oleh: mak dara Ikan rebus masak lemak cili padi

No picture

resepi yg senang aje nak buat.


Created on : 13-05-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi mak dara




Share


Bahan-bahan ( 3 org )

  • 3 ekor ikan( ikan termenung @ kembung saiz besar )
  • 6 biji cili padi - klu nak lebih pun boleh *
  • 3 cawan air
  • 1/2 inci kunyit hidup *
  • 200ml santan pekat
  • asam keping
  • 1 batang serai di titik
  • 1 biji bawang besar *
  • 2 ulas bawang putih *
  • garam
  • minyak untuk mengoreng
  • daun kunyit disiat
  • timun dipotong memanjang ( optional )

Cara-cara

  1. masukkan air dan rebus ikan bersama asam keping.
  2. setelah itu panaskan minyak dan goreng ikan yg direbus tadi. ( air rebusan tadi jgn dibuang )
  3. blender bahan yang bertanda * bersama sedikit air rebusan ikan. panaskan minyak untuk menumis ( ambil minyak gorengan ikan tadi sedikit ) dan tumis bahan yg telah diblender. biar sampai agak garing.
  4. setelah itu masukkan santan, serai dan baki air rebusan ikan tadi ( asam keping keluarkan dulu ) dan kacau sekejap, masukkan garam. setelah itu masukkan ikan dan timun - kacau sebati.
  5. selepas itu bolehlah letakkan daun kunyit. tutup api dan dihidangkan

Tag

ikan


Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (1)

20-10-2011, i want to study komen :

sedapnye....lapar lak..hehe


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu