oleh: junjs11 Pau Kari ayam

Picture_577

resepi dari member di ubah suai sikit


Created on : 04-01-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 12 biji yg kecil )

  • 500gm tepung (jun guna tepung pau)
  • 50gm minyak/shortening
  • 6gm yeast
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 100gm gula (jun guna 80gm j)
  • 250gm air suam
  • Untuk inti kari ayam:-
  • @2 ketul isi ayam-dipotong dadu
  • @2 biji ubi kentang-dipotong dadu
  • @1/2 biji bawang besar-dipotong dadu
  • @2 sudu besar rempah kari basah/serbuk kari ayam
  • @garam dan serbuk perasa
  • @2 sudu besar minyak

Cara-cara

  1. Campur semua bahan kecuali air kedalam mangkuk. Gaul rata. Masukkan air sedikit2 dan uli hingga lembut.
  2. Tutup dengan cling film dan biar selama 10min. Selepas itu, ambil doh dan bentuk bulat2 kecil.
  3. Leperkan dan isi inti didalamnya. Kemudian alas dengan kertas/daun pisang. Biar lebih kurang 1 jam.
  4. Kukus selama 10min.
  5. Untuk inti:-
  6. Panaskan minyak. Tumis bawang hingga wangi.
  7. Masukkan rempah kari hingga naik baunya, masukkan ubi kentang dan ayam dan sedikit air. Masak hingga lembut.
  8. Masukkan serbuk perasa dan garam. Masak sedikit kering spt inti karipap.




Laporan Masakan Bergambar (1)

Pau
05-01-2007
i guna tepung roti, inti pula tuna. ni kes nak abihkan inti yg lebih buat curry bun arihtu..
Laporan oleh: yani

best tu tuna..feberet jun tp anak2 x suka..kalu dekat leh minta yani punye sket, hehe..


Komen (14)

04-01-2007, Mat Gebu komen :

jun. minyak tu kalau ganti dgn butter leh ke........


05-01-2007, datin komen :

JUN LICIN X PERMUKAAN PAU NI


05-01-2007, junjs11 komen :

Mat Gebu, boleh kot. Cuma cairkan butter tu dulu. Tp jun slalu guna minyak j, senang, hehe.. Datin, permukaan tu licin. Just hati2 bila buka tutup pengukus tu, jgn bg air menitik atas pau, x cantik pau tu jdnya..yg pasti jun buat semalam licin, letak inti kari ayam n kaya for kids..


05-01-2007, yani komen :

anak2 i pun tak suka Jun.. utk dia org i letak coklat je.. suka sgt dia org makan yg ada coklat ni nak2 makan panas2.. coklat tu cair...sedap katanya.


05-01-2007, Mat Gebu komen :

alahh hai yani terliur bila ter imagine cekelet tu cair dalam pau bila di ggit.......


06-01-2007, afzawawa komen :

kalau guna tepung gandum leh tak???


06-01-2007, junjs11 komen :

boleh afzawawa...tp texture dia cantik sket kalu guna tepung pau/tepung roti (sbb kandungan yeast tu lebih sket).


09-01-2007, ummuaiman1 komen :

i nak tanya ni, 50gm minyak tu byk mana? 250gm air tu berapa gelas? lagi satu cling film tu apa? kalau pakai benda lain tu tak boleh ker?


16-02-2007, manja7272 komen :

Hai....i org baru kat sini...Actually dah lama bukak website ni tp ni baru register as mmber. Anyway, I dah try buat pau ni...first time buat terus jadi...sedap..siap bawak ke opis lg tu...tp takde kamera nk amik gambar.... Thanks for the resipi...


12-03-2007, margaretwong komen :

Kalau guna tepung pau perlu bubuh yis lagi kah?


08-05-2007, kacang komen :

kalau guna tepung pau 1kg tambah je mauripan 1 peket, baking powder double action 1 sudu teh, tambah pelembut doh dan pemutih pau baru pau lagi lembut dan cantik


21-07-2007, eyla5152 komen :

camne nak dpt kan pau yg putih gebu cam pau ahmad tu yer?sape tau??


27-07-2007, peekaboo komen :

jun, yeast tu tak payah bancuh dulu ke?


29-12-2007, azie_67 komen :

jun,kalo nak ganti yeast basah tu ke dry yeast,berapa sukatan dia ?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu