Semua gambar dan juga resepi yang disumbangkan di myresipi.com adalah hakmilik tuan punya asal dan juga
myresipi.com.
Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa
jua cara sama ada
elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa
kebenaran dari tuan punya asal ataupun myresipi.com.
Resepi sendiri aplikasi bahan sedia ada. Rasanya masam, manis dan pedas. resepi ringkas dan mudah. Boleh guna lebihan roti dan kulit tak dimakan budak.
Kulit tepi roti dan 2 keping roti / ready made bread crumbs / serbuk biskut tawar
Garam
Serbuk kunyit
1 biji telur
Sos / kuah :
3 ulas bawang merah – ditumbuk halus/ blend
1 labu bawang besar – dibelah 2 dan dihiris sederhana
2 sudu besar pes cili kering
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
¾ cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit sayur campur (frozen)
Cara-cara
Susun roti dan kulit tepi atas dulang membakar. Baker hingga garing.
Masukkan dalam blender kering dan blend hingga jadi serbuk.
Panaskan minyak dalam kuali. Goreng bawang tumbuk, pes cili hingga sederhana garing. Campurkan sedikit air jika kering,
Masukkan bawang dihiris, , sos dan gula serta garam. Masukkan sedikit air dan tumis hingga garing. bila dah agak pekat, masukkan sayur campur dan tutup api.
Campurkan serbuk kunyit dan garam. Salut pada ayam.
Pukul telur dan jirus pada ayam tadi. Kemudian salut dengan serbuk roti.
Goreng atas api sederhana sehingga keemasan.
Angkat dan boleh diletakkan atas kuah tadi.