Google+

oleh: rizalia Chocolate Cheese Layer Cake

Image_008

cuba2 buat sendiri... dan hasilnya memenuhi citarasa kaum keluarga :-)


Created on : 15-07-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi rizalia




Bahan-bahan ( Sebiji kek yg besar... ramai2 leh makan )

  • **utk lapis coklat**
  • 1 1/2 cwn gula halus
  • 125g butter
  • 2 biji telur (grade c~berat utk 2 biji sekitar 80~95gram)
  • 1/2 cwn serbuk coklat/koko (van houten) + 1/2 cwn air panas (bagi larut)
  • 3/4 cwn susu coklat
  • 1 1/2 cwn tepung gandum + 1 sd teh soda bikarbonat + 1 sd teh serbuk penaik (ayak bersama)
  • 1 sd teh esen vanilla
  • @@utk lapis cheese pula@@
  • 375 g cream cheese
  • 100 g gula halus
  • 1/2 cwn tepung gandum
  • 2 biji telur (grade C juga ye)
  • 50ml air biasa

Cara-cara

  1. Memula kena buat lapisan yg coklat dulu k... Mcm biasa la kan.... Pukul butter dgn gula sampai gula larut dan kembang. Pastu masukkan telur sebiji demi sebiji. pastu masukkan pula campuran coklat (yg dah siap2 bancuh dgn air panas tu). Lepas tu masuk pula susu coklat. Lepas tu boleh la masukkan pula campuran tepung+soda bikarbonat+serbuk penaik dan esen. gaul rata. (masa masukkan tepung tu kena sket2... sambil gaul rata)
  2. Sediakan loyang yang bersaiz 7 inci x 10 inci yg berbentuk segi empat tepat.Kalau sape2 ade loyang yg mmg utk cheese cake lagi bagus. Senang nak bawa keluar nanti.
  3. Panaskan oven suhu 170 darjah celcius selama 5 minit. Bakar pula adunan kek coklat tu selama 12 hingga 15 minit.
  4. Opsss... Lupa lak... sebelum masuk semua adunan kek coklat tu.... ambik 2 sudu besar adunan kek dan masuk dlm plastik (nanti nak guna utk buat corak2 atas cheese pula)
  5. Sementara menunggu kek coklat tu... Kite pukul cream cheese dgn gula sampai kembang. lepas tu masukkan telur dan pukul lagi. Pastu masuk pula tepung dan gaul rata. Last sekali masukkan air.
  6. Bila adunan kek coklat dah siap 15 minit, masukkan pula adunan cheese tadi ke atasnya. Paipkan pula 2 sudu adunan kek coklat tadi. corak2 kan kek kite. ME ni tgn kaku sket. So paipkan lurus2, pastu ambik lidi gariskan jek. Tu yg terhasil corak ini. Kire corak basic la ni. Bakar dengan cara marine bath. Letak dulang bawah dia dgn air. Jgn lupa tutup loyang kek dgn aluminium foil sebab nak bagi permukaan kek yg cantik. Bakar pula selama 40 minit.
  7. Bila dah siap bakar, biarkan aje kek sejuk sendiri dalam oven... Mcm ME bakar malam hari... so biar dia sejuk smp ke pagi. Pastu simpan pula dalam freezer keesokkan sepanjang hari bekerja. Mlm tu boleh le makan... sebab rasa cheese lebih enak disimpan....
  8. ade org suka dan pandai menghias kek menjadi lebih cantik dipandang. Disebabkan ME ni kerastangan... so ape yg boleh dibuat ialah pukul whipping cream.. salut di tepi... Pastu ME parut pula Coklat Cadburry Bar dan tampal kat tepi2 kek tu... Siap

Tag

kek








Laporan Masakan Bergambar (6)

Image_011
15-07-2009
ini adalah rupanya setelah dipotong...
Laporan oleh: rizalia
Dsc01350
15-07-2009
inila hasil setelah mencuba...tp xcantik mcm sifu rizalia buat..hehe..apa pun tQ..
Laporan oleh: bakewithmilla

Terima kasih milla kerana mencuba. Boleh upgrade lagi tu keknya. Buat ciskek ni kena byk sabar kan. TQ so much... harap penuhi citarasa

Img_1178
16-07-2009
thanx...dh cuba wat semalam...rasa ok...cuma x la cantik mcm cikgu punya...heheheh...x pandai nk lorek2
Laporan oleh: nuanza

Terima kasih nuanza.... dah ok corak yg nuanza buat tu. Cuma lain kali kalau boleh kecik kan sikit lagi jarak garis lurus semasa paip... ape2 pun... yg penting rasa dia kan. TQ

Cheese_cake
17-08-2009
percubaan pertama..mmg sedap...
Laporan oleh: eye_nie

Terima kasih eye_nie sebab mencuba dan menyukai keenakan kek ni. Cantik le bentuk spiderman ni... nak try gak le. Hehehe

16082009_001_
17-08-2009
ni 2nd attempt buat. 1st punya, cis sudah tenggelam dlm adunan ceklet. Tp maintain sedap. Tambah lemon emulco bg menyengat bau cis dia..TQ !
Laporan oleh: eenat

waaa..... eenat pun wat bentuk spider mcm eye_nie.... mcm janji2 gitu ye... cantik le... lain kali nak buat gak design ni la... Tambah lemon ke? xkejam sgt rasa cheese nya? Hehehe.... TQ sebab menyukai resipi ini

Dsc00279
30-08-2009
sedap.. tapi resepi kek coklat bawah tu angah guna resepi angah sendiri.soriii ..ramai yg dah rasa, memuji kesedapan kek nie..siap ada yg nak tempah lagi..tapi acuan kek mungkin tebesar sgt, tu yg nipis tu..tapi apa2 pun TQ banyak2..kek keju pertama yg angah buat.
Laporan oleh: angah_nany

Tq angah_nany kerana mencuba resipi ini.... Wahhh... dah leh buat bisness la ye. alhamdulillah.... Bertambah rezeki kite :-)


Komen (36)

15-07-2009, cikliz komen :

aik...riza mana cara2 membuat kek tu...nampak menyelerakan..


15-07-2009, rizalia komen :

cikliz>> dah nampak x cara2 buat kek? Maaf le penerangan panjang lebar :-) Selamat Mencuba


15-07-2009, cikliz komen :

ok..baru jelas dan lengkap..hehhehe


15-07-2009, riena komen :

salam... kalau pakai telur gred A @ L saiz berapa biji nak pakai telur ya?


15-07-2009, bakewithmilla komen :

wahhh rizalia terima kasih yaaa resepinyaaa...nak cuba nie...


15-07-2009, zheinysha komen :

rizalia, waaaa kek yg mengancam dan menggoda. rcp mudah, n nampak sedap, i akan cuba juge nanti. lebih2 lagi guna cheese. corak yg atas tu, kita paip kan lurus je n then guna lidi, gitu je ke? or bole tak upload gamba cara buat corak tu? thanks ye bagi rcp.


15-07-2009, rizalia komen :

riena>> salam.... Kalau telur grade A mungkin sebiji le kot ye... ntah le.. nanti balik kite timbang berat telur tu ye.... bakewithmilla>> sama2... selamat mencuba ye zheinysha>> cmne nak cite ye... paipkan lurus melintang... masa nak gariskan lurus tu pakai lidi menegak lak.... kalau xberapa faham nanti nak minta tlg kawan2 lain tlg explain...


15-07-2009, nora_kai komen :

Wow cntiknyer cheese cake nih. Husb suke sgt mkn cheesecake, blh la try wat nnti. Cume nk tau size loyang yang rizalia pki tu brp size nye ye?


15-07-2009, rizalia komen :

nora_kai... nanti lia balik umah cuba ukur ye brp ukuran loyang tu


15-07-2009, nora_kai komen :

Thks lia, saya akn tggu. Plan nk buat pn weekend nih sbb kena beli cream cheese dulu.


15-07-2009, nurul_isb komen :

rizalia, mcmana cara nak lorek ye? nurul tak faham lah.


15-07-2009, nor_67 komen :

lia.. stock cheese abis la.. huhu.. bak la 5 potong yg lia punya..


15-07-2009, bakewithmilla komen :

Salam rizalia... nak minta izin nie nak copy resepi simpan kat blog bleh ker?


16-07-2009, rizalia komen :

terima kasih di atas komen2 yg diberikan. kepada kawan2 yang bertanya saiz loyang yg digunakan oleh saya ialah 7inci x 10 inci. loyang 4 segi tepat


16-07-2009, rizalia komen :

kak nor>> dah abis ke stok cheese? x pe...nanti lia buat ambik le brp potong akak nak :D bakewithmilla>>boleh aje... jemput juga link ke blog saya di http://mylife-rishazalia.blogspot.com


16-07-2009, rizalia komen :

nurul_isb>> caranya ialah... paipkan campuran 2 sudu besar adunan chocolate cake td tu secara melintang. Buat la setiap 1 inci ke. Lepas dah siap paipkan tu... Ambil lidi dan gariskan menegak pula. Ermm...terhasil la corak begitu. Tapi x dpt corak mcm tu pun x pe.... yg penting dapat membuat kek dgn jayanya kan :-) selamat mencuba nurul


16-07-2009, baby ainin sofiya komen :

kak razalia, resipi ni tentu best. tak payah baby pi beli kat kedai kek lagi.


17-07-2009, rizalia komen :

baby ainin sofiya>> rasa keju yg tidak keterlaluan kejamnya kerana dibayangi choclate tu....hehehe.... sedap la bagi yg suka. Kek ini agak besar... Kalau keluarga yg kecil. 1/2 adunan pun dah ok tu


17-07-2009, ibusiti komen :

saya dah cuba malam tadi, tapi kenapa ya kat tengah-tengah kek tu lembek macam tak masak. Saya letak cheese to after 20 min bake. Kkena tunggu coklat masak baru masukkan cheese?. This is first time i try buat chesse cake. Lagi satu kek tu kembung kat tengah ... macamananak buat nak kasi macam rizalia punya?


17-07-2009, ibusiti komen :

Apapun rasanya memang best!


17-07-2009, rizalia komen :

ibusiti>> terima kasih sebab mencuba... kenapa ye jadi mcm tu... Lia pun x pasti nak menjawabnya. Sebab Lia belum lagi penah jadi mcm tu. Lia masak cake coklat 12 hingga 15 minit sebab nak bagi permukaan dia masak then baru letak campuran cheese. Menggelembung ke? Ibusiti ade tutup dgn aluminium foil x? Lia guna api atas bawah tau...Terima kasih kerana mencuba


17-07-2009, rizalia komen :

ibusiti>> terima kasih sebab mencuba... kenapa ye jadi mcm tu... Lia pun x pasti nak menjawabnya. Sebab Lia belum lagi penah jadi mcm tu. Lia masak cake coklat 12 hingga 15 minit sebab nak bagi permukaan dia masak then baru letak campuran cheese. Menggelembung ke? Ibusiti ade tutup dgn aluminium foil x? Lia guna api atas bawah tau...Terima kasih kerana mencuba


06-08-2009, soffea komen :

kak razalia, boleh tak kalo soffea tukar pakai tepung kek?


17-08-2009, Ziela129 komen :

nampak cam sedap sgt..kalau kek ni di kukus bleh x cikgu?


26-08-2009, rizalia komen :

soffea>> sorry akak lambat reply.... boleh je tukar pakai tepung kek... tapi x yah dah la letak baking powder rasanya ziela129>> x penah lak kukus... biasa kalau yg ade cheese ni mmg lia bakar jek... Tapi mana tau kalau jadik kan kukus.... dah cuba bagitau ye cmne hasilnya... :-)


30-08-2009, eenat komen :

rizalia, sememangnya cis patut dilanyak dengan tambahkan lemon dan lemon emulco hahaha...lagi satu bab cis tenggelam tu rasanya faktor oven, jenis loyang, cara bakar memainkan peranan. First eenat bkr guna "waterbath".Maybe ada kebocoran kecil (walaupon nmpak permukaan atas cam dh kering),cis tenggelam huhuhu. Second time dah x wat camtu lagi dah :D..dah terror dah kekeke


01-09-2009, rizalia komen :

eenat>> kalau suka tambah ape2 pun x kisah kan... janji kiet sume suke rasa dia... hehehe... Lia x terbayang la pulak cmne cheese tenggelam jadinya tu... cemane eik?? dok terpikir2 gak cmne cheese tenggelam dlm kek coklat... lain kali tempek le gambar yg tenggelam tu. Leh la sama2 kite belajar.... Bagus la eenat ni... mesti suka rasa kek ni ye? sebab selalu buat sampai jadi terror :-)


01-09-2009, eenat komen :

tak moh la wat lg..ala dia tenggelam2 manja ala2 scuba diving gitu..apa lagi, bkr juga la. .. lia, kalau nak wat cuppies guna resipi ni, kek tu bg 3/4 masak dulu kot? wat corak mini spiderweb..sure cantekkk ;)


01-09-2009, angah_nany komen :

salam lia..tempahan dah ader dah..dan ada yg nak rasa..mcm kena buat sampel kasi org rasa ajer..huhuhu ..tapikan masa akak buat hari tu air kat dulang tu mendidih dan lapisan chees tu ada lubang2 sikit ..kenapa ha??


12-11-2009, lineaspera komen :

nak pakai cheese apa??liena tak tahu.maklumlah budak baru belajar


22-11-2009, rizalia komen :

eenat>> sorry...lama x masuk sini... cuppies ke? cmne ye? sebab ianya makin kecil... mungkin x perlu smp 3/4 masak kot... hehehe... lum penah buat percubaan lagik...


22-11-2009, rizalia komen :

angah_nany>> wahwahwah kak... ade tempahan ye? mesti bines makin maju ni.... share2 la kat sini :-) lapisan cheese berlubang ye? suhu tinggi sgt kot... lia masa buat tu.. tutup ngan aluminium foil kak...


22-11-2009, rizalia komen :

lineaspera>> mohon maaf.. kite dah lama x login sini... pakai ape2 je cream cheese. ade pelbagai jenama di pasaran. Biasanya Philadelphia, Tatura, Danish... yang penting dia mesti tulis Cream Cheese... Selamat mencuba :-)


14-01-2010, ieda71 komen :

ala..frust betul hari ni..nak buat b'day kek untuk anak..tp tak jadi...sama mcm eenat dia punya cheese masuk ke dalam (tenggelam) sbb kek coklat tak cukup keras lg..kena masak lebih dari 15 minit.. saya rasa dlm 25 -30 minit baru boleh kuar kan dan taruk adunan cheese..apa2 pun rasanya sedap tp terlalu manis.. inyaallah akan cuba sekali lg..


14-04-2011, fatin fazilah komen :

Nak tanya saya amat memerlukan ilmu dan perkongsian dari semua, masa percubaan pertama saya membuat coklat cheese cake ia menjadi ia moist dan gebu, tapi setelah beberapa kali buat ia menjadi lebih kering. apa yang saya rasa adalah sewaktu pertama kali buat saya mengunakan flour hong kong cake kemudian saya mengunakan tepung kek biasa yang di jual di kedai bakery. pertanyaan saya adakah tepung kek juga boleh menjadi punca kek menjadi kering dan tak segebu dari biasa? saya bimbang customer saya akan complait kerana rasa dan mutu makin menurun. saya amat memerlukan perkongsian ilmu anda semua. Jika anda berkesempatan bolehlah email terus pada saya fatinfazilah_89@yahoo.com


12-03-2012, Miszz Hanani komen :

sy dh cuba resipi ni. utk menjadikn kek choc tu lebih lembab / x kering, cuba masukkn 1/2 sk glycerin semasa mbuat adunan kek choc tu. lg satu kek choc ni mmg kena betol msk bru ltk adunan cheese tu, klu x mmg cheese tenggelam. ni hsl drpd ujikaji yg sy buat ke atas resepi ni. hopefully membantu puan2


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu