oleh: Cik aw1en Kari Kepala Ikan Penang

Kari_kepala_ikan_siakap

masakan nie famous sangat kat penang, kalau makan nasi kandaq wajib ada gulai nie... gulai penang tak guna santan so dia boleh tahan dan sedap. lagi sedap kalau cicah dengan roti benggali.


Created on : 24-07-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi Cik aw1en




Share


Bahan-bahan ( 4 orang )

  • kepala ikan siakap
  • rempah kari babas
  • serbuk cili
  • bawang merah 3 ulas *
  • bawang putih 2 ulas *
  • bawang besar 1 biji (hiris bulat)
  • halia *
  • serai 1 (di ketuk)
  • serbuk jintan putih 1 sb
  • air asam jawa
  • bendi
  • tomato 1 biji (belah 4)
  • cili hijau belah tengah
  • terung bulat belah 2

Cara-cara

  1. Tumbuk bahan yang bertanda *, tumis bersama daun kari dan halba campur sehingga naik bau.
  2. masukkan rempah kari bersama serbuk cili dan tumis sehingga pecah minyak, kalau tak pecah minyak kari nanti tak sedap. masukkan serai (untuk sedapkan kari - optional)
  3. setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa ikut citarasa masing2, kalau nak masam, masukkan lebih air. kalau tak, secukup rasa jer la.
  4. masukkan kepala ikan, kalau nak masukkan isi pun blh juga, biar sehingga mendidih.
  5. setelah mendidih masukkan bendi, tomato, terung dan cili hijau. Masukkan garam.
  6. setelah mendidih, hiris bawang besar dan taburkan di atas kari untuk di hidang.


Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (4)

26-10-2009, zaya komen :

salam..cik aw1en, nampak sedap jer kari penang ni. biasa nyer kita mkn kt kedai nasi kandaq jer..ni dh da resipi nk cuba buat la nanti agi pun my hub suka sgt mkn kari kepala ikan...10q sbb kongsi resipi


04-04-2010, fikmiey komen :

hehe..sya bru nk blajar masak ni..trtarik plak dgn resepi ni..lgpun hsband nk sgt mkn kari kpala ikan.. jdi nk try resepi ni laa.. klu ikan tu..bole pkai apa2 jenis ikan aje ke? ada sape bole tlg sye?


24-04-2010, Daunsirih komen :

Hi , saya cuma nak kongsi pengalaman masakan paling bermakna dalam hidup saya.Jujur saya katakan tak pernah makan Kari Penang atau Gulai,ibu saya dari keturunan cina yang banyak mengamalkan masakan kurang minyak,apb Tuhan jodohkan saya dengan orang Penang,saya agak terkejut dgn cara,makanan dan resipi mereka.Jadi tak biasa pada mulanya,tapi lama kelamaan saya jadi suka atau mungkin seperti ketagih nak makan hari - hari .Saya memahami 2 jenis gulai di Penang ada Gulai Mamak dan Gulai Melayu Penang ,bagi saya Gulai Melayu Penang lebih sedap. Seperti kebiasaan 1st time cuba untuk masak sendiri agak sukar ,pelbagai komen saya terima dari suami,emmm seketika saya give up,tapi perlahan -lahan sy belajar sambil melihat,bertanya dan mencari bahan2 secret resipi orang2 Penang,akhirnya gulai saya mula pecah rekod ,sehingga ibu mertua dan jiran saya sendiri datang bertanyakan bahan &resipi.kata mereka bau harum dan 'berasa'.Saya gembira &bersyukur dapat masak masakan terbaik buat suami sy ,duhulu saya ingatkan masak gulai ni sukar,tp sekarang gulai ikan adalah masakan termudah saya. Tips mesti dalam masakan gulai ikan: 1.Pastikan bahan2 cukup,untuk hasil yang lebih baik. 2.Pastikan ikan dibasuh sebersihnya hingga hilang bau hanyir +lumur garam+basuh+lumur asam jawa+basuh semula + perahan air limau,basuh dan toskan. 3.masak api pelahan & tutup Selamat mencuba dan jangan putus- asa jadikan ia antara masakan terbaik anda. Thanks and Good luck


05-08-2011, sweet purple komen :

nmpak mcm sedap...nk cubalh.huhu


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu