oleh: ibufarzana Cocoa Fudge Cake With Creamy Vanilla Frosting

Dscn2298

Kek coklat kegemaran keluarga, resipi dari mummy


Created on : 01-07-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi ibufarzana




Share


Bahan-bahan ( Loyang 10 inci )

  • 1 2/3 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1 1/2 cawan gula kastor (pasir halus)
  • 2/3 cawan serbuk koko (saya guna vochelle)
  • 1 1/2 cawan susu segar (uht atau fresh)
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan mentega/margerine (suhu bilik)
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Untuk Creamy Vanilla Frosting
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 cawan gula icing
  • 2-3 sudu besar susu uht/segar
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara

  1. Kesemua bahan dimasukkan kedalam 'mixing bowl' satu persatu.
  2. Dengan menggunakan whisk (nak guna mixer pun boleh), kacau perlahan kesemua adunan biar mesra sebati dalam 30 ayunan whisk (clockwise).
  3. Kemudian aktiviti whisk diteruskan pada kelajuan yang semakin meningkat dalam 3 minit. Adunan menjadi likat dan cair.
  4. Loyang 20 inci, digris mentega dan ditabur tepung.
  5. Ketuhar dipanaskan dalam 10 minit pada suhu 160 darjah celcius.
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang bergris tadi dan bakar selama 45 minit (atau bila garfu dicucuk kek tak melekat)
  7. Sementara kek dibakar, bolehlah menyediakan frosting yang boleh disapukan selepas kek tersebut telah sejuk nanti.
  8. Kesemua bahan untuk frosting disatukan dalam bekas dan dikacau menggunakan whisk atau mixer sehingga jadi putih berkrim.
  9. Frosting ini mungkin agak terlalu manis, jadi boleh dikurangkan sukatan gulanya.
  10. Selamat mencuba

Tag

dessert kek


Laporan Masakan Bergambar (1)

Dsc00511
14-07-2009
Salam ibufarzana, kek kukus ini guna resepi Cik Mat Gebu, frosting guna ibufarzana punya resepi, letak nipis aje, tabur chocolate rice. Anak sulung kata letak dalam freezer lagi SEDAP...thanks for sharing.
Laporan oleh: Sharm1969

Salam Sharm1969, sharing is caring, tumpang gembira anak2nya suka.


Komen (1)

01-07-2009, love2cook komen :

Fuh...tempting betul laaaaa!!! ;)


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu