oleh: myaida Biskut Makmur

Pict0126

resepi asal dari maktok diturunkan kepada mak saya, sesuai untuk juadah hari raya, minum petang dan sebagainya.


Created on : 15-05-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi myaida




Share


Bahan-bahan ( 50 biji bergantung pada saiz )

  • 600gm tepung gandum - diayak
  • 1 tin kecil minyak sapi - dicairkan
  • mentega - ikut lembut
  • gula secukupnya - blend halus, untuk golek-golekkan kuih
  • Bahan Inti
  • 1/2 gelas gula - blend halus
  • 1 gelas kacang tanah - goreng tanpa minyak, buang kulitnya, blend kasar
  • 50 biji kismis hitam - bergantung pada bilangan kuih

Cara-cara

  1. Ayak tepung, cairkan minyak sapi, gaul rata, masukkan mentega ikut lembut, uli hingga sebati
  2. Campurkan kesemua bahan inti, bentukkan doh seperti membuat buah melaka isikan intinya bersama sebiji kismis hitam setiap satu, tutup dan bulat-bulatkan susun dalam dulang pembakar
  3. Panaskan oven 160C, masukkan dulang ke dalam oven, letak dulang ditingkat No.2 dari bawah, bakar selama 20-30 minit, masa membakar bergantung pada saiz, agak-agaklah sampai ia masak
  4. Apabila kuih masak, cepat-cepat golek-golekkan ke atas gula supaya ia melekat. Hidangkan

Tag

cookies


Laporan Masakan Bergambar (2)

Dsc00608
10-05-2010
sedap........tq syer resepi
Laporan oleh: rosalizasalahuddin

terima kasih rosalizasalahuddin kerana sudi mencuba

Img_2568
13-08-2010
syagoreng tepung dulu.n then, gaul dgn kacang yg dah ditumbuk kasar...
Laporan oleh: lisafiq

lisafiq tq krn sudi mencuba, kekadang kalau rajin saya goreng tepung juga


Komen (8)

15-05-2009, ridzma komen :

tak goreng dulu ke tepung tu? Saya biasa buat tiap-tiap kali raya.. kakak ipar suka sangat makan... tapi sayatak letak mentega.... ape pun... biskut ni mmg peberet...


15-05-2009, kakyush komen :

saya pun tak guna mentega, tapi guna minyak sapi QBB..tapi ada juga org tak suka minyak sapi...so ikut selera masing2


15-05-2009, syidamustafa komen :

Amboi..sdapnya...biskut kegemaranku..saya dah banyak kali gak buat..tapi tiap kali buat mesti tak jadi lembut gebu...x tau plak resepi kali ni ada bubuh mentega...bleh lembut gebu yer....


24-06-2009, meifadilah komen :

Setau saya makmur asli mmang x guna mentega. 100% guna minyak sapi QBB. Anyway nice to try..TQ.


04-09-2009, aruza akok komen :

ni la kuih yg paling senang kan.. tp lau xnak letak kismis leh x??


11-09-2009, myaida komen :

rdzma, kakyush, syidamustafa, meifadilah & aruza akok kalau rajin cubalah buat dulu


30-06-2011, mol komen :

saya akan cuba reseoi ini...


17-08-2011, waniizazi komen :

Salam, berapa banyak minyak sapi nak guna? Tin minyak sapi we all kat sini (brisbane) ada yang saiz besar. tq


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu