oleh: skyboy Honey Blueberry Muffins

Muffin

best untuk jamuan hari jadi, Hari Raya, minum petang... sila lah cuba conform mak mertua lalu kat tepi pom tak perasan


Created on : 04-07-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( Dapat dalam 15 biji bergantung kepada saiz paper cup )

  • 300 gm Tepung Berserbuk penaik "Blue key"
  • 140 gm (2/3 cawan) Gula kastor (manis bergantung pada selera)
  • 20 gm (3 sudu) Susu tepung
  • 120 gm (1/2 cawan) marjerin
  • 30 gm (5 sudu) madu
  • 90 gm (2 biji ) telur gred A
  • 160 gm (3/4 cawan) Air
  • Vanilla esen (1 sudu teh)
  • ***INTI***
  • Buah Blueberry (boleh didapati di dalam tin dan juga di kedai membuat kek)

Cara-cara

  1. Panaskan oven pada suhu 175'c (340'f)
  2. Pukul gula, susu tepung, mentega bersama madu sehingga kembang..
  3. masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga kembang..
  4. masukkan tepung di selang seli dengan air sehingga habis... dan akhir sekali masukkan sedikit buah Blueberry tadi
  5. masukkan adunan tadi kedalam paper cup muffins dan bakar selama 20-25 minit sehingga masak

Tag

muffin




Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (2)

05-07-2009, hanazmanis komen :

nanati bleh cuba ni....bahan pun x byk sgt


11-07-2009, skyboy komen :

cuba la... sky ni baru lagi dalam myresipi ni.. so nak la tau feedback dari user yg telah mencuba... mungkin nama sky masih baru lg... tak setanding mat gebu, yani, fendi dan ramai lg... tapi sky hrap dengan ada nya org yg sudi mencuba resipi sky ni.. sky mampu pegi jauh...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu