Google+

oleh: itazul Sponge Cake

P7110091

Resepi diambil dari buku Alex Goh (telah diuji beberapa kali)


Created on : 01-08-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi itazul




Bahan-bahan ( Saiz kek : 11" x 9" (anggaran) )

  • 6 biji telur (Gr A) (buang tali pusatnya untuk elak kek berbau hanyir)
  • 150gm gula castor
  • Esen Vanila
  • 100gm tepung naik sendiri
  • 20gm tepung jagung
  • 80gm butter (cairkan dan biar sejuk)

Cara-cara

  1. Pukul telur, gula dan esen vanilla hingga gebu dan lembut (pekat)
  2. Masukkan tepung naik sendiri & tepung jagung(kedua-duanya diayak bersama) dan putar/pukul sebentar (sekadar adunan telur dan tepung sebati) Peringatan : jangan pukul terlalu lama, nanti kek akan jadi berat dan akan jadi bengkang pula nanti!)
  3. Masukkan butter yang telah dicairkan dan kacau sebati
  4. Masukkan adunan kedalam acuan yang di lapik kertas minyak (untuk mudah mengeluarkan kek) dan bakar pada suhu 180C selama 30 minit atau sehingga masak. (uji dgn mencucuk lidi ditengah kek)
  5. Sekiranya berhajat untuk membuat kek sponge coklat, tambahkan 20gm serbuk koko dan kurangkan tepung sebanyak 20gm juga.
  6. Kek ini nampak mudah, tetapi penyediaan dan cara-cara yang teliti amat penting untuk mendapatkan kek yang gebu, benar2 seperti sponge.
  7. Kek ini akan turun sedikit selepas dikeluarkan dari oven.
  8. Selamat mencuba.

Tag

kek








Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (2)

19-05-2011, amyila komen :

buang tali pusatnya untuk elak kek berbau hanyir.... mana satu tali pusat telur ya...tak tahu la?


29-11-2011, LynLuvCake komen :

butter ble substitute dgn myak x?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu