oleh: onigiri Madeleines

Madelines

mempelbagaikan lagi resepi Madeleines


Created on : 25-05-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( menghasilkan 18 biji madeleines )

  • 125 gram telur ( lebih kurang 2 biji telur saiz M)
  • 90 gram gula
  • 125 gram tepung gandum
  • 125 gram butter ( cairkan)
  • 4 gram baking powder (1 sudu kecil)
  • 25 gram madu (1 sudu besar)
  • sedikit parutan kulit lemon atau kulit oren

Cara-cara

  1. Ayak tepung gandum bersama baking powder, kemudian cairkan butter, parut sedikit kulit oren, glis acuan madeleines dengan butter dan tabur sedikit tepung gandum atas permukaan acuan madelines tadi.
  2. Pukul telur dan gula hingga agak kembang, dan masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit, gaul sebati, masukkan parutan kulit Oren serta madu, akhir sekali baru masukkan butter yang telah dicairkan.
  3. Madeline5
    kacau sebati dan perap adunan dalam 20 minit, biar lebih sedap dan bagi tujuan menaikkan aroma. Scop adunan dah isikan 80% dlm acuan. akhir sekali panaskan oven 180 darjah dan bakar selama 14 minit, Ok dah siap, sesuai untuk minum petang, bentuk pun comel je.
  4. Muffin1
    jika tiada acaun madeleines ,boleh juga letak dalam papercup muffin dan kalau mahu pelbagai rasa boleh variasi kan adunan ini, tambah koko ataupun ape juga perasa kegemaran anda, nak tambah coklat cip pun boleh. Selamat Mencuba.

Tag

kuih muih




Laporan Masakan Bergambar (5)

Madeleines1
25-05-2009
salam ros, madeleines siap! sedap sesgt..kirakan ni bahulu moden la ekk ros! akak wat 2 adunan..takut x cukup.. tq 4 da rcp.. lulus x nih!!
Laporan oleh: as75

lulus dengan jayanya kak, bahulu moden..senang cepat sedap..comel lah madeleines akak ni...geram tgk

Madeleines_muffin
25-05-2009
yg ni lak guna muffin tray.. rugi sape x cuba, baunya wangi banget! jemput makan ros..akak standby utk minum ptg, mesti rakyat jelata suke!
Laporan oleh: as75

memang wangi kan..haruman butter dan kulit orent tu...masa bakar semalam pun semerbak bau satu rumah..kirim salam ngan rakyat jelata ye..hihi

Dsc00405
30-05-2009
ross..sdp sngat..rsanya yg bersatu dgn bau lemon tu..emm..unik skli..anak2 k.maz pun suka..akak ada 2 jnis try mdline..tu yg ada 2 bntuk..dah msuk dlm list ni ros..mksih utk rspi yg smple tp sdap ni..
Laporan oleh: maz-ivory

kak maz lawalah madeleines akak ni..mmg ade dua bentuk shell utk madeleines ni...akak ade dua2 ek, best nya...thanks kak sudi mencuba..cute mute bahulu omputih akak ni, hihi

Madeleines
03-07-2009
salam ros,buat jugak madeleines ni dgn choc madeleines azareena...utk jamuan ptg tadi...sume sdp lah...sume org suke...tetap lembut wlaupon dh sejuk...tq ros... :)
Laporan oleh: kak fida

salam kak fida, ros pun suke buat madelienes ni senang sedap dan harum, thanks sbb sudi mencuba ye

09_016
03-03-2010
terima kasih, rasa macam butter cake tp dlm bentuk muffin, nice
Laporan oleh: nehran

Komen (6)

25-05-2009, maz-ivory komen :

ros..tu je ke yg ditnggalkan oleh anak dara ros tu...suka la dia ye..dpt mkn kuih comel ni...


25-05-2009, hana6877 komen :

hahahaaa.. kuar jugak yer resepi nih!


25-05-2009, onigiri komen :

kak maz, aah tinggal 3 ketul madeleines je ..tu pun puas sorok ..si kakak asyik nak je...kak hana..resepi ni khas buat kak hana suruh rasmikan acuan baru mu itew..hihi


26-05-2009, iezamel78 komen :

amboi ros... dari tokey roti ke madeleines laks ye..... hehehehehehe...


26-05-2009, MissCoffee komen :

First time dengar nih..kuih apa nih? kuih bahulu? acu tuh camner rupa nyer..x boleh betul miss nak visualize.Tapi nampak mcm boleh buat..nak cuba!


26-05-2009, onigiri komen :

iezamel, sesekali tukar tokey madeleine lak..hihi, misscoffee, ni kiranya cam bahulu english style lah, tp kena ade acuan dia, acuan dia bentuk shell tulah..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu