Google+

oleh: ma1za Ayam Berlado

Ab

Baru pas masak tadi.. hehe, Hubby habis 2 ketul ayam... katanyer.. MAKNYUSSSSS!!!!!!!!


Created on : 08-05-2009

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi ma1za




Bahan-bahan ( 5 org )

  • 5 potong ayam yang telah dibersihkan
  • 9 biji cili merah / cili hidup (dikisar/ ditumbuk halus)
  • 4 biji bawang putih, (dikisar/ ditumbuk halus)
  • 2 biji tomato ukuran sedang (dikisar/ ditumbuk halus)
  • 1 inci gula melaka (dikisar/ ditumbuk halus)
  • 1 1/2 cawan air
  • 4 biji bawang merah dihiris nipis
  • 5 sdm minyak untuk menumis
  • # BAHAN UTK MEREBUS AYAM - ditumbuk kasar / dipecah2kan + 1 sdt garam #
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai
  • 4 biji bawang putih
  • 2 sdt biji ketumbar
  • Kacang Peas, daun seledri, hirisan bawang bombay sbg HIASAN
  • Garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Pertama, satukan ayam dengan bahan2 yang disediakan utk merebus ayam
  2. Rebuslah ayam sampai masak selama 30 menit dengan menutup periuk rebusan.
  3. Setelah ayam masak, angkat dan toskan. sementara itu, kita sediakan sambalnya.
  4. Utk sambal, panaskan minyak utk menumis.
  5. Satukan bahan2 yang sudah dikisar halus dengan air yg disediakan.
  6. Tumiskan bawang merah yg dihiris nipis sampai sedikit garing.
  7. Masukkan bahan2 yang telah disatukan tadi, tumislah semua bahan2 tersebut sampai naik bau.
  8. Apabila bahan2 yg ditumis sudah bersatu dan masak, masukkan 5 potong ayam yg sudah ditoskan tadi. Gaul rata.
  9. Setelah sambal sebati dengan ayam, masukkan kacang peas dan bawang besar. Aduk rata sampai bawang bombay sedikit layu.
  10. Apabila bawang bombaynya sudah layu. matikan api dan hidangkan dgn hirisan daun seledri.
  11. TARA!!!!!!!!!!!! Dah siap dan SELAMAT MENCUBA!!!!

Tag

ayam

Laporan Masakan Bergambar (0)



Komen (1)

02-05-2011, dumi komen :

nak try gak...nampak menyelerakan...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd