Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi Moist Chocolate Chiffon

 Submitted By On 04 January, 2007
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

Lembut dan gebu, sesuai utk semua peringkat umur

Ingredients
  • BAHAN A:-
  • 100 g tepung halus (tepung gandum pun ok)
  • 1/2 camca teh soda bikarbonat
  • 1/2 camca teh serbuk penaik
  • 60 g gula halus
  • 1 camca teh esen vanila
  • 4 kuning telur (Gred A)
  • 50 ml minyak jagung
  • 1 camca besar coklat emulco*
  • 30 g serbuk koko*
  • 100 ml susu segar. disuamkan*(*disatukan dan gaul rata, sejukkan)
  • BAHAN B:-
  • 4 putih telur (Gred A)
  • 120 g gula halus
  • 1/2 camca teh cream of tartar
Instructions
  1. Dalam satu bekas. Satukan ke semua bahan2 A hingga sebati. Ketepikan

    Step_By_Step_002.jpg
  2. Pukul putih telur hingga separuh kembang, masukkan sebahagian gula dan diikuti cream of tartar. Terus memukul dan masukkan baki gula. Putar hingga menjadi maringue yg kental

    Step_By_Step_003.jpg
  3. "Kental" disini bermaksud, jika alat pemukul itu diperbalikkan, puncak yg terhasil kukuh dan tidak terlentok. Seperti dalam gambar.

    Step_By_Step_004.jpg
  4. Ambil sebahagian maringue tadi dan kaup balikkan ke dalam adunan kek. Gaul rata.

    Step_By_Step_005.jpg
  5. Tuang adunan kek tadi ke dalam lebihan maringue dan dgn perlahan kaup balikkan hingga rata dan sebati. JANGAN terlebih gaul.

    Step_By_Step_006.jpg
  6. Tuang adunan ke dalam acuan chiffon yg telah dialas dasarnya dgn kertas minyak dan disapu dgn mentega. Sekeliling bahagian dalam tin kek tidak perlu di sapu mentega hanya dasarnya sahaya.

    Step_By_Step_007.jpg
  7. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 35 minit. Jika bahagian tepi kek mengecut sedikit itu tandanya kek sudah masak. Keluarkan dan terbalikkan acuan chiffon tadi dan biarkan sejuk dalam keadaan terbalik. Bila sejuk, sisip tepi tin dgn pisau dan keluarkan kek dari tin. Hias ikut suka...Gambar menunjukkan acuan kek chiffon berukuran 23 cm yg mat gunakan utk resepi ini. Selamat mencuba......

    Step_By_Step_001.jpg
Tags 
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All