oleh: nOOrsha Astana Chicken

Astana_chicken

bile kemalasan melanda, bila nak masak satu lauk yg macam² ada.... lebur jelaa apae² je yg berkenan kat mata n tekak merasa.... pasti makan ngan penuh selera.... bila laparrr dah mula beraja... bila perut dah mula berkata²...


Created on : 14-05-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi nOOrsha




Share


Bahan-bahan ( - )

  • 500 gm isi ayam - potong ikut suke
  • *1 biji bawang besar
  • *5 ulas bawang putih
  • *20 - 30 biji cili padi - kalo x suke pedas sangat kurangkan
  • *1 inci kunyit
  • *1 inci lengkuas
  • *1 inci halia
  • *1 inci belacan
  • *1 batang serai
  • 1 batang serai - diketuk
  • Sayur² pilihan. Contoh : carrot, kacang panjang, kacang peas, baby corn, tomato, brokoli, kobis, etc
  • 1/2 cawan santan pekat - guna yg dalam kotak
  • 1/2 cawan air
  • 7 helai daun limau
  • garam & gula
  • 1 asam keping
  • 1 sb kerisik

Cara-cara

  1. blend bahan bertanda *.
  2. Tumis serai yg dititik dan bahan blender hingga garing. Selepas itu masukkan ayam. Gaul rata.
  3. Masukkan santan dan air. Kacau rata, masak sehingga kering @ pecah minyak.
  4. Sementara itu masukkan sayur² pilihan.
  5. Masukkan kerisik dan perasakan dengan asam keping,garam dan gula. Hiris nipis @ koyak²kan daun limau sebagai aroma & rasa tambahan.
  6. Sedia untuk dihidang. Sedap dimakan dengan nasi panas. Selamat Mencuba!~

Tag

ayam


Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (4)

14-05-2009, nor_67 komen :

amboi noor, bermadah pujangga ya...


14-05-2009, nOOrsha komen :

hehehhe...k norr...sajer jerr nak bergurindam... mane taw leh masuk pertandingan...ekeke!~


14-05-2009, kak fida komen :

mmng nmpk menyelerakan Astana Chicken tu noor mcm msk lemk pkt gitu....tringat pulak akak Astana Moda kt Melaka...blakang bangunan tu ade kedai baking...heheeee....mcm2 ada.... :)


14-05-2009, nOOrsha komen :

hak ah kak fida...macam masal lemak pekat jugak....tapi tambah kerisik.... oo yeker kak ade Astana Moda kat melake? maaflah tak taw sebab tak familiar kat sane... hehehe... tp sebut kedai² baking tu rase macam teruja laa plak nak memborong.. ihihih...!~


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu