oleh: eenat Lime Smoothie Special

31072009

Resipi sendiri. Idea dr D'limau Nipis Restaurant.


Created on : 01-08-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi eenat




Share


Bahan-bahan ( Terdiri kpd 2 bahagian A : Agar-agar. Bahan B : Smoothie . )

  • Bahan A : Agar-agar limau nipis. Agar2 ni blh buat utk 2 gelas. Ambil separuh sahaja. 1 gelas @ 250ml. Memang sengaja buat sedikit lembik supaya senang disedut dgn straw.
  • 1 sk paras serbuk agar-agar
  • 3 - 5 sb gula pasir (ikut manis)
  • 1 cawan air
  • 1 sb jus limau nipis (blh tambah atau kurang ikut selera masing2)
  • Sedikit pewarna hijau
  • Bahan B : Lime Smoothie
  • Setengah cawan susu segar
  • 2 - 3 sb jus limau nipis (ikut selera masam)
  • 3 - 5 sb gula pasir (ikut selera manis)
  • Beberapa ketul ais kiub

Cara-cara

  1. Bahan A : Masakkan air, gula dan agar2. Bila mendidih, tutup api. Masukkan pewarna dan jus limau nipis, biarkan beku. Bila dah beku, hancur-hancurkan agar2 dgn garfu. Ketepikan
  2. Bahan B : Blender semua bahan sampai gula hancur. Ketepikan.
  3. Cara menghidang : Di dalam gelas, masukkan beberapa sudu agar2 hancur. Selepas itu, tuangkan smoothie di atasnya. Ulang kedua-dua langkah. Diatas sekali, hiaskan dgn ais krim vanila. Parutan coklat, sirap coklat dan coklat urai. Siapppp. Sesuai utk hidangan penghilang dahaga....Selamat mencuba !!


Laporan Masakan Bergambar (2)

27072009_004_
02-08-2009
refreshment yang sedap ! kenyang plak tu..tq Eenat..nanti blh try perisa lain dgn method yg sama
Laporan oleh: malekz

Glad to hear u enjoyed it..;)

Resepi_limau_nipis_special
12-08-2009
Nyam nyam..it's so soothing..wat utk family gathering..dapat pujian dr ahli kluarga..10Q for the great recipe
Laporan oleh: Toncet

cantekkk


Komen (4)

03-08-2009, tuntung15 komen :

aiseymann.....tgk resepi dah lepas buke pose... kalo tgk siang tadi, sure dah buat nih....nampk menyelerakan dan segar. ummmp simpan jer la tuk esok lak....males nak kuar beli es kem.


05-08-2009, eenat komen :

tuntung15, x per dah tgk resipi ni. Nanti buleh buat. Kat restoren tu, dorg jual RM4.20 kot 1 glass ni. Bayangkan klu 5 org nk minum..x kopak poket? Bhn2 nak wat hanya brapa sen jer


12-08-2009, makucu komen :

hari sabtu lepas,sekolah makucu buat hari kantin. Jual smoothie ni tapi tak letak ais krim. Alhamdulillah, boleh la dapat 200 hinggit hari tu. Jual satu gelas rm2


14-08-2009, eenat komen :

wah..dah meniaga ek makucu..baguih baguih


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu