Google+

oleh: hanazmanis Lepat Liat Utara

Picture0270

lepat Liat Utara ni makanan tradisi orang utara khusunya kedah....org kat kg selalu buat terutama kalau ada buat majlis kesyukuran ke atau untuk berbuka puasa...mudah sgt...cuba la mesti ada kelainannya...


Created on : 01-07-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi hanazmanis




Bahan-bahan ( 20-30 pcs ikut saiz )

  • 500 gm tepung pulut
  • 200 gm gula merah
  • 100 gm gula pasir
  • 2 cawan air dan 2 helai daun pandan
  • 1 biji kelapa parut(putihnya saja) dan sedikit garam
  • sudu besar minyak dan daun pisangsecukupnya (jemur atau layur dulu)

Cara-cara

  1. masukkan air,gula merah,gula pasih dan daun pandan dlm periuk dan masak hingga larut.sejukkan
  2. masukkan tepung pulut dlm bekas dan sendukkan gula yg dimasak tadi siki2 hingga habis dan sebatikan semuanya.
  3. kelapa di gaul dgn garam. 4- ambil daun pisang dan lenserkan minyak atasnya.letakkan satu sudu besar tepung tadi dan isikan ksedikit kelapa. lipat dgn kemas.
  4. ulang cara tadi hingga habis dan kukus hingga masak dlm 10 minit...siap utk dihidangkan....

Tag

kuih-muih








Laporan Masakan Bergambar (3)

Lepat_liat___hanazmanis
09-02-2010
Hmm.. sedap lepat ni dan sgt sesuai untuk mereka yg tak suka manis.. kami buat bekal sarapan pagi hari ni.. terima kasih hanazmanis! Seronok dapat buat kuih tradisi orang Utara ni.. boleh buat lagi!
Laporan oleh: LynnSham
Foto0972e002
19-06-2012
salam hanaz..sdapp.. mudah je.. bla bt sdri puas mkn.. trma ksh hanaz
Laporan oleh: Norriyah
P1050640
24-06-2012
slm...wat mnom ptg 2 ari lps..sdp..walopon liat2 manja...
Laporan oleh: Mariani(KT)

Komen (10)

01-07-2009, honeyB komen :

Eee..cedapnye! tapi mcm ne nak cari tpg pulut kat Kuwait ni. Memendam rasa lagi la...kalu mesin beras pulut jd tepung boleh tak? Sbb sini tak pernah jumpa, tlg jawab sikit...


01-07-2009, azanie komen :

salam, honeyB, nak tanya kuwait kat mana? saya pun di kuwait juga, kalo nak cari tpg pulut, cuba cari di kedai2 asia insyallah ada.


02-07-2009, sitinor komen :

emm...lamanya xmakan lepat liat....terasa kesedapannya di bibir,,,


02-07-2009, hanazmanis komen :

salam kenal honeyB.... memang boleh buat lebat liat ni guna tpg pulut buatan sendiri...enak rasanya...beas pulut rendam dulu...tos hingga kering air...mesin kering dan ayak....cuba la


02-07-2009, hanazmanis komen :

salam kenal utk azanie.... elok la kalau ada tpung pulut kat sana ...leh la buat nanti.....


27-12-2009, honeyB komen :

Eh iye ker U pon kat Ku8 Azanie?kat ne? I kat farwaniya...


27-12-2009, honeyB komen :

Salam kenal gak untk hanazmanis.Baru ingat!Dulu Tok I buat bisnes KUIH BERAS/PUTU BERAS (utara),dia buat tpg sendiri:-basuh beras pulut, toskan hingga kering airnya goreng tanpa minyak dgn api slow dan blend dlm blender kering &ayak.Ada lg 1 spesis lepat liat utara yg pernah makan masa kecik2 dulu, letak inti kelapa kat tengah (just kelapa parut+garam)...sedap gak,ala2 lemak2 masin.


21-04-2010, nrma710 komen :

salam...kalau xde daun pisang,guna aluminium foil agak2nya boleh x?


22-06-2011, yongnani komen :

sedapnye lepat liat....dah lama x makan....;p


06-12-2011, yong rosmina komen :

nak cari resepi lepat ubi kayu... tp tak jumpa.. mcmana nak buatnya... ?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu