Semua gambar dan juga resepi yang disumbangkan di myresipi.com adalah hakmilik tuan punya asal dan juga
myresipi.com.
Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa
jua cara sama ada
elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa
kebenaran dari tuan punya asal ataupun myresipi.com.
Cairkan cream cheese, majerin dan susu dengan teknik double boiler
Dalam masa yang sama, boleh la pukul putih telur sampai berbuih. Kemudian masukkan gula dan pukul lagi sampai jadi 'meringue'.Yang ni boleh minta tolong sesapa untuk pukul. Senang je
Dah siap meringue, ketepikan sekejap
Bila cheese dah cair dan sebati, angkat dan tuang ke dalam mangkuk adunan. Campurkan tepung gandum dan tepung jagung
Pukul kuning telur sekejap. Gaul dalam tepung hingga sebati.
campurkan meringue ke dalam adunan tepung dan gaul lagi. Bahagikan kepada 2 adunan. 1/3 adunan campur esen strawberry dan pewarna pink. 2/3 adunan campur esen vanilla.
Lapikkan loyang dengan baking paper. Atau malas sangat, lengser dengan majerin saja di bahagian dasar dan tepi loyang
Tuang adunan vanilla dulu satu senduk dalam loyang. Kemudian, 1/2 senduk adunan strawberry.Tuang adunan selang seli sampai habis.
Ambil lidi dan 'swirl'kan adunan anda
Bakar kek dengan suhu 160 Celcius selama 50 minit - 1 jam dengan cara bain marie ( Letak dulang isi air, dalam lebih kurang 2 cm, kemudian letak loyang kek atas air).Gambar kek dah siap bakar (tangan hubby enterframe pulak)
Ni hasil loyang pertama .Hasil kedua tak berapa naik sebab adunan sikit