Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi ♥Bingka Cempedak™

 Submitted By On 23 July, 2009
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

Menambah koleksi resipi bingka di Myresipi ni...cara2 telah diubah-suai supaya lebih mudah lagi utk membuatnya... :)

Ingredients
  • 300 g isi cempedak*
  • 650 ml santan* (dr 1/2 biji kelapa)
  • 2 biji telur*
  • 240 g tepung gandum
  • 150 g gula pasir(boleh kurangkan,jika cempedak manis)
  • 1/2 sk garam
  • 80 g mentega cair
  • 1/2 sk pewarna oren/kuning
Instructions
  1. Tepung,gula dan garam di masukkan ke dalam sebuah mangkuk dan gaul rata.

  2. Kisar halus santan,cempedak dan telur dan tuangkan ke dalam mangkuk tepung tadi dan gaul sebati.

    bingka_cempedak_d_gaul.jpg
  3. Tuang mentega cair dan pewarna dan digaul lagi hingga sebati dan tepung tk bergentel2.

    bingka_cempedak__warna_n_mentega.jpg
  4. Tuang adunan ke dalam loyang yg digris (alas alum. dan gris jika bimbang kuih melekat pd dasar loyang).

  5. Bakar hingga masak dan garing permukaan bingka selama 45 min hingga 1 jam. pd suhu 170C.

    bingka_cempedak_d_bkr.jpg
  6. Sejukkan bingka dan bolehlah dipotong dan disajikan.

    bingka_cempedak_d_sjukkn.jpg
Tags 
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All