oleh: Ekieyna Telur Bungkus

Dscn5273

Mmg sedap dimakan dgn nasi putih. Resipi famili.


Created on : 06-06-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi Ekieyna




Share


Bahan-bahan ( 4-5 org )

  • 4 sdb sos tomato
  • 2 sdb sos cili
  • 1/4 sdt sos tiram
  • 2 sdt kicap
  • 4 sdb air
  • *2 ketul dada ayam
  • *2 biji tomato
  • *2 keping nenas
  • *3 ulas bawang merah besar
  • 3 biji telur
  • sedikit garam
  • Minyak

Cara-cara

  1. Campurkan telur dan sedikit garam. Kemudian kacau sampai sebati(xyah pukul kuat2 kacau2 je..)
  2. Panaskan kuali..dan lenserkan sedikit minyak pada kuali.
  3. Tuangkan telur ke dlm kuali dan buat la mcm nak buat lempeng tu..
  4. Apabila dah masak angkat dan ketepikan.
  5. Potong dadu bahan2 yang bertanda *.
  6. Panaskan minyak. Masukkan ayam dan goreng sampai nampak garing sedikit.
  7. Selepas itu masukkan bawang dan masak la sampai layu.
  8. Kemudian masukkan sos tiram,sos tomato,sos cili,kicap dan air.
  9. Kacau semua sampai sebati dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
  10. Akhir sekali boleh la masukkan tomato dan nenas.
  11. Apabila semuanya telah masak boleh la diletak didalam telur tadi untuk dibungkus.
  12. Boleh la dihidangkan.

Tag

telur


Laporan Masakan Bergambar (2)

Telur_bungkus
25-06-2009
hmm sedap
Laporan oleh: sunkist

Wah..sedap nampak telur bungkus sunkist..Nak skit~ Neway,tq sudi try^_^

Img00528-20101011-2241
17-10-2010
dh try sedap....cume melipat xterror lg arr.....
Laporan oleh: kunonit

Komen (8)

07-06-2009, deathpiece komen :

booleh tambah 3tomator


07-06-2009, Ekieyna komen :

Boleh aje deathpiece :P


07-06-2009, ibukumasak komen :

kalau inti tu dimasak dulu pastu letak dalam telur yg tgh didadar dalam kuali best jugak coz inti tu melekat nnti. letak cili api sikit utk pedas...meletup..


26-06-2009, eenat komen :

yang i slalu wat, inti dia masak asing dulu. Pastu masa telur still di kuali, masukkan inti dan lipat telur (bg dia bungkus inti tu). Kemdian, ambik pinggan, letak di atas bungkusan telur dan terbalikkan kuali. hiaskan dgn sos cili, mayonis, bwg goreng dll.


15-07-2009, dahliadahlan komen :

..Salam Ekieyna...ramuanya boleh dveritykan Ekieyna?....nak tambah mashroom k, kacang buncis k, sepat k.....Anak2 akak kalo mkn telor ni suka mkn ngan nasi goreng....Akak suka ratah cam tu je..letak myonis n cili sos banyak2....Beshhhh.....Terima kasih 4 the resepi Ekieyna.....L.U.


15-07-2009, Ekieyna komen :

Boleh jgk camtu eenat..^_^ depend on person..dia lbh sng cara camne..Pe2 thanks coz sharing d info:D


15-07-2009, Ekieyna komen :

Wslm..boleh je..dahliadahlan.. Hehe..tul tu ltk sos byk2..hot gitu~ lagi spicy lagi ngancam*_^


17-12-2011, ctshahri komen :

sedap...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu