oleh: Penyulawa Daging Kicap

Daging_kicap

Resipi pepandai sendiri jer...


Created on : 22-07-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi Penyulawa




Share


Bahan-bahan ( 4 orang makan )

  • BAHAN A:
  • 500g daging - ptg kecil
  • 1/2 inci halia - ketuk
  • BAHAN B:
  • 4 butir bawang merah - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • 1/2 inci halia - mayang halus
  • rempah tumis - kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang
  • 1 sudu kecil lada hitam - ketuk kasar
  • 1/2 botol kecik kicap soya
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1/2 biji lemon - ambil jus sahaja
  • 2 sudu besar madu
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 biji tomato - belah 8
  • 2 biji bawang besar - potong baji
  • cili merah atau cili api

Cara-cara

  1. Masukkan A ke dalam kuali bertutup. Dengan api sederhana, biarkan ia mendidih dengan air yang keluar dari daging hingga air hampir kering.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali berasingan dan masukkan rempah tumis hingga naik bau kemudian masukkan bahan hiris (bawang merah, bawang putih, halia) hingga sedikit layu.
  3. Masukkan lada hitam, sos tiram dan kicap dan biarkan hingga mendidih. Kemudian tuangkan bahan tumis ke dalam rebusan daging (A) tadi. Masukkan madu dan jus lemon, kacau rata.
  4. Biarkan seketika agar semua bahan mesra.
  5. Campakkan tomato, bawang besar dan cili. Biar mereneh sehingga bawang sedikit layu. Hidangkan.

Tag

daging


Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (1)

23-07-2009, inda77 komen :

salam Penyulawa...ni lauk kegemaran famili inda...mesti cuba nih...tq kak... :)


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu