oleh: love2cook Sambal Ayam

Sambalayam1

Variasi sambal ayam...


Created on : 04-07-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • 1 ekor ayam - dipotong ikut suka
  • 3 sb sos soya
  • 4 sb tepung jagung
  • *10 biji bawang merah
  • *6 ulas bawang putih
  • *1 inci halia
  • *2 batang serai
  • *2 biji buah keras
  • *1 inci kunyit hidup
  • *20-25 tangkai cili kering (dididih bersama air dahulu)
  • sedikit santan pekat (optional)
  • 1 keping asam keping (optional, letak jika guna santan)
  • 1 btg kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • garam dan aji secukupnye
  • minyak masak

Cara-cara

  1. Terlebih dahulu, perap ayam bersama sos soya dan tepung jagung selama 20minit.
  2. Blend halus cili kering dan semua bahan yang bertanda *.
  3. Panaskan minyak dlm kuali, pastikan minyak betul2 panas, kemudiannye gorengkan ayam yang telah diperap tadi hingga masak/ keperangan. Angkat dan ketepikan.
  4. Tumis kayu manis dan bunga lawang. Masukkan bahan2 kisar. Tumis hingga pecah minyak.
  5. Masukkan santan dan asam keping jika mahu. Biar mendidih. Perasakan dgn garam dan aji.
  6. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul sebati. Dah cukup rasa, boleh padamkan api.
  7. Sedia dihidangkan...! Selamat mencuba!
  8. ***Sambal ni memang pekat sedikit...boleh tambah air jika suka...;)

Tag

ayam sambal




Laporan Masakan Bergambar (2)

Sambal_ayam
10-07-2009
Dah buat beberapa hari lepas. Akak terlupa nak anto report. Sedap dan boleh buat lagi lain kali. Thanks Love.
Laporan oleh: hazila

Welcome K.Hazila...sungguh menggoda ayam mu tuh! Love sabar jer tunggu report nih...hihi ;) tks yer!

Samabal_ayam
16-07-2009
Tq Love satu kelainan
Laporan oleh: imim

Imim...tenkiu for trying yer...janji sedap kan...hihi ;)


Komen (2)

05-07-2009, cik.kesom komen :

mmmm....punyer la sodap....macam nak cuba jek....sambal ayam nie xsama macam ayam masak merah ker?macam sama jek...


05-07-2009, love2cook komen :

Cik Kesom...sama ker dgn ayam masak merah? tuk ayam msk merah, selalu ada puri tomato... Ada beberapa bahan di sini, Love tak guna tuk ayam masak merah...;)


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu