oleh: nOOrsha Sambal Tumis Bunga Kantan dengan Petai

Sambal_tumis

resipi mak tersayang.... lauk kampung nih...sedap makan ngan nasi panas n ikan kering....


Created on : 07-08-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi nOOrsha




Share


Bahan-bahan ( - )

  • *segenggam cili kering
  • *8 biji bawang merah
  • *5 biji bawang putih
  • *1 inci belacan
  • 1 kuntum bunga kantan - kalau saiz kecil boleh guna 2 kuntum - hiris
  • 5 papan petai
  • Sedikit ikan bilis
  • 1 biji bawang besar - hiris
  • garam
  • gula
  • air asam jawa

Cara-cara

  1. Panaskan minyak didalam kuali. Sementara menunggu minyak panas, kisar bahan2 bertanda (*) dengan sedikit air.
  2. Tumis bahan2 yang telah di blender tadi sehingga garing @ naik minyak.
  3. Setelah garing, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kacau seketika.
  4. Masukkan petai dan bunga kantan yang dihiris halus. Masukkan juga ikan bilis dan kacau lagi.
  5. Masukkan bawang besar yg dihiris. kacau sehingga bawang besar layu.
  6. sedia dihidang utk makan tengahari @ makan malam @ nak cicah ngan lempeng n jemput2 pun sodapp..... selamat mencube :)


Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (3)

07-08-2009, aludra komen :

salam nOOrsha, sedapnya nampak sambal dgn petai tuh... bak la mai sini skit... :)


07-08-2009, nOOrsha komen :

salam aludra.... buleh2, mehlaaa datang sini....bukan setakat sikit, banyaaakk pun kite bagi... :)


07-08-2009, MommaMia komen :

sedapnye..mesti wangi betui ni..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu