Google+

oleh: d'laila Singgang ikan kelantan

Sp_a0908

masakan kelantan persediaan dlm 30 minit sahaja ciptaan sendiri


Created on : 03-07-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi d'laila




Bahan-bahan ( 5 orang makan, 1 ekor ikan tongkol )

  • bahan2 untuk perap ikan:
  • 1 ekor ikan tongkol (di potong 5,di bersihkan & ditoskan)
  • bahan2 untuk memerap ikan : -
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • - segenggam asam jawa
  • - sedikit cuka .
  • bahan2 untuk membuat kuah:
  • 2 ulas bawang putih (diketuk kasar )
  • 6 ulas bawang merah (diketuk kasar )
  • 2 inci lengkuas ( diketuk kasar )
  • sedikit belacan (dihancurkan )
  • sedikit budu
  • sedikit nise (gula melaka )
  • sedikit gula putih
  • air ikut suka ( tapi jangan terlalu banyak,nanti kuah menjadi cair )
  • bendi @ kacang mior.......

Cara-cara

  1. asam jawa,cuka & garam digaul sebati.
  2. apabila sudah sebati barulah masukkan ikan & digaul rata.. ikan tadi di perap selama 1 malam didalam peti ais...
  3. setelah ikan diperap selama 1 malam,masukkan ikan ke dalam periuk ( seelok2nya gunakan periuk tanah,kalau tak ade pn tak ape.).....
  4. kemudian masukkan semua bahan2 untuk kuah tadi ke dalam periuk ikan tadi,kecuali bendi...
  5. kemudian masakkan bahan tadi sehingga mendidih..apabila ikan agak masak,masukkan bendi,dibiarkan sekejap & tutup api...bolehlah dihidangkan...
  6. p/s : SINGGANG IKAN LAGI SEDAP KALAU KUAHNYA JGN TERLALU BANYAK,KALAU KUAH TERLALU BANYAK SINGGANG AKAN MENJADI CAIR....








Laporan Masakan Bergambar (1)

131
20-07-2009
nway, akka try resepi ni, so..ni gambar yg patut letak..gambar yg diambil kt blog akak tu, resepi dia lain sket so rupe pon lain, hehe...
Laporan oleh: junjs11

Komen (6)

05-07-2009, nik atira komen :

saya dh try msk n mkn .... mmg sedap... laen drpd ikan singgang yg biase kite mkn.... delisious.... 100 kepujian.. hehe... rugi sapew yg tak cube...


05-07-2009, mama_wan komen :

masakan nie ternyata sedap... suami saye puji. kuah ikan nie special. terima kasih d,laila. kalau ada resepi yang lain, silalah kongsi ye.. awak ni orang kelantan ke? kalau ye... memang orang kelantan pandai memasak... hahaha


20-07-2009, junjs11 komen :

maaf la yer..camner plak gambar masakan akak ni boleh ada kat resepi ni yer? hehe...boleh x puan punyer resepi ni antar gambar sendiri?


20-07-2009, iesha komen :

erm, lama xmkn ikan singgang. :D


21-07-2009, admin komen :

Gambar resipi ni dah saya delete kerana didapati tuan resipi telah ciplak gambar dari blog junjs11.


30-11-2011, shueazmi komen :

Sedap sedap...mmg sedap


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu