Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi Lobak putih goreng

 Submitted By On 23 July, 2009
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

Ini rahsia mama saya masak lobak putih. seperti yang sedia maklum,lobak putih memang banyak khasiat ttp lobak putih kurang popular kerana baunya yang 'bacin' dan rasanya yang sedikit pahit (tp tak sepahit peria). Ramai jugak tidak tahu cara yang betul memasaknya.

Ingredients
  • 1/2 ulas bawang besar - dipotong bulat-bulat
  • 3 ulas bawang putih, diketuk
  • 1 biji cili merah - dipotong
  • 2 gengam taugeh - dibasuh dan ditos airnya
  • 1/2 batang lobak putih, dibuang kulit luarnya dengan peeler dan dipotong sederhana tebal bulat-bulat.
  • Bahan tambahan : kalau suka, boleh juga campur sedikt ikan bilis atau fish ball kedalamnya
  • Sedikit minyak untuk menggoreng, air (jika mahu) dan garam + gula
Instructions
  1. Letak sedikit minyak dalam kuali. Biarkan panas sedikit dan masukkan bawang besar + putih dan lobak putih. Guna api sederhana besar. Jika anda ingin tambah ikan bilis atau fish ball, masukkan ikan bilis atau fish ball juga.

  2. Gorengkan bahan tadi sehingga lobak putih empuk (warnanya akan bertukar dari putih ke seakan jernih). Masukkan cili. Boleh tambah sedikit air jika suka.

    DSC03032.jpg
  3. Goreng sebentar dan masukkan taugeh. Kuatkan api dan tambah garam + gula mengikut citarasa anda. Apabila dah masukkan taugeh, jangan goreng terlalu lama kerana taugeh akan layu.

  4. Tutup api dan alihkan kedalam bekas. Bolehlah dihidangkan.

  5. Tips dari mama saya : Jika ingin menggunakan lobak putih dalam apa-apa masakan seperti sayur, sup, gulai ikan etc, anda perlu menggorengnya terlebih dahulu untuk membuang rasa bacinnya.

  6. Selamat Mencuba!

Tags 
Who has tried this? See their cooking reportSee All
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All
Comments