oleh: dayang_jack Kek Green Carpet (Kukus)

Kek_green_carpet3

Satu lagi resepi kek kukus ringkas sedap dan moist.


Created on : 26-06-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi dayang_jack




Share


Bahan-bahan ( loyang 6 inci / 5" x 9" inci )

  • 1 1/4 cawan tepung naik sendiri
  • 5 biji telur A
  • 225 gm mentega
  • 3/4 cawan gula halus
  • 4 sudu besar tepung biskut marie (kira2 5 keping biskut marie, dikisar/ditumbuk halus)
  • 3 sudu besar horlicks
  • 1 1/2 sk pandan paste/pandan emulco
  • 1/4 cawan susu pekat manis

Cara-cara

  1. Panaskan pengukus. Sediakan loyang kek. Lengserkan dgn mentega dan lapik dgn baking paper (gris dgn mentega dan taburkan sedikit tepung).
  2. Satukan tepung dengan horlick dan tepung biskut marie. Ayakkan sekali dan gaulkan rata2. Ketepikan.
  3. Sediakan mixer. Pukul mentega dan gula hingga betul2 kembang, putih dan gebu. (pastikan gula betul2 hancur). Gunakan kelajuan maksimum.
  4. Masukkan telur satu demi satu hingga habis. Gunakan kelajuan minima shj.
  5. Masukkan susu pekat dan kacau lagi.
  6. Masukkan tepung tadi sambil dikacau perlahan.
  7. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dgn pes pandan dan satu lagi dibiarkan kosong (x perlu letak warna, ia akan menjadi kekuningan selepas dikukus).
  8. Kemudian tuangkan adunan td di dlm loyang secara berselang seli atau berlapis (ikutlah kreativiti sendiri). Kukuslah selama 1 jam 20 minit.
  9. Kek_green_carpet7
    Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu. Kemudian terbalikkan kek dan sedia utk dipotong.

Tag

kek


Laporan Masakan Bergambar (3)

K1
27-06-2009
tq dayang krn sudi bkongsi rspi yg sedap ini..
Laporan oleh: zana08

u're welcome. Nampak cantik n lembut je warnanya....terima kasih yer krn sudi mencuba. :)

Picture_065
22-02-2010
Yesterdy beli mixer, mixer dah burn 1/2 tahun. so, kira ini 1st cake guna mixer baru. even tak secantik kek dayang tapi sedap. TQ share the recipe.
Laporan oleh: k.ja
002-3_1_
01-11-2011
alhamdulillah..menjadi cantik dan sedap
Laporan oleh: Sally Rashid

Komen (15)

26-06-2009, shaznie02 komen :

Hi Dayang. Once again dayang mmg wonderfull lah, resepi kek lapis u nampak sedap2 belaka. Tapi yg ini nampak lebih mudah, saya fikir nak cubalah. Tapi kena beli oven dulu...kat rumah mmg takde oven tapi saya sudah ada mixer hadiah dari kawan. Tq dayang, joint kat sini saya jadi bersemangat utk belajar memasak.


26-06-2009, dayang_jack komen :

u're welcome, shaznie02. Dyg pun tumpang seronok dpt share resepi kat sini. Jika sudi, jemputlah ke blog dyg utk lihat kek ni lbh jelas yer... tq http://dayangjack.blogspot.com


26-06-2009, Rabiatul Adawiah komen :

Hi Dayang, kalau takde oven, bleh tak kukus dlm periuk kukus?


26-06-2009, dayang_jack komen :

hi Rabiatul,...kek ni mmg guna periuk pengukus pun. Tak guna oven. Kek ni dikukus yer. tq.


26-06-2009, Lina_pg komen :

salam dayang, biskut marie bleh tuko ngan bskut cream cracker x? bskut marie x de stok la.Bhn2 lain suma dh ada nnt bleh try la :-)


26-06-2009, dayang_jack komen :

wlkslm, Lina. kalo xde biskut marie, biskut cracker jadilah. Dyg x pnh try lg ngn biskut lain selain biskut marie. Lina try je lah yer. Yg penting ikut sukatan dan ayak dulu, k. Cuma dari segi rasa, maybe ade sikit beza la kot.


26-06-2009, najwafathinah komen :

nyantiknyeee.. kek dayang. terliur melihatnya.. lama tak buat kek.. masa bujang dulu kerap la buat.. la ni busy.. nak suruh kakak kat kg buat lah


26-06-2009, dayang_jack komen :

salam najwafathinah....kalau dh penah buat, rasanya xde masalah nak cuba resepi ni. kalau dpt spend time 2 hours(termasuk proses mengukus) pun dh ok. hehe...ape2pun bg tau kakak selamat mencuba yer... :)


28-06-2009, zkasma komen :

salam dayang masa proses mengukus ni guna api yg kuat atau sederhana? rasa nak cuba la...


28-06-2009, dayang_jack komen :

wlkslm, zkasma...time nak kukus guna api sederhana shj yer. tq selamat mencuba!!


30-06-2009, myra76 komen :

salam kak dayang...ada blog akak ker..sy suka buat kek yang kukus ni sbb senang..ni nak try koleksi kek akak..kalau akak ada lg resepi kek yang kukus inform lah yer...


30-06-2009, jayyid komen :

saya xde pengukus. Boleh ke guna oven bakar cara bain marie?


30-06-2009, dayang_jack komen :

wlskslm, myra76...kalau sudi singgah ler ke blog akak. boleh tinggalkan msg kat situ. kek kukus ni mmg sedap dan senang nk buat. InsyaAllah, nanti ade koleksi terbaru, akak akan inform. Selamat mencuba yer!


30-06-2009, dayang_jack komen :

to jayyid, kalau xde pengukus, boleh try bakar cara bain marie. cuma dyg x pastilah plak mcm mana hasilnya nanti. ape2pun cuba dulu, k.


01-11-2011, swish komen :

nmpk sdap.tringin nak buat.mmg kblkngan ni cdg nak buat kek utk suami dan anak-anak.klu ada resepi lgi,jgn lpa mskkn dlm ruangan ni ya.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu