Google+

oleh: yana Kari sotong

Dsc00224

resepi dr tv


Created on : 17-01-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi yana




Bahan-bahan ( 2-4 orang )

  • 6-8 ekor sotong (sederhana besar)
  • *1 ulas bawang merah
  • *1 ulas bawang putih
  • *setengah biji bawang besar
  • *2 hiris halia
  • satu tangkai daun kari
  • 2 biji lada besar
  • 2 sudu makan serbuk kari
  • satu sudu makan serbuk kurma
  • sedikit air asam jawa
  • secubit garam
  • 1 sudu makan cili boh
  • 1 batang kulit kayu manis
  • (bahan yang bertanda * di mayang)

Cara-cara

  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar bersama secubit garam.
  2. Apabila dah naik bau, masukkan kulit kayu manis, bawang putih, bawang merah, halia, cili boh dan daun kari. tumis hingga naik bau
  3. Kemudian, masukkan sotong dan serbuk kari serta serbuk kurma. tambah sedikit air jika perlu.
  4. Kacau dan terus tutup periuk untuk satu minit. (kecilkan api)
  5. Terus masukkan santan, lada besar dan kiub pati ayam. kacau hingga mendidih
  6. Masukkan gula dan air asam jawa secukup rasa.
  7. Bolehlah diangkat dan terus dihidangkan. ( pd sesiapa yg sukakan tomato blh jg dimasukkan sekali)









Laporan Masakan Bergambar (9)

P9100911
11-09-2007
1st time buat n makan kari sotong.. sedap rupanya.. thanks yana.
Laporan oleh: mama_myvi

sedapnya...lama dah x buat ni...terliur lak

Dsc00914
02-10-2007
Menu berbuka puasa hari ni :) Tenkiu kak yani..
Laporan oleh: Nziela

huhuhuhu...tertukar orang lak..heheehe

Kari_sotong
09-02-2009
lauk mkn tengah hari..
Laporan oleh: sakura>emi
Curry10022009_16
10-02-2009
Zu dah try...memang sedap... jadi.. tapi Zu letak kacang buncis dalam kari sotong tu..hehe.. dah ada.. lagipun..sotong kecik2 je yg ada.... apa2 pun..memang sedap.. thanks for the recipies
Laporan oleh: zureyna
Img_0032
21-05-2009
dah try..sedap!!! Thanks Yana...
Laporan oleh: Kak Ton
Dsc_2227
15-07-2009
sedappp,ada kelainan sebab campuran rempah kurma.thanks
Laporan oleh: zaina
Dsc03192
01-08-2009
ni pic kari semlm. sedap oni tambah lagi dengan kentang & bendi
Laporan oleh: oni
Dscf0210
04-02-2011
i punya...
Laporan oleh: junn
Dsc02114
26-09-2012
try resepi yana lak....seedap!.. mmg tk rugi mecuba,tmbh ubi kentang cikittt...tenkiu yana..
Laporan oleh: k.zila66

Komen (28)

17-01-2007, nizam komen :

bahan yang bertanda * tu dihiris ker?dalam resepi tak der pun kulit kayu manis....tapi i nak try la hubby i suka makan sotong.......


17-01-2007, CHE AZLAN komen :

Sedap juga nampak nya resepi tu, nanti nak cuba.....ok bye


17-01-2007, yana komen :

a' a la nizam, bahan bertanda * tu dimayang. yana lupa nak taip td. lagi satu tambah sikit cili boh masa menumis... yana lupa la tadi. sekarang yana dah betulkan resepi tu. wat che azlan...cuba la pasti sedap.


17-01-2007, syaya komen :

yana, sedap tak kalau masukkan ubi kentang?


22-01-2007, yana komen :

ntah ler yana x penah buat lak.. mungkin sedap kot, nnt la yana cuba masukkan ...


09-08-2007, mishah63 komen :

Baru nampak resep ni. Sedapnya nampak, lama dah tak masa sotong nanti boleh cuba. Nak minta petua camna nak masak sotong tapi kekal bentuk asalnya maksudnya tak mengecut!!!


10-08-2007, Nuurul komen :

nak pakai serbuk kari ikan ke kari daging?


11-09-2007, yana komen :

mishah63, sotong ni..xleh masak lama sgt..nnt isi dia jd keras (liat). kalau masak lama tu...saiz dia pun jadi makin kecik... nuurul..yana pakai serbuk kari ayam?daging..


12-12-2007, minnieme komen :

yana..maaf ye melayu saya tak begitu baik.. kayu manis = cinnamon ke? Lepas tu, kalau tak letak cili boh boleh tak? tak tahu kat mana nak dapat cili boh kat uk..


29-01-2008, ofisgrl komen :

yana, resepi ni nampak sedap......tapi berapa sukatan untuk santan dan kiub pati ayam?......


08-03-2008, nurnikisha komen :

masak untuk lunch hari ni..sedap sangat...tq!!:)


01-04-2008, Kak Roi komen :

berapa lama agaknya perlu di masak sotong tu supaya dia tak keras? TQ


25-08-2008, Dea komen :

cantikknya nampak kuah kari tuhhh....rasanya tentu kaw2 erkk....


09-05-2009, salinah amat komen :

akum..sy rasa kari sotong ini lebih enak sekiranya tidak gunakan santan kelapa..


01-08-2009, oni komen :

dah try semlm... sedap.. hubby oni makan sampai tambah2... pas masak tu oni tambah dengan tumis darat... huihh oni pun tambah nasik gak...


30-10-2009, indra komen :

Hi Yana, semalam i masak kari sotong ini hmmm sedap lah...hubby i makan sampai habis kari sotong..i tak tambah kiub ayam tapi sedap juga...bestnya...


04-01-2011, pesona purple komen :

sya slalu jg msk sotong kari tp x letak santan,rsa mmg power jg;)


21-01-2011, miera_teddq komen :

tk pnah mkn sotong msak kari.. nk cbela..


28-03-2011, karambit komen :

ok juga


23-06-2011, -umie_sue- komen :

umi mkn tk memilih he he jnji knyg. resepi korg mmg best 2..mleleh ludah umi...


07-07-2011, fizabri komen :

thnx yana... i dh cuba masak arini... mmg terbaik!!


04-08-2011, anna85 komen :

hari ne...sy nk cuba bt sotong kari yana...utk berbuka puasa nanti...:)..thanks yana...ni first time msk kari sotong...:)


24-10-2011, suterabidadari komen :

dh pernah buat pun....memang sedap....;)))


02-11-2011, afhamaisy komen :

cuba try msukn pulut dh msk dlm sotong tu mcm sotong sumbat dn dmsk brsma kari yana ni.


11-11-2011, alia_88 komen :

santan tu berapa bnyakk xder tulis pon..huhuhu..ni nk try masak..selalu masak sotong mesti kecut..


17-01-2012, faiziela komen :

xda pn 2lis sntn byk mana.. klu xpakai sntn leh x?


18-01-2012, sherrysally komen :

santan dia agak2 jer, ikut suka nk pekat or cair dan byknya sotong.Kalau x letak santan pun bole tp tukar nama jd kari sotong mamak.


14-04-2012, alia_88 komen :

saya dh cuba resepi ini pada 14-4-2012 tapi saya ganti kan dengan udang..rasanya sungguh sedap...sangat2 sedap.....suami saya makan bertambah2 nasi...sedap sgt...selain colour nya menarik....mmg sedap thanks bg resepi ni


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd