oleh: kak fida ♥Ayam Siat™

Ayam_siat

Enak dimakan dengan nasi panas2,bubur nasi,ditangkupkan dgn roti putih atau disumbatkan dalam roti pita sebagai inti dan sebagainya ikut selera...dan enak juga ditaburkan di atas mi segera.... :)


Created on : 26-07-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi kak fida




Share


Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 2 keping dada ayam (500g)
  • 10 helai daun limau purut -disiat2
  • 5 batang serai*(ambil tengahnya)
  • 3 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 batang lada merah*
  • 2 batang lada hijau*
  • beberapa tangkai cili padi*(ikut kepedasan masing2)
  • 2 sb kicap cair
  • 1/2 sb serbuk lada putih
  • 1 sk serbuk kunyit
  • garam dan gula secukup rasa
  • air secukupnya
  • 3 biji limau kasturi
  • sedikit minyak masak untuk menumis

Cara-cara

  1. Ayam_siat_isi_ayam
    Rebus dada ayam hingga empuk.Angkat,sejukkan dan disiat-siat.Ketepikan.
  2. Ayam_siat_bhn2_hiris
    Hiris halus bahan2 bertanda.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan semua bahan2 hiris dan tumis hingga wangi dan layu.Masukkan pula isi ayam siat tadi,sebuk lada putih,serbuk kunyit,kicap cair,garam dan gula secukup rasa dan gaul rata.Masukkan secukup air supaya tak terlalu kering dan gaul lagi sampai masak.
  4. Angkat masakan dari kuali dan masukkan dalam pinggan hidangan.Perah limau kasturi di atasnya dan hidangkan.
  5. ***Perahan limau kasturi boleh juga dimasukkan semasa menggaul semua bahan ketika memasaknya.
  6. ***Masakan ini lebih pedas lebih enak.

Tag

ayam inti


Laporan Masakan Bergambar (1)

P7280598
02-08-2009
kak fida, buat nih last week, layan ngan bubur, bru hantar laporan arini pasal myr x leh masuk last week... thanks kak sedap banget!!!
Laporan oleh: waheedeana

mmng sedap tuh mkn ngan bubur....tq deana krane mncube... :)


Komen (2)

27-07-2009, manjasayang komen :

wah...!nampak sedap nk cubalah nanti,tq kak fida 4 d rcp...


27-07-2009, kak fida komen :

manjasayang..cube jgn tk cube...heee...mudh utk mnyediaknnye...tq.. :)


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu