oleh: syari As-You-Like-It Breakfast Casserole

100_5282

Resepi asal dari Simplyrecipes.com Boleh di olah mengikut selera anda


Created on : 16-07-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi syari




Share


Bahan-bahan ( 7-in casserole dish - 4 orang makan )

  • 4 biji telor
  • 1 cawan grated cheddar cheese
  • 1 cawan susu segar
  • 4 keping roti, potong kiub
  • 1/2 cawan sayur campur (carrot, peas dan jagung)
  • 1/4 cawan button mushroom (cendawan butang dalam tin) yang dihiris nipis
  • 1/2 cawan ayam, di hiris nipis
  • 1/2 cawan sosej dipotong kiub/potong bulat
  • 1/4 cawan green & red capsicum (lada benggala)
  • 1/2 biji bawang merah besar di dadu
  • 1/4 cawan celery - potong kiub
  • 1/2 sk italian herbs atau dried herbs spt basil, rosemary, or thyme, gunakan 1 sk jika ada yang segar, boleh di tukar dengan 1 sb serbuk kari jika mahu
  • garam, pepper mengikut rasa

Cara-cara

  1. Panaskan oven 180'C (sesuaikan ikut jenis oven).
  2. panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang, + sayur campur, cendawan, capsicum dan celery kacau lagi, + ayam - masak sehingga ayam bertukar putih, + sosej, perasakan dengan herbs, garam dan pepper. Tidak perlu masak terlalu lama kerana bahan akan di bakar nanti.
  3. Sementara menunggu bahan no 2 siap, pukul telor menggunakan whisk, tambah susu dan cheese, pukul lagi.
  4. Tuang bahan no 2 dan roti kiub tadi kedalam adunan telor. Gaulkan rata dan boleh lah di tuang kedalam casserole dish yang telah di gris.
  5. Boleh di tabur cheese di atasnya dan di hias ngan potongan sosej jika suka. Bakar 50 minit - 1jam atau sehingga bahagian atas bertukar sedikit keperangan.
  6. Sedap di makan begitu saja, atau tambah sos jika suka semasa masih panas.


Laporan Masakan Bergambar (1)

Sam_0874
30-10-2010

Laporan oleh: sixsixtwo

Komen (6)

16-07-2009, kebayan komen :

makan macam tu je ke?


16-07-2009, kebayan komen :

makan macam tu je ke?


16-07-2009, sixsixtwo komen :

kepingan roti tu nak buh kat mana? tak da mention pun


21-07-2009, YoN_NoSe komen :

lari budget aku


10-08-2009, Rim komen :

@#2~ Goreng ayam dulu kemudian bahan sayuran nya sebentar sudah cukup. @ YoN_NoSe~ jangan kuatir pasal budget, bahan2 ikut suka apa2 ada tersimpan dlm fridge- isi ayam goreng, sosej goreng atau daging cincang. Tak perlu sosej di atas sebab sudah ada daging didalamnya. @sixsixtwo~ step no#4- tuang bahan-bahan #2 dan roti kedalam casserole/loyang yg sudah disapuh butter. Kemudian tuang pukulan telur keatas. Tabur hirisan cheddar cheese. @kebayan~ Taruh cili sos diatas, makan selagi maseh panas baru sedap.


16-12-2009, odie09 komen :

thanks syari for the recipe. anak saya yang tak suka makan sayur pun bertambah makannya.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu