Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi Karipap Inti Sedap

 Submitted By On 03 July, 2009
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

my SIL yg bagi nama.. klu jual kat luar satu ketui mahait sampai 50sen sebijik!

Ingredients
  • 250g tepung gandum
  • 2 sudu besar marjerin - panaskan (klu nk buh semua myk panas pon bleh)
  • 2 sudu besar minyak masak - panaskan
  • garam
  • air
  • INTI
  • 5 biji kentang@keledek - bleh juga dicampur
  • 200g daging@ayam cincang@ peha ayam boneless potong kecik2@ bleh nk masukkan tulang2 ayam skali, tp masa nk isi inti asingkan la tulang2 tuh. cara yg nih lg sedap!
  • setangkai daun kari dan daun sup cincang halus
  • 2 biji telur rebus - di belah 6/lebih setiap biji @ potong dadu
  • 2 1/2 sudu besar kari ayam/daging - bancuh dgn sedikit air
  • 1 biji bwg besar
  • 2 ulas bwg putih
  • garam
  • gula - jika perlu
  • air
Instructions
  1. Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata gune sudu sbb panas.Bancuh garam dan air. Masukkan sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.

  2. Untuk buat inti - kentang@keledek dikupas dan dipotong dadu dan ketepikan.

  3. Blend bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bhn2 tersebut dan juga daun kari hingga naik bau. Masukkan pes kari dan kacau rata. Kemudian masukkan kentang@keledek, ayam@daging, air dan garam secukup rasa. Rebus sehingga kentang empuk dan ayam@daging masak dan air kering. tutup api.taburkan daun sup.

  4. Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai. Asingkan daun kari dan juga tulang2 ayam jika ada.

  5. Masukkan inti kentang dahulu dan buh satu hirisan telur tadi dan tutup serta kelim@cetak mcm biasa. *telur rebus bleh juga dipotong dadu dan dcampurkan ngan inti kentang@keledek tadi.

  6. Goreng dengan api yang sederhana. Dah masak bleh la mkn....:)

  7. Atas permintaan resepi Karipap Inti Keledek sblm nih, hana sertakan gambar2 step by step cara2 mengelim karipap stail hana. harap dpt membantu pd sesiapa dluar sana. tQ! nih karipap yg sedia utk dikelim. utk lebih cantik, gunakan gunting buang lebihan doh.

    1.jpg
  8. picit@tekan@penyekkan bahagian ujung karipap

    2.jpg
  9. tolak yg dipicit td dr belakang ke depan sedikit menggunakan sipi ibu jari anda. -lihat gambar yg no 11

    3.jpg
  10. sambil tolak sambil picit@tekan@penyekkan yg seterusnya

    4.jpg
  11. kemudian tolak ke depan lagi menggunakan sipi ibu jari anda

    5.jpg
  12. picit@tekan@penyekkan lg dan teruskan langkah seperti step2 di atas

    6.jpg
  13. sehingga jd begini dan buat sehingga habis

    7.jpg
  14. taraaaaa... dah siap!

    8.jpg
  15. bentuk karipap bulat!

    9.jpg
Tags 
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All