oleh: ibumimi Shepherd's Pie

Dd

sesuai untuk potluck kerana pastinya lain dari yang lain


Created on : 28-06-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi ibumimi




Share


Bahan-bahan ( 12 orang )

  • 2 labu bawang besar - dipotong dadu
  • 800 grm (2 bungkus) daging kisar atau boleh campur dengan daging hiris, paru2 yang dah direbus - lagi sedap
  • 1 tin cendawan butang dipotong 4
  • 1 cawan carrot atau mix vege
  • 1 biji tomato dipotong kiub
  • 1 kiub stok daging dicairkan dengan sedikit air
  • 1 sudu teh Oregano kering
  • 2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 4 sudu besar minyak zaitun
  • Garam secukup rasa - masukkan hanya apabila sudah masak
  • Bahagian Atas:-
  • 5 biji kentang USA/Russet sederhana besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar butter
  • 1/2 gelas susu segar suam – kalau tak de boleh guna air rebusan kentang je
  • ½ sudu teh lada putih
  • Sepeket Parutan Mozarella -sorry tak ingat berapa gramlaa, tapi peket yang kecil je. Boleh guna kepingan cheese gak, tapi.. yg sedaplaa
  • Serbuk Parmesan secukupnya

Cara-cara

  1. Cara untuk Bahagian Bawah (Base) Panaskan minyak zaitun dan goreng bawang besar kemudiannya masukkan daging hiris dan goreng sehingga kuning keemasan
  2. Masukkan daging hancur, cendawan , tomato, serbuk lada hitam, oregano, air stok daging dan masak sehingga daging menjadi warna pucat
  3. Masukkan sayuran dan renih sehingga air agak kering – air sekadar menutupi 1/2 bahan gorengan
  4. Masukkan tepung jagung dan apabila telah likat, masukkan garam dan matikan api. Tuang kesemuanya kedalam bekas tahan bakar (casserole) dan padatkannya
  5. Untuk bahagian atas, potong kentang kecil2 berbentuk kiub (½ inci x ½ inci ) bersama bawang putih dan rebus kedalam air yang sedang mendidih yg telah diletak garam selama 5 minit (lembut)
  6. Toskan kering dan letakkan kedalam mangkuk . Lenyek kentang n bawang putih segera (semasa panas) bersama mentega sehingga benar-benar halus - saya gunakan garfu
  7. Masukkan garam, susu suam dan lada putih dan gaul sehingga gebu
  8. Taburkan keju menutupi bahagian base sebelum meletakkan kentang. Kemudian tutup dengan kentang lenyek pula dan lorekkan dengan garfu diatasnya – jangan buat flat je nanti tak cantik
  9. Taburkan dengan parutan keju dan serbuk parmesan keatas adunan
  10. Bakar didalam oven pada suhu 400° F (205 °C) selama 10 minit atau sehingga keju cair dan bewarna keemasan. Sedia untuk dihidangkan


Laporan Masakan Bergambar (1)

Dsc00934
24-12-2009
Ni da mkn br tgkp gamba..da lame mengidam nk mkn sheperd's pie..
Laporan oleh: nadiaejat

terima kasih sudi try resepi ni... lepas ni tak yah gi kedai kan? buat sendiri lagi puas hati..


Komen (6)

30-06-2009, eryn_pu3 komen :

shepherd's pie ni mmg sedap... selalunye saya kalau nak makan,.. mesti pg starbuck...


30-06-2009, bellanella komen :

my aunt salu buat.sedap gile.x rugi try


02-07-2009, ibumimi komen :

salam eryn n bella, cubala resepi ni.. rasanya memang sedap dan tak rugi mencubanya...


09-07-2009, suehaini komen :

Dah lama cari resepi ni, mesti kena cuba. selalu kalau teringin nk mkn, pergi atas Wisma Cosway, depan ofis ngan kekawan.. rindu lak dengan kekawan (dah x kerja situ lagi)... tih tih tih....


31-12-2009, nadiaejat komen :

ha'a ibumimi..xya g kedai..tp since sy ni student lg,brg pn xbrape cukup..pakai slice cheese jela..hehe..olive oil pn xde..tp ilangla kempunan tu..thanks a lot for the recipe :)


26-04-2011, Alysa79 komen :

sedapnyaaaaa.. harus hari minggu nieh buat....


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu