oleh: nulezza Asam Pedas Daging

Asam_daging_rs

Lauk yang paling digemari oleh hubby.. selalu saya sediakan sebab mmg dia suka! (saya tak..) hehe.. belajar daripada dia + mertua.. rasa asam pedas cuma gunakan daging (atau tetel).. resepi ini di customize kan mengikut selera hubby.. hehe.. mudah aje.. selamat mencuba..


Created on : 14-07-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi nulezza




Share


Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 1 kg daging (topside / tetel)
  • 15 biji cili kering
  • 3 biji cili merah
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 batang serai
  • 3 tangkai daun kari
  • garam secukup rasa
  • sedikit ajinomoto (jika perlu)
  • minyak secukupnya (untuk menggaringkan cili)
  • sedikit pes asam jawa
  • air secukupnya

Cara-cara

  1. Daging dipotong kecil & direbus hingga empuk. Asingkan daging & air rebusan, ketepikan.
  2. Basuh & rendamkan seketika cili kering di dalam air panas, potong kecil & masukkan ke dalam blender. Masukkan juga cili merah & kesemua bawang² yang telah dipotong kasar ke dalam blender.
  3. Potong kecil² 2 batang serai, masukkan ke dalam blender. Masukkan sedikit air & blender kesemua bahan² sehingga lumat.
  4. Panaskan minyak, masukkan cili yang diblender, goreng sehingga agak garing.
  5. Masukkan garam secukup rasa.
  6. Masukkan daun kari dan 3 batang serai yang telah diketuk / dititik.
  7. Pastikan cili benar² garing, masukkan daging yang telah direbus.
  8. Biarkan seketika, perlahankan api & tutup periuk dengan penutup.
  9. Bancuh pes asam jawa dengan air rebusan daging.
  10. Masukkan bancuhan air asam ke dalam periuk, gaulkan sebati.
  11. Rasa tahap masam, masin & kepekatan kuah. Pastikan ianya secukup rasa. Tambahkan air sekiranya kuah terlalu pekat.
  12. Biarkan seketika. Padamkan api & sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas².. =)


Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (5)

16-07-2009, baby ainin sofiya komen :

Kak, jika baby guna ayam ganti daging boleh tak? Mama baby dan abang X leh makan sebab darah tinggi. So baby nak cuba masak guna ayam.


18-07-2009, nulezza komen :

baby, boleh kalau nak ganti ayam, tapi jgn terlalu cair lah kuahnya.. tak sesuai kalau cair sangat..


14-08-2009, waizuri007 komen :

wahhh... sedapnya! baru baca perkataan tetel je dah berkecar air liur dlm mulut nih! bila la nk masak... dah terbayang pekat kuah ngan daging tetel dlm mangkuk. nulezza maskkan la kitorang plak! kompom sedap! hmmm...


10-12-2010, hanim nini komen :

kalu daun kari tukar daun limau perut bleh tak..pasal pernah buat guna daun limau perut..tak pakai daun kari...


16-08-2011, nulezza komen :

waizuri007 : hehe.. tima kasih.. hanim nini : boleh je.. pakai daun kari sebab husband yg suka daun kari tu.. :) tq


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu