oleh: myaida Apple Pie

Pict0010

apple pie sesuai dimakan panas-panas mahupun sejuk bersama 1-2 scope ice-cream perisa vanilla


Created on : 17-05-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi myaida




Share


Bahan-bahan ( 4 orang )

  • Bahan A – Doh
  • 2 caw tepung gandum
  • 100gm mentega
  • 1/2 sk garam
  • 1/2 caw air ais
  • Bahan B
  • 10 biji apple size paling kecil
  • 2 caw gula
  • 15gm serbuk kulit kayu manis/cinnamon powder
  • 1 caw tepung
  • Sedikit garam
  • Segengam gula – utk tabur sebelum bakar

Cara-cara

  1. Sediakan bahan A, gaul rata tepung, garam, masukkan mentega, pegang dengan hujung jari buat serbuk roti, buat lubang tengah, masukkan air uli doh, rehatkan dalam peti sejuk, keluarkan canai bulat besar dan sederhana nipis, cucuk dengan garpu, ketepikan
  2. Basuh, kupas kulit apple, belah buang biji di tengah nya kemudian potong jgn terlalu tebal atau nipis ketepikan
  3. Campurkan bahan B dalam sebuah besin besar, masukkan gula, cinnamon, tepung dan sedikit garam, gaul rata, kemudian masukan apple gaul hingga berpalut, susun apple di atas doh yang telah dicanai dan cucuk dengan garpu, kemudian kelimkan sekelilingnya, selepas itu taburkan baki atau lebihan sisa tepung adunan seakan serbuk roti basah taburkan atas apple pie , sekiranya ia cair sila tambah sedikit tepung jadikan ia seakan serbuk roti basah, taburkan atas pie sebelum dibakar dan akhir sekali taburkan pula segengam gula atasnya
  4. Bakar dalam oven pada suhu darjah 250C, di tingkat No. 2 dari bawah selama 35-40 minit hingga kekuningan, hidangkan. Selamat mencuba.
  5. tips - bagi yang tidak gemar serbuk kulit kayu manis sila kurangkan sukatan, sebenarnya letak lebih serbuk kulit kayu manis rasanya akan menjadi lebih sedap apabila dimakan tidak lah rasa semacam sahaja

Tag

tart


Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (11)

19-05-2009, rapunzel88 komen :

sye org baru...sye nak thu resepi buat kek coklat


27-08-2009, dahliadahlan komen :

..salam myaida..."Selamat Berpuasa"..akak nk tanya, baki tepung tu..tepung "B" lah ye?..maknanya kene simpan sikit tuk taburlah ye?....Terima kasih mysida 4 the simple resepi....L.U.


11-09-2009, myaida komen :

w`salam akak dahliadahlan dan selamat berpuasa, bahan tabur tepung B bermakna baki atau sisa tepung macam ala-ala serbuk roti jenis lembab, kalau ia cair tambahkan segenggam tepung gaul rata, taburkan atas apple diikuti gula kemudian bakar


11-09-2009, myaida komen :

sorry rapunzel88 awak silap tempat saya masak appe pie bukan kek coklat


11-09-2009, myaida komen :

sorry apple pie not appe pie


31-05-2010, sweetie88 komen :

salam myaida nk tnyer skit..bhn A tue mcm xfhm jer.


03-12-2010, aya13 komen :

maaf ye..tepung tu, tepung gandum ke?


23-12-2010, arsatria komen :

apple hijau ke apple jenis merah


04-02-2011, myaida komen :

aya13 ye tepung gandum


04-02-2011, myaida komen :

arsatria mana2 jenis apple pun boleh


01-04-2011, myaida komen :

aya13 sorry ok saya perbetulkan balik resipi, di bahanA & cara-cara k.. u tgk balik ye...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu