oleh: ibufarzana Aiskrim Mangga Mango

Mangoice2

Resipi Sempena Musim Buah Mangga di Delhi


Created on : 17-06-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi ibufarzana




Share


Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 2 biji buah Mangga Alphonso (atau lain2 jenis)
  • 3 sudu besar gula kastor
  • 1 cawan susu segar
  • 200 ml krim segar
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • Sedikit daun pudina untuk hiasan

Cara-cara

  1. Kupas kulit buah mangga, kemudian ambil isinya sahaja. Masukkan ke dalam mesin pengisar(blenderlah ni)
  2. Tambah gula ke dalam mangga dan kisar sehingga menjadi puri sekitar 3 minit
  3. Seterusnya masukkan bahan2 lain; susu segar, krim segar dan susu pekat manis, kisar kesemua bahan sehingga sebati.(Adunan jadi pekat berkrim)
  4. Masukkan adunan tadi ke dalam bekas berpenutup plastik yang rendah (shallow container) dan masukkan ke dalam peti sejuk, untuk dibekukan selama sekurang2nya 5 jam.
  5. Setelah 5 jam, keluarkan semula aiskrim yang telah beku tadi dan ulang proses mengisar untuk lebih manghaluskan aiskrim tadi selama 3 minit.
  6. Selepas itu, tuangkan semula adunan ke dalam bekas asal dan bekukan semula selama kurang lebih 4 jam.
  7. Selepas 4 jam, aiskrim telah sedia untuk di makan dan boleh dihiasi dengan daun pudina.
  8. Selamat mencuba.

Tag

manisan


Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (7)

17-06-2009, ell yusof komen :

nyam2..i mesti cuba ni coz my fav ni..huhuhu.kalau buah tu ditukarkan kepada buah lain mcam kiwi atau strawberi leh tak...?hehehe


17-06-2009, rahfesta komen :

a'kum. ibufarzana, kalo takde mangga alphonso ganti Imampasan bole kan...baunya pun harum jugak.


17-06-2009, merpati_lurve komen :

krim segar 2 whipping cream or fresh cream ke? n susu segar 2 cmner plak adakah susu sejat??


17-06-2009, jelita6004 komen :

yummy...i love icecream ibufarzana!!! thanks 4recipe..tapi mango apa ye??buat resipi ni..kena banyak 2x lah bersabor,,..mana tak nye...5 hour+4 hour lagi..dah nak start blender ni!!..dahx sabor nak try ni...he hehe...


21-06-2009, ibufarzana komen :

salam ell yusof, boleh saje dicuba buah-buahan lain cuma perlu disuai rasa tahap kemanisannya


21-06-2009, ibufarzana komen :

salam rahfesta, jenis mangga bergantung kepada kebolehdapatan di pasaran tempat anda, cuma lagi oren dan manis saya kira lagi best


21-06-2009, ibufarzana komen :

salam merpati_lurve, fresh cream lebih baik, tapi kalau dicuba dengan whipped cream mungkin hasil agak berbeza tapi tak salah untuk cuba, susu segar seperti susu uht, fresh atau full cream dan buat jelita6004, mangga malaysia, pauh pun boleh, selamat mencuba


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu