Google+

oleh: HAZLIZA BT HATTA Biskut kastard special

Image000

Idea sendiri


Created on : 22-06-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi HAZLIZA BT HATTA




Bahan-bahan ( 100 bj lebih )

  • 250 grm butter
  • 1/2 cawan gula halus
  • 3 sudu besar chocolate rice
  • 1/2 cawan tepung kastard
  • 2 sudu besar tepung kek
  • 2 sudu besar tepung ubi kayu
  • Selebihnya tepung gandum-sampai boleh jadi doh yg lembut dan tak melekat di mangkuk yg kita bancuh adunan itu
  • Beberapa titik warna kuning

Cara-cara

  1. Kacau butter dengan gula.Kacau biasa je.Tak payah kembang.
  2. Masukkan chocolate rice dan kesemua tepung juga warna kuning.Digaul sehingga menjadi doh.
  3. Teraplah dengan corak yg anda suka.Saya hanya jemput-jemput adunan dan tekan dgn garfu saje.Mudahkan.
  4. Griskan loyang.Bakar sehingga biskut anda masak.(Kalau garingkan sedikit biskut anda....bertambahlah rangup....cube ye.....)

Tag

biskut









Laporan Masakan Bergambar (1)

P1010385
26-11-2009
sdplah bskut nie...mabeles...(n_n)
Laporan oleh: Mariani(KT)

alhamdullillah


Komen (9)

23-06-2009, powergirl komen :

haliza ,,, kalau xde tepung kek .. boleh guna tepung gandum ke>??


23-06-2009, zheinysha komen :

Haliza.. nampak sedap je biskut tu.. memang nak cuba. tepung kek tu, guna tepung gandum sekali boleh tak?


23-06-2009, HAZLIZA BT HATTA komen :

Salam buat semua, kalau tak de tepung kek pun takpe le juge.Memang bih guna tepung gandum.Resipi ni pun guna tpg kek dan gandumkan.Jadi kalau takde tepung kek,gunale tepung gandum,ok.Selamat mencuba.Pasti anak2 akan sukakannya.Nanti,tengok resipi biskut ciptaan saya yg saya kongsi dgn Myresipi adalah biskut yg saya berniaga. Anda pun blh.......Jgn lupe bg laporan,tak sabar nak tengok....he..he...he....


23-06-2009, acit komen :

bole pakai marjerin x ganti mentega?


23-06-2009, Batdeaz komen :

wah wah kak liza dah keluar resepi biskut raya nih


23-06-2009, HAZLIZA BT HATTA komen :

Salam acit,boleh tapi rasanye ade lain le.Kalau pakai butter,kuih akan tahan lama dan baunye tak tengit.Kalau marjerin,dia cepat tengit.Anyway, tak menjadi masaalah kalu u pakai marjerin,ok....tq


23-06-2009, HAZLIZA BT HATTA komen :

Salam Batdeaz,apo khobar??? dah buat tepung talam hijau tu.dah melekat tak adunan atas n bwh kuih?senyap je.... Tu le,nak ajak sape yg berminat nak berniaga biskut raye....blh ambik free je resipi akak ni,ikhlas tapi jauh u.i bagi kat u all free je...selamat mencuba.Semoga i mendapat banyak pahala dr Allah kan.InsyaAllah...AMIN.


07-08-2011, shuhadanor komen :

Terima Kasih kak Liza.. InsyaAllah.. orang tak kedekut ilmu rezekinya akan bertambah2... :D.. Nak cuba untuk biskut raya tahun ni.. thanks akak.. :))


09-08-2011, miekay81 komen :

salam.. saya dh try wat biskut ni. mmg sedap. saya tambahkan dgn letak coklat atasnya... hubby pun suka. lg pulak senang je buatnya. tq


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd