Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi Ketam Masak Lemak

 Submitted By On 15 January, 2007
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

Masakan Johor

Ingredients
  • 4 ekor ketam besar, dibersihkan
  • 6 ulas bawang merah kecil*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3 batang lada merah*
  • 3 biji buah keras*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 1/2 cm belacan*
  • 1 hirisan nipis lengkuas*(*dikisar halus)
  • 1 asam keping
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 kuntum bunga kunyit (jika suka dan jika ada)
  • 1 biji kelapa, diparut
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 biji timun, dibuang kulit, dikerat 2 dan belah empat setiap keratan
  • 2 keping tempe, dikerat 4 setiap keping (jika suka)
Instructions
  1. Dalam periuk, masukkan ketam, asam keping dan bahan2 dikisar. Jerang atas api untuk 2 - 3 minit. Matikan api dan biarkan sebentar.

  2. Masukkan 1 cawan air dalam kelapa parut. Ramas dan perah santan dalam satu bekas. Ketepikan. Tuang lagi 2 cawan air dan perah untuk mendapatkan santan no.2.

  3. Hidupkan api kembali dan masukkan santan no 2 ke dalam periuk. Diikuti tempe, daun kunyit dan bunga kunyit (jika suka dan jika ada), biarkan mendidih. Masukkan santan pekat dan timun. Perasakan dgn garam dan gula. Dalam gambar :- Daun kunyit dan bunga kunyit

    Step_By_Step_032.jpg
  4. Masak atas api perlahan selama 5 minit. Kacau selalu untuk mengelakkan santan pecah minyak. Bolehlah dihidangkan bersama nasi putih dan lauk-pauk sampingan.

Tags 
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All