oleh: ibufarzana Bubur Merah

Buburmerah

Dari Bonda Mertua Ropeah Parjo, dimasak simbolik tanda kesyukuran...


Created on : 03-07-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 1 cawan beras
  • 3-4 cawan air
  • 2 sudu teh garam
  • 1/2 cawan santan
  • 2 keping gula kabung
  • 2 atau 3 sudu gula pasir

Cara-cara

  1. Dalam periuk, atas dapur tanaklah nasi untuk dibuat bubur, setelah jadi bubur tambahkan garam dan santan.
  2. Ketepikan bubur berwarna putih ini dalam 1 cawan (bergantung pada resipi) untuk membentuk hasil seperti dalam foto.
  3. Baki bubur yang masih dalam periuk ditambah gula pasir dan gula kabung, masaklah sehingga sebati. Maka menghasilkan bubur berwarna merah keperangan.
  4. Untuk dihidangkan, kebiasaannya, bubur merah(manis) di bahagian bawah, dan bubur putih (lemak masin) di bahagian atas.
  5. Justeru iso dihidangkan, sebagai tanda kesyukuran seperti kelahiran ahli keluarga baru, hari lahir dan sebagainya.
  6. Sekian, selamat mencuba..




Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (3)

03-07-2009, Nenie komen :

Salam...Ibufarzana...ada resipi bubur 'chande' tak...errr...betul ke eja ni...itu pun bubur jawa style juga yang dibuat untuk hari-hari kesyukuran masyarakat diorang seperti pijak tanah etc...Rasanya bubur tu di buat dari tepung pulut kot..dibulatkan kecil2 dan dimasak bubur...


03-07-2009, Lynne komen :

Fav ni bubur merah bubur putih. Mmg selalu buat time majlis kesyukuran. hmmm..nak buat lah.


03-07-2009, suka_masak komen :

hmm..baru je buat aritu sempena majlis sambut baby 2nd..kadang2 wat ngan beras pulut.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu