Google+

oleh: rizalia Gerang Asam

Image049

Nama lain bagi masakan ini ialah Asam Pedas Daging... Daging yg sesuai ialah daging tetel (yg berlemak2 sket tu)... Masakan org Melaka. Kadang2 ade dihidangkan semasa kenduri kendara


Created on : 15-06-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi rizalia




Bahan-bahan ( Bila dah siap masak boleh la makan utk 5 org makan )

  • 600 gram daging tetel (daging yg berlemak sket)
  • Sebiji bawang besar (ditumbuk)
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • seinci halia (ditumbuk)
  • seinci lengkuas (ditumbuk)
  • 2~4 batang serai (diketuk-kalau kecik letak 4)
  • 4 helai daun limau purut
  • sehelai daun kunyit
  • Cili kering (bila dah blend jadi 500ml kat belnder tu~4 senduk besar)
  • 1 senduk besar minyak masak
  • 250 ml air asam jawa (drpd segenggam biji asam jawa)
  • 1 sudu teh biji ketumbar, lada hitam, jintan putih, jintan manis dan sebiji buah keras(disangai dan tumbuk kasar)

Cara-cara

  1. Panaskan minyak masak, tumis bahan2 yg telah ditumbuk seperti bwg besar, bwg putih, halia dan lengkuas. Masukkan sekali serai yg telah diketuk dan juga rempah ratus yg telah ditumbuk.
  2. Setelah bahan2 tumis naik bau, masukkan pula cili kering yang telah dikisar tadi. Goreng sehingga pecah minyak dan garing. Masukkan pula daun limau purut dan daun kunyit.
  3. Masukkan daging yg telah dibasuh bersih dan biarkan sehingga kering air daging. Jika daging masih belum empuk, campurkan 1 liter air. Biarkan sehingga air menjadi setengah daripada tadi. (menggunakan api yg kecil)
  4. Setelah daging empuk, baru la masukkan air asam jawa dan garam secukup rasa. Masakkan ini rasanya masam2 pedas dan juga kuahnya pekat. Jadi semasa memasak selalu la merasanya tahap masamnya ye...
  5. Setelah siap, boleh dihidangkan dengan nasi panas, ulam2, telur asin dan sambal belacan. Selamat Menjamu Selera :-)

Tag

daging

Laporan Masakan Bergambar (0)



Komen (2)

15-06-2009, cik com komen :

kalo gerang asam tu mmg maksudnya daging shj..atau bole jd ikan atau ayam? wbgpun lauk ni mmg sedaaaap sangat.. esp tetel. terlupa kolestrol trus haha


16-06-2009, rizalia komen :

cik com.... gerang asam ni mmg nama khas utk daging tetel masak asam pedas. Kalau ikan panggil asam pedas biasa je. Lagi satu yg sedap gak Kuah Lada.... Cara masakkan lain sket. Lain kali kalau sy masak... saya share kat sini ye.... Selamat Mencuba


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd