oleh: srt08 Pie Susu

100_0116

Pencuci mulut, boleh dimakan ketika panas dan lebih sedap selepas disejukkan, slamat mencuba.


Created on : 22-06-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi srt08




Share


Bahan-bahan ( Seisi keluarga. )

  • Untuk kulitnya:
  • 500gm Tepung Gandum
  • 230gm Marjerin
  • 80gm Gula Halus
  • 2 Biji Telur
  • Untuk isinya:
  • 6 biji Telur
  • 2 Tin Susu Cair/Sejat
  • 1 1/2 - 2 Cawan Gula (klu nak labih manis)
  • 1 Cawan Air
  • 1 tsp Esen Vanilla

Cara-cara

  1. Untuk kulitnya, satukan semua bahan dan pukul hingga menjadi satu doh, kemudian ambil suku doh tadi dan leperkan pada loyang pie, kemudian buat di bahagian tepi pula, buat cantik2 hingga selesai, klu doh ada lebih ketepikan.
  2. Untuk isinya pula, masukkan telur ke dalam mangkuk besar, pukul sebentar dengan menggunakan pemukul telur, masukkan susu cair, diikuti gula, air dan esen vanilla, pukul lagi perlahan2 hingga gula larut dan sebati.
  3. Tuangkan adunan isi tadi kedalam loyang pie yg telah siap kulitnya, bakar pada suhu 170c selama 45minit atau hingga masak, goyang2 kan loyang dan nampak isi pie tu dah tak cair tapi mcm puding kira dah masak lah tu, biarkan sebentar dlm loyang, dah sejuk mudah nak keluarkan, boleh terus makan tapi kalau nak sedap lagi sejukkan dalam peti ais dulu. Selamat mencuba ye!

Tag

dessert


Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (6)

22-06-2009, amydanish komen :

sedap je nampak.blh cuba ni


22-06-2009, srt08 komen :

Sila la cuba, resepi ni saya dah guna dkat 10 tahun lebih, sampai skrg buat still menjadi Alhamdulillah.


22-06-2009, yatipat komen :

Nmpak sedapla..nak cubalah..tp, nak tanya ckt. Boleh x marjerin tu dgantikan dgn mentega? Kalau saya nak cuba 1/2 adunan dulu..berapa besar size loyang yg nak digunakan? Tq.


22-06-2009, za2805 komen :

nampak sedap, tapi sukatan gula untuk isinya tu gula halus ke gula kasar?


22-06-2009, srt08 komen :

slmt mlm yatipat dan za2805, ganti ngan mentega pun boleh, untuk kulit tu klu ikut adunan tu mmg ada lebih, yg lebih tu selalunya sy buat kulit mini pie yg kecil2 tu, bakar and then simpan dln tin, boleh la guna utk kastard dll. Saiz tu plak sy guna loyang yg besar, utk 1/2 adunan boleh la pakai loyang yg sederhana saja. berapa saiz sbnr tak pasti plak kena ukur la nanti. loyang yg saya gunakan tu boleh di tanggalkan bawah dia, slmt mencuba yatipat nanti share la kat sini plak ye.


22-06-2009, srt08 komen :

hai za2805, gula tu yg halus atau kasar pun boleh abb ia akan larut waktu kita kacau nanti. slmt mencuba.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu