Semua gambar dan juga resepi yang disumbangkan di myresipi.com adalah hakmilik tuan punya asal dan juga
myresipi.com.
Dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa
jua cara sama ada
elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa
kebenaran dari tuan punya asal ataupun myresipi.com.
cili api- ikut suka nak pedas byk mana - ditumbuk lumat bersama sdikit garam kasar dan suku inci kunyit hidup.
3 batang serai - diketuk
1 kg siput - dibasuh bersih2 kasi hilang lumpur2 tu.
300 gm udang pape saiz
2 cawan santan - sederhana pekat / atau ikutla nak kuah byk mana
1 keping asam keping
garam secukup rasa
Cara-cara
siput yg tlh dbersihkan, dipotong hujung siput yg berbentuk tajam tu. bagi yg tak penah masak siput (cam saya dulu2 la,,siput ni pun x pnah tengok..huk..huk..) hentak je parang kat bahagian muncung siput tu. nanti senang nak sedut. baru bleh isinya kuar.
masukkan kan ramuan cili api yg ditumbuk tadi dalam periuk / kuali ( petua mak saya, lebih sdap masak pape gulai dlm kuali. tapi betul pun), masukkan udang dan siput dan serai yg diketuk tadi. masakkan / kecutkan udang dalam 2 minit. utk biar bahan2 td meresap masuk kat udang n siput dan hilang kan hanyir ke pape yg x enak lah.
bila udang dah agak mengecut dan air dlm kuali tu dah kering, masukkan santan. masak sampai mendidih dan kacau2. masukkan plak asam keping. rasa garam cukup ke tak. Biar mendidih lagi sambil kacau2, sampai masak. siappp.