oleh: rabiatun Sosej Roll

Roti_sosej

Sesuai untuk breakfast, mahupun minum petang. Tidak berminyak.


Created on : 30-06-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi rabiatun




Share


Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 6 batang sosej
  • 6 keping roti sandwich
  • 1 biji telur
  • 1 tbsp tepung gandum + sedikit air - dibancuh
  • 1 1/2 cawan nestum (boleh juga guna cornflakes yang diramas skit)

Cara-cara

  1. Celur sekejap sosej dan toskan.
  2. Gelek roti menggunakan rolling pin sehingga nipis. Jika menggunakan roti yang agak kering, elok roti itu dikukus sekejap, kerana roti yang kering agak kurang cantik bila digulung.
  3. Ambil sosej dan letakkan atas roti, gulung kemas. Sapukan sedikit bancuhan tepung dihujungnya. Ulangi proses ini hingga habis.
  4. Pecahkan telur, kacau dan tambah secubit garam (jika sosej itu sudah masin, tak perlu tambah garam)
  5. Celupkan roti yang telah siap digulung ke dalam bancuhan telur. Pastikan seluruh roti diselaputi oleh telur.
  6. Kemudian masukkan pula roti itu ke dalam nestum. Biar semuanya diselaputi dengan nestum. (Jika suka tebal, boleh diulangi dengan mencelup ke dalam telur, then ke dalam nestum lagi sekali). Ulang hingga habis.
  7. P1000389-4
    Bolehlah digoreng dengan api yang sederhana. (Jika terlalu panas, roti tidak rangup dan nestum diluarnya akan hangus dan pahit). Cara ini akan menghasilkan sosej roll yang rangup dan wangi. Sedap dimakan dengan mayonis dan sos cili.

Tag

roti sosej


Laporan Masakan Bergambar (4)

P1000389-1
02-07-2009
acu try test....hehehe
Laporan oleh: rabiatun
05072009084
06-07-2009
buat masa breakfast ahad. Tapi saya guna oat sebab nestum tak ada pastu telur tu saya tmbah ngan lada hitam kasi pedas skit... sedap gak.
Laporan oleh: ridzma

:) nanti nak try dengan oat jugalah.

Image039
25-07-2009
Versi ada cheese...
Laporan oleh: mama_nayli
Dsc01205_1_
26-02-2011
dah ngap baru nak tangkap gambar....
Laporan oleh: ummu iskender

Komen (9)

30-06-2009, zheinysha komen :

slm, rabiatun. terima kasih kerana menyumbangkan resepi ni, teringin nak cuba. anak2 pasti suka.


30-06-2009, rabiatun komen :

cubalah zheinysha, anak2 saya pun suka.nanti jangan lupa hantar laporan.


03-07-2009, LalaLulu komen :

LL dah try mlm td. Jadik! LL guna cornfklakes intead of nestum. Suka la rangum je dikunyang. Dan yg penting roti tu tak serap minyak sgt. Pastu LL tak guna tepung pun, just guna telur jerk utk kemaskan gulungan. Esok nak try buat inti sardine plak.


06-07-2009, rabiatun komen :

LL hantarlah laporan, nak tengok jugak tu..thanks sudi mencuba.


04-08-2009, achikcomel komen :

dah try hari tu mmg simple tp sdap..tp sy celup telur ja..pastu cicah sos...


01-09-2009, rabiatun komen :

achikcomel...thanks sudi mencuba..celup telur pun ok, janji sodap. ye tak? tapi kalau roll atas nestum pulak, ia bertambah wangi dan crispy. Takper lain kali achik boleh buat lagi dan jangan lupa hantar laporan yer.tq


08-08-2010, YoN_NoSe komen :

lada hitam fungsinye bkn utk spicy.. sbnrnye utk memberi rs angin contohnye digunakan dlm sup ble kte mkn rs cm berangin je mf ye sy menegur semoga berjye


03-12-2010, roziawaty komen :

mst sdp kan.....


26-02-2011, ummu iskender komen :

hadoi... macam mana la nak hantar laporan bergambar ni..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu