oleh: ibufarzana Kuih Seri Muka

Serimuka

Resipi daripada kenalan yang pakar kuih Melayu, Kak Z.


Created on : 22-07-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi ibufarzana




Share


Bahan-bahan ( Loyang 24cm@91/2 inch )

  • Bahan bawah
  • 2 cawan beras pulut*
  • 75ml santan pekat
  • 225 ml air
  • 1 sudu teh garam
  • Bahan atas
  • 2 biji telur
  • 125ml santan pekat
  • 75ml air
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • ¾ cawan gula
  • ½ sudu teh garam
  • 1 sudu teh perisa pandan
  • 1/8 sudu teh pewarna hijau*

Cara-cara

  1. Alat pengukus disediakan terlebih dahulu, pastikan air mendidih.
  2. Beras pulut yang telah dibasuh bersih dan ditoskan dicampurkan dengan santan, air dan garam dikacau sebati.
  3. Pindahkan ke loyang dan kukuslah selama kurang lebih 20 minit, dibuka dan kacau sedikit bagi memastikan pulut dan santan sebati. Sambung mengukus dalam 10 minit.
  4. Setelah siap kukus, menggunakan belakang senduk nasi dan plastic, tekan mampatkan pulut ke dalam loyang supaya padat, ketepikan.
  5. Bahagian atas boleh disediakan semasa menunggu pulut dikukus.
  6. Di dalam pengisar, masukkan kesemua bahan kedalam pengisar dan kisar sebati dalam kurang lebih seminit. Warna hijau adalah bergantung kepada citarasa masing. Sekiranya suka hijau pekat maka warna boleh dilebihkan.
  7. Kuihserimuka
    Setelah itu tuang adunan ke atas Bahagian bawah dan kukuslah selama 45 minit. Kuih Seri Muka disejukkan dulu sebelum di potong untuk dihidangkan.
  8. Measurecup
    Nota: Sukatan beras pulut, menggunakan measuring cup, pada paras senggat bawah, bukan penuh. Sekadar mengurangkan 50ml. Rujuk gambar.


Laporan Masakan Bergambar (2)

Imag1610
29-10-2011
terima kasih atas resepi..buat untuk sarapan pagi.. :)
Laporan oleh: iezaja
Dsc01184
07-11-2011
seronok sangat dpt buat,x yah beli kuih ni lagi...tp bhgn atas nmpak nipis.len kli wat lg kena doublekan bhgn atas bg nmpak tebal ckit
Laporan oleh: kecikcomel

Komen (13)

23-07-2009, nurzana komen :

assalammualaikum ibufarzana... nk tnya skit.......bahgian atas yg hijau tu tak dimasak dulu ke?


25-07-2009, ibufarzana komen :

waalaikumussalam nurzana. Bahagian atas hijau tak perlu dimasak, sebaik kita tuangkan atas pulut, proses masaknya berlaku selama kita mengukus antara 45 m ke 1 jam, sebaik sejuk, bahagian hijau akan sedang elok saje, tak terlalu lembut dan tak terlalu keras. Selamat mencuba.


27-07-2009, nurzana komen :

saya dah cuba pun resipi ni dan menjadi, elok je dipotong, tak terlalu manis. sesuai makan untuk 3 atau 4 org. terima kasih ibufarzana.......tp saya tak reti nk upload gambar kat sini.


10-08-2009, ibufarzana komen :

salam nurzana, saya tumpang gembira, nurzana dah cuba. Saya memang gemar kuih ni. Tak dpt upload gambar pun tak mengapa yang penting resepinya dicuba dan berjaya, alhamdulillah.


10-08-2009, zuzu83 komen :

jika bahagian atas trus tuang atas pulut,nanti akan meresap kedalam pulut tak????


11-08-2009, ibufarzana komen :

salam zuzu83, bahagian atas meresap sedikit ke bahagian pulut, tapi kadar serapan bergantung kepada kemampatan pulut. Jadi kita mampatkan molek-molek pulut supaya ruang resapan dikurangkan.


31-08-2010, norazira_eire komen :

cara nak elakkan adunan atas meresap pd pulut: bancuh sedikit tepung gandum dgn air,jgn cair sgt.sapukan pd permukaan pulut,kukus sebentar n baru tuangkan adunan atas tadi.


31-01-2011, cikkeen komen :

cemana nak jadikan pulut masak elok.. bukan lembik.. susah nak keluarkan dr loyang.. bahagian atas nyer pon sy buat jadi keras..


17-05-2011, jaja1977 komen :

kuih ni,kesukaan hubby...mase mule2 buat dulu selalu x menjadi,malu dgn hubby..tp lame2 dan byk tgk dlm internet,kuih ni semakin ok...tq.


19-07-2011, kiahke komen :

tima kasih atas resepi yg diberi.. akhirnyer menjadi jugak siap bagi jiran2 rasa dan leh wat berniaga.. cikkeen: utk pulut 2 sya wat 1/2 masak pas 2 bru letak kat loyang.. yg atas 2 air dye betul2 ikut sukatan yg ibufarzana bagi.. InsyaAllah mmg terbaik..


26-09-2011, wan mazlan komen :

rasa nk buat..tapi xada bahan2 plak


29-09-2011, shaz6991 komen :

ibu,saya tgk resepi org lain ada letak tepung jagung atau tepung beras,tapi ibu x ada?mana satau sebenarnya?sya baru nak cuba,tapi dah keliru..terima kasih...


17-10-2011, mama_shima komen :

knpa sukat pkai ml, tk pandai lh.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu