Google+

oleh: lan_ieza Sayur Brokoli, Cendawan dan Tauhu

1_907266351l

Mudah dan ringkas


Created on : 30-05-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi lan_ieza




Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 2 bongkah brokoli - dipotong dan dicelur dgn air panas sekejap.
  • 1 plastik cendawan putih
  • 2 ketul tauhu - dipotong kecil dan digoreng
  • 1 labu bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar sos tiram
  • segenggam ikan bilis
  • 1 biji cili merah besar - dihiris nipis
  • Minyak, garam dan serbuk perasa

Cara-cara

  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan putih hingga kuning. Masukkan ikan bilis dan kacau rata.
  2. Kemudian masukkan brokoli, cendawan dan tauhu. Kacau rata masukkan sos tiram bersama garam dan serbuk perasa serta cili hiris.
  3. Jika ingin sayur nampak berair dan inginkan menjadi sup tambah sikit air. Sedia dihidang








Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (1)

18-06-2009, farihafaizal komen :

sedap,brokoli rangup kalo x masak lama.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu