Google+

oleh: meow Mee lidi goreng meow

Miaw_013

resepi sendiri.. Insyaallah disukai ramai dan syedap..


Created on : 02-08-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi meow




Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 1 bungkus mee lidi – direbus dan ditoskan (ikut direction kat plastic mee)
  • 3 – 4 ulas bawang merah, 4 ulas bawang putih, lada kering (ikut suka kalu nak pedas lebihkan) – semua ni di blendkan
  • Sedikit hati ayam dan pedal ayam – dihiris2
  • 1 ekor ikan goreng (tak ngisah ikan apa) – dicubit dan diambil isinya saja
  • Secekak sawi di potong2.
  • kicap manis – 2 – 3 sudu besar
  • Sedikit minyak bijan
  • Sedikit daun sup – dipotong halus (optional )
  • Minyak utk menggoreng
  • sedikit air
  • Garam, gula dan serbuk perasa

Cara-cara

  1. Sediakan kuali dan panaskan minyak, kemudian tumiskan bahan2 yg diblend tadi. Utk mempercepatkan bahan garing masukkan sedikit gula.
  2. Kemudian masukkan hati dan pedal ayam dan masukkan sedikit air bagi melembutkannya. Bila air hampir kering, masukkan kicap manis dan masukkan garam juga serbuk perasa. Biar 3 4 minit atau setelah hati dan pedal lembut.
  3. Kemudian masukkan mee lidi dan daun sawi yg telah dipotong dan gaulkan sebati. Kemudian masukkan isi ikan goreng dan gaul. Setelah itu masukkan/ renjiskan 4 5 titik minyak bijan dan gaul lagi.
  4. Setelah mesra masukkan daun sup dan tutup api.. enak dimakan bersama ahli keluarga yg sederhana besarnya. Selamat mencuba..
  5. Haa korang.. dgn bersusah payahnya semalam meow suruh asben tecenta pi beli lg mee lidi neh.. ni haa gambor dia ya.. memang cam spagethi petu buatan dia dari johor yg penting ada tanda HALAL.. ;)








Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (19)

03-08-2009, yasmin_niknur komen :

mee lidi 2 mcm mane ek?? x penah dgr pn,.. lau yee mee or spagetti tau la,...


03-08-2009, zalieda77 komen :

tak silap saya mee lidi tu selalu ada di jual kat kedai2 runcit..kat bungkusan tu dia ada tulis mee lidi..macam spegetthi jgk ler..


03-08-2009, mama kastam tioman komen :

tgk kat glossary ada contoh dia..tak semua tempat ada mee lidi ni..


03-08-2009, meow komen :

yasmin, zalieda.. mama kastam.. ekceli mee lidi ni pun org panggel mee batang pun ye gak.. klu kat kuantan ni bersepah kat supermarket kat runcit bak kata zalida tu pn ada.. alamak meow plak selalunya beli 2 bungkus, tapi baru2 ni beli 1 jer.. jd lps masak truz dihumban lam tong sampeh..


03-08-2009, meow komen :

oh ye lupa lak nak kasitaw.. korang penah tentu penah makan sizzling noddle yakni hot plate kat food court atau memana.. selalunyer kalu kat kuantan depa guna mee lidi ni lah utk wat sizzlling noddle intstead guna meekuning, yee mee atau nasi..


03-08-2009, mama kastam tioman komen :

memang le kat tempat kita senang nak dpt mee lidi nih...luar dari pahang mama tak jumpa lagi mee ni..sebab tu diaorg tak kenal..


03-08-2009, mama kastam tioman komen :

mama kalau masak, suka taruk rencah lada kering, bwg merah n putih ngan ikan bilis je..taruk kicap skek..papa n anak2 tak suka jadi mama aje le perabih sorang..masak sendiri n makan sendiri lah.. : )


03-08-2009, ridzma komen :

mee lidi ni mmg peberet keluarga... kalau goreng tu isi udang kering pon sodap. lagi satu goreng isi rempah kari pehhh... mmg sedap... tpi masa msk tu biar dia lembap2 skit baru ummphh.... haah... kat Kuantan byk le...


03-08-2009, izatti komen :

kalau nak tau...kat johor pun banyak di jual mee lidi ni...memang sedap dan tak muak macam mee kuning....buat mee rebus lagi sedap...sebab kuah mee akan meresap kedalam mee....


03-08-2009, izatti komen :

tapi...apakan daya...dah duduk merantau di perlis ni...memang tak pernah jumpa mee lidi ni...selalu kalau balik kampung...beli banyak buat stok...


05-08-2009, jeslyen2009 komen :

ishh ishh kenkawan saya bdk baru kat sini...nak beli mee lidi kat penang ni tau dak kat mana


05-08-2009, meow komen :

uitt ye ke luor pahang susah maw dapat ye mama.. hmm cianle depa2 kat luor sana... tak apa.. dtg2le ke pahang nooooo.. mama ni pelahab jugak.. sama cam haku.. eee cabutttttt


05-08-2009, meow komen :

uitt ye ke luor pahang susah maw dapat ye mama.. hmm cianle depa2 kat luor sana... tak apa.. dtg2le ke pahang nooooo.. mama ni pelahab jugak.. sama cam haku.. eee cabutttttt


05-08-2009, saeiko komen :

salam semua, ni nak bagitau, mee lidi nie orang panggil mee sanggul kat belah utara... kedai2 runcit belah utara cukup banyak....


05-08-2009, meow komen :

cane lak haku terklik dua kali ni hik.. ciannya jes.. hmm tak kan satu island tadak jual laling.. pusing satu island petu cari juga sampai jumpa yaa.. hehe..


05-08-2009, meow komen :

saeiko.. haku penah gak nampak ada mee cam mee sanggul ni.. tapi bukan mee lidi kat sini.. bentuk dia sejibik cam sanggul kan.. tapi mee lidi ni panjang2.. cam spageti tu jugak.. ke memang sana panggey mee sanggul ye.. soli if im wrong..


05-08-2009, mama kastam tioman komen :

ko ni meow biar betul...nanti mama perambat ngan mee lidi ni...nasib baik dah cabuttt...


05-08-2009, nor_67 komen :

salam semua... mee lidi lain dr mee sanggul. mee lidi dlm bentuk panjang cam spaghetti, mee sanggul lak cam bentuk sanggul rambut tu.. utk lebih jelas cuba tengok kat sini ya.. http://www.myresipi.com/top/glossary/324


07-08-2009, meow komen :

laa mana lak gambor aku dah dunlod tapi tak kuor pong hehe mama jangan mare.. dak sakit pong kena lidi.. ;P wat nor_67 taceh yaa.. haa wat kekawan yg nak taw cane bentuk mee lidi tu.. haa klik je link yg nor kasi tu.. ;)


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu