Google+

oleh: HAZLIZA BT HATTA Tepung talam special

Image120

Resepi ini telah diolah sebanyak lebih kurang 10 kali.Resepi diambil dalam internet tapi diolah sehingga dapat citarasa saya.


Created on : 25-05-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi HAZLIZA BT HATTA




Bahan-bahan ( Dalam 10 orang makan )

  • BAHAN A: bhgn bwh
  • Tepung beras dan 3 sudu besar penuh tepung gandum -jadikan 1 cawan.
  • Gula merah 150 grm,2 1/2 sudu besar gula putih, 2 cawan air dan sehelai daun pandan - dimasak sehingga mendidih-sejukkan.(ukuran gula kurang manis-tambahkan gula kalau nak manis).
  • Secalit kapur- bekas2 sahaja (jangan banyak sebab adunan akan menjadi keras).
  • Campur kesemua bahan sehingga sebati - tapiskan.(ukuran 1 cwn tepung dan 2 cawan air gula).
  • BAHAN B: bhgn atas
  • 1 kotak santan (cap ayam)-dicampur dgn air-jadikan 1 1/2 cawan.
  • Tepung beras 1/3 cawan -(2 1/2 sudu besar).
  • Garam secukup rasa.
  • Campur kesemua bahan sehingga sebati - tapiskan.

Cara-cara

  1. Panaskan pengukus.
  2. Loyang digris dgn sedikit minyak.Masukkan bahan A.Dikukus 30 minit.
  3. Lepas 30 minit, jika adunan dah masak tapi ada air kukusan diatasnya. pedapkan dengan tisu(kitchen towel). Lorekkan dengan garfu supaya adunan atas boleh melekat.
  4. Masukkan bahan B keatas bahan A dengan perlahan2.(kacau sedikit adunan B sebelum dituang).Kukus selama 30 minit lagi.
  5. Apabila adunan dah masak tapi masih ada air kukusan.Pedapkan lah dengan kitchen towel ok.
  6. Disejukkan kuih ini terlebih dahulu sebelum dipotong.Selamat mencuba.

Related Recipes










Laporan Masakan Bergambar (9)

S6305952
07-06-2009
Tadaaaa... confirm jadik. Kepala dia sedap.. lembut jer gitu. Tapi ntah nape kepala ngan lapisan bawah tak mo lekat. Bat dah lorek ngan garpu dah. Sebeno ei Bat tak perasan akaknya resepi nih guna gula merah, sebab Bat nak bikin talam hijau tu, dah resepi gula merah jadik la talam gula merah. Still sedap, lenkali nak guna resepi nih wat talam hijau cuma tak de la masuk gula merah lagi. Mekasih yer atas resepi confirm sedap nih! note: gambar tu buruk seh, tu kira dah last-last makan guna sudu jer. hehehe
Laporan oleh: Batdeaz

Teme kacih cuba ya bat.Guna resipi ni unt buat warna hijau pun blh. Cuma gulanya 3/4 cawan yang sama guna unt mengukur ok.Lapisan yang tak nak lekat pula,bat kena make sure lapisan bawah tu betui2 kering ok.Lorekkan dgn garfu,panaskan sikit kuih tu,baru tuang bahan atas.Cuba tengok,jadi tak.

Imag0037
19-06-2009
salam liza, memang jadi la talam ni, sedap. lemak2 manis. tq
Laporan oleh: rosaliza

Alhamdullilah......seronok i....sedap ye...nanti boleh buat panggil cikgu makan ok...

Image0995
26-06-2009
salam hazliza, saya buat memang marvellous sedap tak sempat nak tunggu sejuk budak dah potong, tapi bahagian atas macam sikit sangatlah mungkin loyang saya besar kot anyway teme kasih banyak2
Laporan oleh: miazahira

tq ...berjaya ye....... mungkin mia pakai loyang besar,kalau mia tengok gambar tepung talam akak,adunan atas dan bawah dekat nak sama tebal kan...anyway ...Alhamdullillah kerana sudi mencuba ...tq again.

Dsc01549
01-02-2010
ni la tpung talam sy...tp yg atas 2 jd nipis la,np erk?tp sdp.......tq kak haz bg resepi ni
Laporan oleh: chenta
Snv30321
02-02-2010
First time buat tepung talam ni, senang dan sedap. Tapi lapisan atas saya terkurang masin skit..tp mmg sedap.. lemak2 gitu tepung talam nih. Terima kasih yea.
Laporan oleh: aludra
Dsc00258
08-04-2011
time kasih pd haliza....resepi ni sedap n menjadi lak tu....taun sudah akak buat bawah dia keras ketung..he..he..bila try resepi haliza...ni le hasilnya...
Laporan oleh: sofiah uzair
18012012_kuih_tepung_talam
19-01-2012
Salam.. Sedap..tp xtau la knp kt bhgn atas tu santan brketul2, x licin pn..dh kacau dlu sblm tuang dlm loyang. Apa pn time kasih kak dgn resepi ni.. :)
Laporan oleh: eza_zura

eza zura.....tapis ke tak adunan tu dulu....kena tapis.....ok...

120815_talam_gula_merah
15-08-2012
kuih juadah berbuka arini. first time try, buat half adunan. jd elok & sedap. manis n lemak nya just nice je. thx recipe ni :)
Laporan oleh: moonbug

alhamdullillah,:)

Dsc00892
15-12-2012
buat nie dh lama, tk ingat ari apa..walaupun pestaim, elok kejadiannya...mekasih utk cepi nie :)
Laporan oleh: k.zila66

Komen (35)

25-05-2009, Sharm1969 komen :

Teringat nostalgia masa umur 13 tahun dulu, emak saya berniaga kuih tepung talam gula merah. Saya bawa berniaga dalam bakul, pusing kampung.


25-05-2009, HAZLIZA BT HATTA komen :

Salam buat Sharm.Alhamdullilah anda anak yang soleh.Semoga Allah membalas kebaikan yang anda lakukan.Bolehlah share resepi dengan akak.


25-05-2009, Batdeaz komen :

sedapnyeeee.. Bat tersangat la suka kuih talam nih. Liza nye resepi nih kuih dia lembut tak? Nampak lam gambar tu kepala dia cam lembut jer.. eeee bestnye...


25-05-2009, HAZLIZA BT HATTA komen :

Salam Bat.InsyaAllah lembut atas dan bawah.Akak dah dok buat sampai 10 kali try ni. Cubalah.Adunannya cair,jgn susah hati sebab dia akan jadi keras tau.Kapur tu secalit bekas2 je tau baru adunan tak keras.Kalau lebih kapur, keras tak sedap,akak dah cuba. Nak hilangkan air kukusan pula,letakkan tisu atas permukaan kuih pelan2.Biar ia serap sendiri.(akak guna dalam 3 ke 4 kpg tisu untuk setiap adunan). SELAMAT MENCUBE BAT.Dah cube bagi laporan bergambar ok.


26-05-2009, iezamel78 komen :

salam nak tanya... 1 kotak santan tu bersamaan ngan brape ml???tq.


26-05-2009, ummi_yati komen :

wah..nak cuba ni, kalau pernah ke Jitra jangan lupa cari tepung talam mak njang. Siap buka kedai lagi jual kuih ni.Belakang Shell Jitra ya!


26-05-2009, elle scha komen :

emm akak tak de ke resepi kuih talam ubi?? saya lebih suka bawah dia ubi laa.. puas cari resepi tapi tak jumpa..


26-05-2009, HAZLIZA BT HATTA komen :

Salam iezamel,santan cap ayam-kotak warna biru- 200ml. Salam ummi,cuba jangan tak cuba.Dah buat nanti bagi laporan ok. Salam elle,tak dak le. Elle bukak my resepi, kat CARI RESIPI.Klik kat situ,cari TALAM.Kat situ tak salah ada resipi talam ubi,tapi kak tak try le lagi. Tepung talam ni pun sampai 10 kali buat, baru dapat taste akak. (Kalau nak manis kena tambah gula tapi yang akak buat ni rasanya dah ok buat akak and my friends kata sedappp..... )


19-06-2009, rosaliza komen :

salam liza, saya ni peminat kuih talam, x kira apa je asalkn kuih talam pasti beli, sy x pernah bt sendiri lg, saya akan cuba bt talam ni kalu jd saya post kn gambarnya. tq liza bt hati sy tergerak tuk cuba.


19-06-2009, HAZLIZA BT HATTA komen :

salam rosaliza, nama liza sama kot buat u nak buat kuih i,he...he... melawak je.buat nanti jgn lupa bg laporannya tau.excited nak tunggu ni.bye,tq


26-06-2009, Su_deli komen :

resepi HALIZA semuanya special2 ek :)... su suka tepung talam.. dgr komen dr org2 yg dah cuba mcm best jer. nk try buat gak lah nti. tq


26-06-2009, HAZLIZA BT HATTA komen :

Salam su...buat pas tu bg laporan tau.... nama special kira tag-line gitu....he..he...


26-06-2009, along Lina komen :

salam...akak,along dah cuba buat td...skrg ni tgh makan.anak along yg sulung suka sgt...tp along x wt guna gula merah...along wt warna hijau,gula pun agak2 jer la..sedap..cuma terlembut skt.apa pun tq utk resepi yg mudah dan cepat ni. cuma xder gmbr jer nk d.load


26-06-2009, HAZLIZA BT HATTA komen :

Salam along lina,Alhamdullillah,lain kali dah tau agak airnye,tepung dan air tu ikut resipi tapi kena pandai adjust dgn air pandan.Campur air pandan dgn air gula mesti kira sama..ok.tq


09-07-2009, aidaG komen :

salam..saya nak tanya.kalau tak ada kapur tu tak apa ke?saya di perantauan,teringin nak makan tepung talam,tapi tak ada kapur.


10-07-2009, HAZLIZA BT HATTA komen :

Salam aidaG.Boleh try le....tapi kalu kapur tu ade,rase le tepung talam tu..mcm org dolu2 buat....adunan akan kenyal gitu.....tapi boleh,buat le,try pas tu bg laporan ok.selamat berjaya


10-07-2009, NorPrima komen :

salam..sedapnya...saya teringat masa saya sek dulu kat bukit mertajam...saya suka beli kuih ni masa bulan puasa....saya mesti buat weekend ni....InsyaAllah...


10-07-2009, kcik komen :

dah cuba kuih talam ni..rasa ok tp masih sedikit keras...tak salahkn resipi mayb cara kcik yg tak brp :p


11-07-2009, HAZLIZA BT HATTA komen :

Salam NorPrima,buat bg laporan kat cikgu,org BM le ni,ni chek org Penang.hheehh.... Salam kcik, eemm,keras sikit....cara ukuq tu kot...tepung tak leh lebih drp cawan ok,kene sama rata gitu,kurang sikit....pon takpa.....kapur jgn banyak,memang adunan akan jadi keras gitu....secalit...bekas2 je.....cuba lg sekali....laporan saya terima ok ...kcik try lagi,ok.jangan putuih harapan....buat sampai dapat citarasa kcik....ok selamat maju jaya..hheheh.......


05-09-2009, msi71720866 komen :

saya ni orang lelaki yang baru nak belajar buat kuih.ni nak tanya kalau sape tau le.saya dah cuba buat tepung talam semalam.ok gak le.tapi nape ya kat bawah dia melekat kat talam tu.saya dah bubuh minyak sebelum masak.sape-sape tau tolong kasi ilmu sikit.lagi satu ada orang kata boleh campur telor sikit.satu biji.betul ke. Suhaimi


24-01-2011, skinifet komen :

as salam dah buat...sedappp...cuma kepala takmo lekat kat badan....


24-01-2011, skinifet komen :

ishh... nape takleh upload gambar...camane????


24-01-2011, hunny bee komen :

cmna nk wat tepung talam nie..pening la tgok resepi niee...


14-04-2011, babyqaseh komen :

kak liza awat tepung talam sy yg bhagian bwh n ats lmbik skit ek nk ptong pnya la ssh.. rse da ok..mntk komen nape ye..


15-04-2011, rozie01 komen :

kak liza saya buat pun lembik gak... kat tepi ok tapi kat tengah berair ...minta komen yer nape ?


22-04-2011, Damia(mia) komen :

sy x penah masak tepung talam.. mak wat xwape jd,tp bila dah b'tunang,dia tanya sy pandai masak tepung talam tak,dia suka makan tu upanya.. ni sy nak blajar wat la ni..hehehe


13-06-2011, Pak Lah komen :

Orang panggil kak liza saya pun panggillah kak liza. Saya asal Jitra tp tinggal kat Temerloh. Saya suka sangat ngan tepung talam tapi tak tak tau resepi, yang tau bedal je, He ..He.memang nak cari resepi tepung talam pun , cadang nak buat bisnes tepung talam. Kalau menjadi resepi akak ni boleh tak saya buat bisnes


15-06-2011, Pak Lah komen :

Swmoga kak Liza diberkati Allah dengan resepi2 yang disumbangkan


19-06-2011, siti noormala komen :

Feveret arwah ayah....bila wat semlm rupa2nya whole family suka...thx for sharing resepi...shukran...


01-07-2011, opahiscooking komen :

semalam dah buat, tapi x letak kapur.. so lapisan bawah keras.. macam getah pemadam.. uuuwwwwaaaaaaa... sedehhh... tapi yg atas sedap, nanti kiter try lagi :(


10-07-2011, nafwabest komen :

saya tengah mengukus tu......tak sabar nak tengok hasilnye....takut lembik je. kena tunggu sejuk kan??? baru dia mengeras. betu tal????


11-07-2011, nafwabest komen :

Yahoooo..menjadi. TQ empunya resepi. Tak sempat nak ambik gmbar sebab dah licin. anak2 suka:)


04-08-2011, yan cheras komen :

hari nie saya nak cuba bt untuk bebuka harap2 jadi la


17-10-2011, sararina komen :

Hari ni kali kedua saya cuba buat, menjadi betul kuih talam nih... terima kasih. Yang belum cuba patut cuba... memang tak rugi.


12-11-2011, nora loubna komen :

kalau guna santan original nk guna kelapa berapa biji ya?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu