Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi Tempe goreng tepung

 Submitted By On 06 January, 2007
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

Untuk minum petang

Ingredients
  • 5 keping tempe
  • 1 cawan tepung beras
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 camca teh ketumbar biji*
  • 1/2 camca teh jintan kasar dan 1/2 camca teh jintan halus*
  • 10 biji lada hitam*(*ditumbuk atau dikisar halus)
  • 1/2 camca teh air kapur
  • 2 camca besar gula pasir
  • 2 ulas bawang putih
  • 10 biji cili padi
  • 1/2 camca teh serbuk kunyit
  • UNTUK LADA KICAP:-
  • 1/2 cawan kicap masin
  • Jus dari sebiji limau kasturi (jika suka)
Instructions
  1. Tempe dipotong nipis secara menyerong dari atas ke bawah. Ketepikan.

    Step_By_Step_010.jpg
  2. Satukan tepung beras, bahan2 dikisar, air kapur, serbuk kunyit dan garam/gula (sedikit dahulu) dalam satu bekas.

    Step_By_Step_009.jpg
  3. Tuang air sedikit dahulu (anggaran 1/4 cawan). Kacau hingga sebati dan tambah air sedikit lagi sambil dikacau hingga adunan tidak terlalu pekat atau cair (seperti tepung utk menggoreng pisang). Ketepikan sebentar.

    Step_By_Step_011.jpg
  4. Panaskan minyak dalam kuali untuk goreng terendam. Bila minyak panas, celup tempe tadi dalam adunan tepung dan goreng. Jgn bbuh terlalu byk tempe dalam satu kuali. Goreng pada api sederha hingga tempe kuning keemasan. Angkat dan toskan. Bolehlah dihidang bersama sambal kicap.

    Step_By_Step_012.jpg
  5. UNTUK LADA KICAP:- Masukkan cili padi, bawang putih dan gula dalam lesung batu, tumbuk hingga lumat. Masukkan kicap masin (jika menggunakan kicap manis kurangkan gula atau tak payah bbuh gula) dan gaul rata. Masukkan jus limau kasturi jika suka. Kacau rata.

    Step_By_Step_013.jpg
  6. Tuang dalam bekas dan bolehlah dihidangkan bersama tempe tadi. Lada kicap ini memang pedas (bergantung pada cili padi masing2), jadi sesapa yg tak tahan pedas mat cadangkan kurangkan cili. Selamat mencuba.....

    Step_By_Step_015.jpg
Tags 
Who has tried this? See their cooking reportSee All
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All