen :

telur tu time msk kt periuk x jd telur goreng ker??


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu