baking911.com"/> My Resipi: resepi Marshmallow Fondant (MMF) Google+

oleh: skyblue Marshmallow Fondant (MMF)

Fondant

Sesuai untuk balut kek atau modelling. Tambah sedikit shortening kalau nak guna untuk modelling. I buat petits fours.... kek kecil lah. Lupa nak tulis... resepi dari baking911.com


Created on : 11-01-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi skyblue




Bahan-bahan ( Balut kek 9" )

  • 225gm marshmallow putih
  • 1 sudu besar air
  • 1 sudu kecil corn syrup (optional), i tak tambah ni
  • 450gm gula icing
  • 1/4 cawan crisco shortening, utk gris (I guna apa yg ada)

Cara-cara

  1. Microwave marshmallow bersama air utk 20-30 saat atau sampai marshmallow dah cair. (on high)
  2. Kacau marshmallow dgn sudu ke chopstick yg telah digris supaya tidak melekat. Kalau ada corn syrup, masukkan dan kacau bersama sampai sebati.
  3. Griskan mangkuk besar, masukkan marshmallow tadi. Tambah gula yg diayak sedikit demi sedikit.
  4. Bila fondant dah dekat nak jadi, griskan tangan dan uli fondant tu macam doh. Griskan tangan sekali lagi kalau perlu.
  5. Akhir sekali, buatkan fondant tu macam bola, griskan dgn shortening dan balut dgn plastic wrap. Simpan sampai nak guna. Kalau nak simpan lama2, kena simpan dlm tupperware dan peti sejuk.
  6. Cara guna: canai fondant tu 1/2 cm untuk balut kek. kalau terlalu kering, tambah sedikit air (2-3 titik) then uli. Kalau terlalu basah, tambah sedikit gula icing.
  7. Cara tambah warna: ambil bahagian yg nak guna, letak 1-2 titik perwarna uli sehingga dpt warna yg dihendaki.

Tag

fondant

Laporan Masakan Bergambar (2)

Cimg2227
12-01-2007
Mat... ni bunga yg biasa i buat. Fondant ni boleh bagi kids hiaskan cake, tapi tak boleh pegang kat tangan terlalu lama, sebab akan lembut bila panas (body heat).
Laporan oleh: skyblue
090620132875
12-06-2013
taraaa, cupcake RVC fondant pcubaan dr sy...seronok jugak wat fondant ni bila tgk hasilnya mjd..hehehe..TQ >__<
Laporan oleh: syalina_yahya


Komen (31)

12-01-2007, Mat Gebu komen :

sky.. kalau tak de mikrowave, apa caranya nak cairkan marshmallow tu ek?


12-01-2007, HALIMAH komen :

mana nak dapat marshmallow tu.. satu lagi corn sirup


12-01-2007, Mat Gebu komen :

marshmallow tu pun payah juga nak dpt, tapi kadang kala jumpa juga, kalau corn syrup tu kat kedai menjual bhn2 kek ada...


12-01-2007, haXira komen :

HALIMAH...marshmallow tu kat kedai2 runcit biase susah sket kot nak dpt.tapi byk supermarket ader.kat 7-11 mungkin ade.


12-01-2007, skyblue komen :

mat, boleh guna cara double-boil utk cairkan marshmallow. cairkan marshmallow dulu pas tu masukkan air dan gaul sehingga sebati.


12-01-2007, skyblue komen :

halimah, fondant boleh juga dibuat dgn 1 cawan corn syrup, 1 cawan shortening dan 900gm gula icing. Tambah sediki vanilla atau essen lain yg disukai. Boleh juga tambah 1 sudu kecil lus lemon utk mengurangkan kemanisan fondant. itu yg i tau...


12-01-2007, Mat Gebu komen :

sky u pernah tak try buat bunga dari marshmallow fondant tu....lagi satu kalau kita bagi budak2 utk hias cup cake mereka sendiri pun ok gak tu macam main2 dgn plastesin.....


12-01-2007, skyblue komen :

mat... i pernah buat rose. nanti i buat lagi n letak gambar dia... ada lagi banyak fondant. fondant tu boleh disimpan kat peti ais bila nak guna, panaskan dlm micro biar lembut. senang!


12-01-2007, Mat Gebu komen :

cutenya laa sky..... sesuai utk hias atas cup cake....


12-01-2007, yani komen :

cantiklah sky.. mat try la buat macam sky tu..


12-01-2007, Lilydvalley komen :

alamak! dah ada fondant la pulak. i baru nak try buttercream yg kononnya senang tu. Bila la pulak i nak try fondant ni. I cuba cari gak corn syrup kat kedai bagus tu...tak nampak. Yg i jumpa palm syrup! Semalam baru jumpa krimwell yg kembangkempis mention.


13-01-2007, Mat Gebu komen :

aisey..... nak buat tu bukan tak boleh yani, tapi u tau jelah, mat nie setakat lambak coklat ganache kat atas kek boleh leer... kalau buat bunga rose takut jadi bunga lain lah pulak... tapi tak pe insya allah kalau ada masa nanti cuba try... kalau ok nanti mat bbuh gambar dia kat sini...(sama macam lily juga baru berangan nak buat buttercream tetiba fondant pulak muncul).


13-01-2007, umi_e komen :

lily... kalau u beli krimwell tu... jangan lupa bubuh dambo ok... I tak ada idea camna rupa benda tu sebab I guna butter+shortening je. TQ


13-01-2007, umi_e komen :

mat... buat bunga guna fondant lebih senang sbeab macam kita buat dengan tanah liat... tinggal nak bentukkan saja cuma umie tak berapa minat dengan rasanya sebab itu umie suka butter icing... umie pun tak pandai buat bunga ros sebab umie 1st time try buat masa umie buat kek cokolat dari fendi... tu pun puas nak buat sbb kat sini umie tak jumpa 'kon' utk buat bunga ros... kalau mat gi kat laporan msakan kek cokolat fendi tu nanti mat nampak le gambo bunag ros yang senget benget tu hehehehe 1st n tak de 2nd dah hehehehehe


13-01-2007, skyblue komen :

betul cakap umi... fondant ni macam main tanah liat, kalau tak suka bentuk dah buat, boleh uli pas tu buat lagi. buat bunya dgn cara kanak2 pun cantik tau... bunga kecil2 atas petit four tu i buat dgn cara kanak2. </br> mat, kalau nak hias kan cake cantik2, lepas buat model tu semua, boleh sapukan (brush) dgn air... biar nampak licin. Boleh juga main colouring dgn fondat... macam lukis dgn brush tapi kena guna food coloring lah. i nampak orang lain kat internet lukis bunga2, macam painting... cantik.


30-07-2007, aegee_moon komen :

nak tanya sket tentg fondant...saya telah membuat fondant,dan memasukkn semua bahan2 spt:glycerine,glucos syrup,gula icing& putih telur.tetapi,saya terlupa nak manyimpan gelatine. sebaliknya gelatine tersebut adalah bahan yg terakhir saya bubuh d dlm dowh fondant.soalan sya skrng, dowh fondant yg saya buat ni boley d gunakan smula @ tidak?perlukah saya cairkn semula fondant ini dan tambah ingredient yg dperlukan.macamana nak mengatasi masalah ini?


30-07-2007, skyblue komen :

aegee_moon, saya rasa fondant tu boleh digunakan semula selepas dipanaskan/cairkan dan tambah bahan2 yg diperlukan. Selalu kita guna gelatin perlu dicairkan/dilarutkan dlm air terlebih dahulu. Jika tambah last sekali kedalam fondant yg dah siap, gelatin tu masih serbuk.


06-09-2007, kelaparan komen :

sky...tunjukkan la cara buat yg. gunakan gula aising tu...senang sikit bahannya....


06-09-2007, Lilydvalley komen :

kelaparan...masuk forum...ada discuss abt it.


31-03-2008, Masnon komen :

resipi ini ada menyebut gris mangkok @ tangan sebelum menguli maksudnya gris dengan apa?


21-05-2008, ummi.micael komen :

klu nak wat fondant tu wajib masok gelatin eh?mcm was2 la nk gune gelatin or ade inisiatif lain ke?....memang ade logo halal tapi now ramai yg dah BELI logo halal tu utk ltak kat produk they all...i tau serba ckit coz i keje dlm bidang pengiklanan...ade client yg dtg buat design packaging then alih2 je soh tarok logo halal..apadaaaa...


20-08-2008, mariatun komen :

crisco shortening tue aper??? maria tak tahu per tue... maria nk cuba wat utk kek tunang maria ujung tahun ni>>>


06-11-2008, zafiq komen :

sky, fondant jenis lain ada tak? atau yg paling senang nak buat?


26-10-2009, kiwi spring komen :

mariatun.... saya jawab ya, crisco adalah satu jenama shortening yg mmg sangat baik utk aising fondant. saya lebih suka guna brand crisco berbanding dgn lain2. dan lagipun ia soft cream jadi sng nak guna.


08-04-2010, sfnh28 komen :

salam kak. kalau xde crisco, bleh gune ape lagi yea?


08-02-2011, godeng komen :

saya ni baru nak berjinak2 buat ising. so nak tanya sapa2 kat mana nak carik peralatan buat cup cakes n ising kat sekitar jln TAR...


13-04-2011, lyne komen :

godeng, cari kat Bake With Yen area chow kit (lorong hj taib 1, depan balai polis). Dari jalan utama tak nampak...kena masuk dalam...)


13-04-2011, beldandy komen :

sky, ada beza tak dr segi rasa if compare to fondant biasa? lagi satu dr segi stretchability dia pula cemana?


15-06-2011, waina komen :

saya dari dulu cari gliserin dan glucose syrup x jumpa2... kalaulah siapa2 tau mana jual d area terengganu ni....


04-07-2011, bdk bru komen :

klo x gne glukose sirap boleh x????ape funtion glukose sirap yea


29-07-2011, Mahdiyah komen :

slm, kak dah lama nak cuba fondant ne..nanti saya cuba tuk mbuat bday cake family bln 8 ne..hrp2 brjaya..tankz for the resipi..susah gak nak cari bahan2 nya terutama marshmallow kat brunei ne kak..sampai2 pesan kawan saya (mat salih) tolong cari kan ehehe..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd