oleh: yani Tepung pelita

Tepung-pelita

kueh tradisional


Created on : 04-06-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas )

  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula
  • 5 cawan air
  • 4 sudu besar tepung beras(ratakan)
  • 1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
  • 4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
  • sedikit kapur dan sedikit garam

Cara-cara

  1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
  2. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
  3. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
  4. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
  5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
  6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
  7. Sejukkan




Laporan Masakan Bergambar (33)

Rzie_275_
25-09-2006
Mudah dan sedap.. family i suma puji sedap.. siap soh buat lagi... tQ Yani for the best Tepung Pelita..
Laporan oleh: zeera

eheh.. dah boleh buat bisness tepung pelita tu ;)

Pa280001
01-11-2006
Kali ke-3 buat baru jadi. ~clap~clap~clap~
Laporan oleh: F&N

~clap~clap~clap~

Tepung_pelita_1
17-11-2006
hmm.. da siap pon.. tgal nk ngap je!
Laporan oleh: zara_klate

alamak.. jelesnye tengok yg dlm daun pisang tu..

Kuih_tepung_pelita
27-11-2006
dah pandai...attach...ahaha
Laporan oleh: gohmimie

huwaaa.. jeles tengok.. i kat perantauan ni terpaksalah buat dlm bekas2 kecik.. :(

Img_6514_1_1_1_1_1
16-12-2006
best!! pertama kali cuba terus jadi. terima kasih krn ikhlas berkongsi :-)
Laporan oleh: hudahana

sama-sama.. seronok tengok huda berjaya buat tepung pelita

Tepung_pelita2
14-03-2007
Dah pandai attach. Jom kita makan...
Laporan oleh: NANI76

clap3x!.. pos sini sket... jeles tengok dlm daun pisang

Dsc00011
05-04-2007
gambar tak secantik mana..tp, rasa..mmg adaer ummpphh!! thanks yani.. :)
Laporan oleh: nazahiriah

ur welcome

16-03-07_1154
04-05-2007
colour tak menarik tapi sedap
Laporan oleh: lisafiq

mungkin kurang daun pandan .. kalau daun pandan x byak boleh tambah pewarna.. i selalu buat macam tu.. nak jimat daun pandanlah katakan.. ehehe..

Dscf1088_resize
15-05-2007
guna tepung gandum+sedikit tepung ubi. dah gula jo tabur 2 tsp atas palisan hijau.baru taruk lapisan putih. bila sejuk, kat bawah menghasilkan lapisan air gula. sedap. tq
Laporan oleh: joayee

thanks jo.. nanti nak try letak gula.. mesti jadi macam yg jual kat kedai tu..

Picture_1656
16-05-2007
dah abis br anto laporan..hehehe...best ni, tq yani..
Laporan oleh: junjs11

tergodalah tengok.. dah lama tak buat ni

Tepung_pelita
09-07-2007
dah lama buat, belek2 gambar lama baru perasan. menjadi cuma campuran putih dan hijau dia macam tercampur sedikit. mungkin tepung berasnya kot beli dari Baticrom.
Laporan oleh: ina
Image_566_
12-07-2007
2nd time baru jadi..tapi tak hijau sgt..ist time i memasak..hehe
Laporan oleh: lesmia
Dsc00051
12-07-2007
buat kuih pelita ni untuk kenalkan kuih tradisional kiter kat orang german...sedap dan mudah. balik Malaysia nanti mama suruh buat kan...tak sabar nak balik!
Laporan oleh: Suelin
P7020801
13-07-2007
hahaha...comot...nih buat pg td..pnas lg tuh...mula2 ingt nk buat guna daun pisang tp x smpat nk bntok dpt bbrapa je...seb baik ada bkas plastik..
Laporan oleh: butter_milk
Pict0171
18-07-2007
dah lama buat, harini baru hantar laporan...TQ yani, best!!!
Laporan oleh: rrozie17
P7220092
23-07-2007
SODAP BANGAT DONG!!! MAKASIH BUK YANI!!!
Laporan oleh: rosnani
Kuih_muih__1_008
10-09-2007
Ni gambar. Tapi dah tertulis komen kat bawah..
Laporan oleh: M T
P9130931
13-09-2007
kak yani tqvm... dah ready utk berbuka ni..
Laporan oleh: mama_myvi
Tepungpelita
15-09-2007
Resepi ni mmg best.. sebelum ni gee kukus tapi tak berapa menjadi.. kali ni husband puji melambung.. Walaupun tak letak kapur, rasanya tetep best...TQ Yani
Laporan oleh: Gee78
Dsc01839
17-09-2007
emmmm.... sedap & senang nak buat. semua puji sedap... buat adunan x2.... tq yani....
Laporan oleh: nieta399
Img_4943
17-09-2007
dah cuba buat tapi tak beku pun....cair je....baru buat kul 4.30 tadi.....tq yani
Laporan oleh: hanismajid
24fe
29-09-2007
menjadi
Laporan oleh: princessharyati
N530907652_380347_7146
24-10-2007
Kak Yani, Wei sudah mencuba untuk pertama kali membuat kueh tepung pelita di hari raya. Tapi, layer puteh tu tak dapat set. Mungkin sebab tak letak kapur, tapi rasanye boleh tahan! Nanti Wei akan cuba lagi lain kali.
Laporan oleh: WeiHian
Dsc00896
12-01-2008
keras n x sedap spt yg dijual di kedai leer....keras ckit..mgkin bancuhan x betoi kot...
Laporan oleh: amar
Sd531011
01-02-2008
Memang sedap. Saya ikut tips dr Joayee utk buat air lapisan gula tu ...TQ semua...
Laporan oleh: coveredgirl

yup.. kalo ikut tips joayee tu memang rasa macam yg jual kat kedai kan...

Tepung_pelita1
02-02-2008
Jemput makan semua!
Laporan oleh: daunpandan

book yg kat belah kiri tu.. ehehe

Tepung_pelita2
13-02-2008
Buat utk kali keberapa pun x igt..br ari nih nak upload gambo..mmg mabelesss!! :P
Laporan oleh: arma

rajinnya arma... kalo gini nak pindah pi dok sebelah rumah armalah..

Pix_123_
28-02-2008
kali ke-5 buat kuih ni,mmg sedap sgt, sampai auntie saya pon puji..tqvm yani..teringat plak bln puase :d
Laporan oleh: buttercups

ni dah boleh buka bisnes bulan pose nanti.. ;)

Dsc00820
04-03-2008
nk wat dlm daun pisang tp xda, yg ada bekas kecil2 nih. ok sedap tq 4 d'resepi
Laporan oleh: Aziemas

Azie akak pun teringin nak wat dlm daun pisang.. tp bilalah virus "R" nak menyerang ni..

Dsc02367
12-03-2008
1st time buat.. inilah hasil nya... sedap..jemput mkn..
Laporan oleh: yatiezaini

lorr.. awat x sampai lg ni.. dok tunggu nak mkn ni.. ehehe

Tepung_pelita
27-03-2008
ni satu je bekas transparent..yg lain xnmpk.hhehe..sodappp!!!nnt nk wat lg..hee
Laporan oleh: Cik^Mai
Tepung_pelita
27-03-2008
Buat utk sarapan semalam. Sedap...!!!
Laporan oleh: rossitamz
Dsc00010
01-05-2008
tepung pelita versi student lelaki kat oversea..thanks yani, 1st time buat terus jadi..senang dan sedap! guna peti sejuk semulajadi je, letak tepi tingkap..
Laporan oleh: bisekut

Komen (98)

06-06-2006, ella komen :

yani... gud idea... ella before this buat tepung pelita nie buat dlm loyang then nak mkn susah... tq2 bg idea...


29-06-2006, mak su komen :

yani... good idea! rasanya macam tak renyah nak buat! Tak silap dulu nak kena kukus la, hapa la. ni macam simple and the presentation looks interesting. Modern kontemporari gituuu....Tq!


17-07-2006, Ayu komen :

boleh gak cuba.


18-07-2006, syikin komen :

saya dah try resepi ni..sumer puji sedap..lagipun simple tak payah kukus banyak kali... thank for the interesting 'tepung pelita'


31-08-2006, nurul fatini komen :

saya berpendapat bahawa kuih tepung pelita rasanya sangat sedap. ia sangat manis apabila dimakan. saya harap kuih tepung pelita ini menjadi kegemaran ramai


08-09-2006, nordiyana komen :

diana baru terbaca resipi ni.jadi nanti boleh la try buat sbb ramai yg puji sedap.


12-09-2006, umi komen :

setahu umi kuih ni ada air gula kat bawah dia tapi yg ni dia campur gula sekali agaknya lebeh sedap kuk seakan lompat tikam,boleh cuba nanti.


12-09-2006, yani komen :

umi, memang pun.. kalo beli yg jual dalam daun pisang tu ada air gula kat bawah.. kalau umi suka bolehlah letak..


26-09-2006, azida zik komen :

bila baca komen dari yang lelain, sume cakap sedap. so lepas ni wajib cuba la. lagipun, suami suka sangat dengan tepung pelita ni. thanx for the good idea.


26-09-2006, fizammar komen :

urmm..cant wait to try it.dl pnh buat, but ada kekurgn.tp 1 thing yg i krg fhm -tepung beras (ratakan)? anyone pls xplain..thx yah i wil try sbb husbnd n inlaws sume suke inc me.. slmt berpuasa ya


26-09-2006, yani komen :

maksud 4 sudu besar- ratakan tu.. jgn bagi penuh melimpah macam bukit, tepung tu dlm sudu.. nanti akan terlampau keras.


26-09-2006, yani komen :

zeera.. tepung pelita u nampak lagi sedap.. kaler hijau original dr pandan.. yg i tu letak sket pewarna coz yg pandan frozen tak sehijau pandan yg fresh..


26-09-2006, fizammar komen :

thx yani! 1 more q: klu tak ltk kapur bole tak?wat is d function of tat kapur actualy?coz iv no idea kapur tu camne n nk beli katne?


27-09-2006, Berry komen :

Thank you... Actually, sy ngah cari resepi pelita. my boyfren n I mmg minat sangat... dpd beli kt luar, baik wat sendiri... ok, InsyaAllah nk cube hjg mgu ni....


27-09-2006, yani komen :

fizammar... kalau tak letak kapur, tepung pelita rasa kurang sket.. i pernah terlupa bubuh air kapur ni.. u ni kat mana?.. i nak beritahu pun tak reti juga.. try tanya kat kedai runcit atau pasar jual sayur ataupun kan kalau kat pasar2 tu kan ada bahagian jual rempah ratus.. biasanya ada juga dijual kat situ


27-09-2006, honeybie komen :

yani..nak tanya satu soklan laa.. air kapu tu sukatan dia banyak mana ..coz i tak berapa confident nak agak agak nanti kut terlebih lakss.. leh bagi tau tak? anyway mmg nampak best dan mudah nak buat..timasih bebanyak bagi resepi nih


27-09-2006, yani komen :

honeybie, sukatan kapur tu dlm secubit.. pastu masukkan 2~3 sudu besar air


28-09-2006, seekers komen :

yani. i nak tanya tepung pelita nie ada byk jenis ker, tlg bagi clear sikit, ada yg kata pakai tepung gandum, ada yg bagi resepi kena campur ngan tepung jagung.. tu yg jadi pening sikit, then yg i lg confuse original tepung pelita nie lapisan bawah dia tu ( yg hijau) keras macam tepung talam atau cair jer, byk i jumpa kat pasar ramadhan tu cair jer, tapi masa i kecik-kecik dulu macam ada keras2@kenyal sikit, please explain, TQ


29-09-2006, yani komen :

seekers.. takyah nak confuse original ke tak.. pilih je mana resepi yg u rasa sedap.. i pun tak tahu yg mana satu originalnye..


03-10-2006, ktjish_204 komen :

Memang sedap and thanks for the resepi...but my hubby suka kalau taruh air gula di bawah..lagi sedap gilos kata nye...kira okaylah dapat gak ingredients kami usahakan di scotland ni.tnks again


03-10-2006, yani komen :

ktjish_204.. mana gambar tepung pelita scotland ehehe.. ;)


03-10-2006, riena komen :

thanks Yani. Selama ni mmg ingat susah benor nak buat tepung pelita. At last semlm try buat, menjadi n family suka. TQ TQ


03-10-2006, yani komen :

sonoknye dgr riena pun dah berjaya buat kuih pelita guna resepi ni.. kalau ramai2 tempek gambar tepung pelita kat sini lagi sonok.. ❤


04-10-2006, ctnurain komen :

masak ats dapur je ke tak payah kukus ke


04-10-2006, yani komen :

ctnurain.. kalo ikut resepi ni memang tak payah susah2 nak kukus.. dah sejuk boleh terus ngap!! tapi kena tunggu berbuka dululah ;)


04-10-2006, imanazyan komen :

wah... resepi yani ni mmg best simple jer x payah nak kukus2. hubby saya mmg suka kueh ni... saya plak suka resepi ni.. klu nak best lagi taruk sengkuang yg di cincang kat bhgn bawah dia... bole kan yani???


04-10-2006, yani komen :

imanazyan.. try la.. dan report kat sini k.. saya nak try takleh.. susah nak cari sengkuang tu..


04-10-2006, ctnurain komen :

a.ah letak sengkuang best jugak kan...klu mcm tue senang je la nak buat kuih ni ingat renyah sgt... blk keja kang bo try..anak buah saya mmg suka sgt kuih ni..thank yani


05-10-2006, imanazyan komen :

yani masa saya blk kg husband minggu lepas saya ade pesan dia beli tepung pelita kat psr ramadhan tp dia terbeli kueh tako rupe nye sama cuma bekas dia pki daun pandan. first time saya tgk dan x pernah mkn plak.. yani tau x kueh ni????


05-10-2006, yani komen :

imanazyan...bestnye pasar ramadhan...tengah bayangkan rupa kueh tako tu ni dan semua makanan kat pasar ramadhan... err tak tahulah kuih tako tu.. rasanya sama ke dgn tepung pelita?.. kg husband imanazyan kat mana.. ke lain tempat.. lain namanya kueh ni..


06-10-2006, riena komen :

kalau tak silap riena, kuih tako ni lain dan bukan tepung pelita. Cuma seakan sama je. Rasanya tako tu dia ada mcm buah ke kat dlmnya. Itu yg penah riena jumpa dan rasalah.


06-10-2006, Olah komen :

Rasa saya lah kuih tako nie dia pakai tepung lain... nama tepung tu apa tah... bukan tepung beras.. pas tu kat bahagian bawah dia letak sengkuan cina...


06-10-2006, imanazyan komen :

menurut kawan saya kat perak ade jgak org jual, tp kg husband saya kat negori sembilan, mmg ramai lar peniaga yg buat kueh ni. komen dr olah n riena tu mmg betul... nnt klu saya blk kg saya cube ambil gbr kueh tako ni utk tunjuk pd yani yek..


06-10-2006, yani komen :

ok tu imanazyan.. nanti boleh letak resepinya dan gambar sekali kat sini.. mungkin kuih tako juga yg dimaksudkan oleh ctnurain.. tu ..


13-10-2006, mamaidraj komen :

salam...kapur tu in english pggl apa ekk? saya skrg kat perantauan..hrp2 bole cari kt kedai asian groceries..teringin nk buat kuihmuih tp klau ada yg nk kena pakai kapur mesti frust...xjadi nk buat...emm actually apa fungsi kapur tu ekk?


13-10-2006, mamaidraj komen :

oppss...utk soalan apa fn kapur tu..dah tau...sbb baru terbaca nun kat atas...


14-10-2006, nurleen komen :

kuih taco tu guna tepung taco,layer bawah tepung taco bancuh dengan air daun pandan dan gula pastu letak sengkuang cina yg dipotong kiub kecil2-kacau atas api sehingga pekat...layer atas santan ngan tepung beras,garam sket dan bubuh daun pandan bagi wangi,kacau atas api sampai pekat...tuang adunan layer bawah(warna hijau) dlm daun pandan yg dilipat bentuk empat segi tepat, pastu baru tuang yg layaer atas, pastu biarkan utk dia mengeras samada dlm peti sejuk atau di suhu bilik aje...my mum selalu buat, nanti I tanya sukatan yg lebih khusus utk letak dlm kongsi resepi ni..


17-10-2006, mamaidraj komen :

i dah try resepi ni...tp my hubby gelak...dia ckp patutnya hijau tu yg kat bwh...any comment?


17-10-2006, yani komen :

mamaidraj .. u buat jadi hijau kat atas ke?.. tak sama macam gambar kat atas tu ke.. u letak yg kaler putih dulu ke sebelum letak yg kaler hijau?... mana gambar kuih pelita u... boleh i tengok ;)


25-10-2006, mamaidraj komen :

hihihii....sori sbnrnya i yg trsalah.. terbalik letak hijau tu kat atas sbb excited sgt nk buat...anyway...thnx yani..."myresepi.com" ni mmg brmanfaat sgt2 lbih2 lg bg org diperantauan....semoga Allah saja dpt mmbalas usaha u ni...InsyaAllah....


26-10-2006, yani komen :

mamaidraj.. ehehe ;) kalau sedap boleh try lagi buat lain kali.. dan letak yg hijau tu kat bawah..


14-11-2006, nora_ad komen :

yani.... kelakarnya...nora buat knape rasa pahit??...mula2 manis pastu rasa pahit...member kata mungkin sebab letak kapur byk sesangat....sikit tu dikira macamana....


14-11-2006, yani komen :

nora_ad memang.. kalo terlebih kapur akan rasa pahit.. sedikit yg dimaksudkan tu dalam 1/4 sudu kecil je..


16-11-2006, zara_klate komen :

i da uat da. siap tempek gmbar dgn dua mcm bekas agi kat atas. msok mulut, slurrppp, tros ilang. cayalah!


17-11-2006, nora_ad komen :

yani...ala...kali ni yg putih pulak yg tak kental...lembik aje...apa yg tak kena ye...kena bubuh kapuk skit gak ker?....


17-11-2006, yani komen :

nora_ad.. kalo dah ikut resepi yg kat atas tu.. maknanya yg putih tak cukup masaklah tu .. kena masak lama sket.. takyah bubuh kapur


23-11-2006, ekhfa komen :

i dah buat tp kurang menjadi. pahit skit maybe sbb tlebih kapur & santan masin skit. hehe... tp rasa lemaknya dah kaw.. lain kali kena try lg sampai btul2 mjadi ;)


27-11-2006, gohmimie komen :

dah try masak...sedap! ada pic tapi x pandai attach kat sini pulak...


27-11-2006, gohmimie komen :

btw...for me...i pakai daun pandan replace bekas kecik tu...lagi sedap n aroma tu yang penting...cam na nak attach pic in komen ni??


28-11-2006, Penyulawa komen :

sedapnyaaaaaaaaaaaa... tapi masih malas nak cuba... emmmmmmmmmmmmm... tadi try nak upload resipi & gambarnya sekali... cam tak confident betul ke tak cara dia... ada tutorial kat mana2 tak?


28-11-2006, admin komen :

penyulawa boleh rujuk kat animasi ini utk tutorial nya . http://www.myresipi.com/help/isiresipi.html


30-11-2006, umiza komen :

bestnya.dah lama kita nak cari resepi ni.terima kasih byk-byk walaupun belum cuba lagi.


08-12-2006, yana komen :

hmmm... dah cuba dah, memang sedap. anak2 suka sgt. dah dua kali buat... mudah & sedap. tq


18-12-2006, alma komen :

tul tu yana. kuih tpg pelita mmg sedap. tiap kali bln posa,m enu berbuka i mesti ada tpg pelita, dpt pun byk so sng nk tukar2 juadah kt jiran kiri kanan. tp biasanya i kukus, tp smenjak dh ade resipi yani ni...mmg cun ler, cepat siap, pastu bekas daun psgnya tu nmpk segar je(sbb kalau kukus, lepas masak rupa bekasnye tu < menarik...).


25-12-2006, imahrahim komen :

saya dah berjaya buat kuih ni.. tapi abah saya kata lembih sikit.


09-01-2007, shinchan komen :

ala..br igt nk buat..tp mana nk cr kapur kat jepun ni...org panggil apa?


22-01-2007, junmn69 komen :

macam senang je.. boleh ju try buat petang ni untuk family.. thanks yani..


22-02-2007, buruklantak komen :

Lepas 3 kali buat baru jadi sedap. Belajar dari kesilapan. Jangan bubuh kapur banyak sangat nanti pahit dan masak kena lama sikit kalau tak tepung rasa mentah. Saya bubuh 1/2 teaspoon je air kapur tu. Kalau sapa kat US, boleh beli bekas cawan jernih tu kat supermarket bahagian plastic/paper utensils. Thanks Yani.


14-03-2007, NANI76 komen :

Nani dah cuba resepi ni dan memang menjadilah. Terima kasih krn sudi berkongsi resepi yang sedap ni. Kekawan pun puji sedap. Tapi nani nk attach gambarnya camane ye?


17-03-2007, lisafiq komen :

i baru buat tepung pelita ni semalam,tp frust skit coz terlebih kapur,so rasa pun pahit skit.nanti i masukkan gambar tu ye.Lain kali nak try lg coz i memang suka tepung pelita ni.i ni bab2 masak lemah skit. kena cuba berulang2 kali baru menjadi. kadang2 tu tak menjadi langsung.tu yang buat i malas nak buat apa2.tapi semenjak masuk laman web ni, i jadi bersemangat coz resepi yang ada simple2. senang skit nak buat.


18-03-2007, nuny komen :

i dh cuba buat kueh ni tadi. mula tu i lupa nk taruk air kapur but then after modified, bhgian bwh tu dh ok. n then bila dh siap, bhgian atas tu lembik lagi. nak kata tak cukup lama masak.. i rasa dh dekat 30 minit i kacau atas api. maybe kena tambah tepung kot. but anyway, rasa dia dh sama mcm beli. cuma kena try lagi le. thanks yani.


20-03-2007, lisafiq komen :

Yani...I nak masukkan gambar kat sini tapi tak reti la.Blh tlg tunjuk cara dak?


21-03-2007, yani komen :

lisafiq.. kat sebelah gambar tepung pelita i tu kan.. ada "tulis laporan". kliklah kat situ.. then uploadlah gambar..


21-03-2007, lisafiq komen :

Thanks Yani, actually i dah try klik kat situ tp tak dpt upload jg.Takpe la i try sampai dapat.Mgkn saiz gambar tak sesuai.Thanks also for ur resepi tepung pelita.....


29-03-2007, zyrex komen :

hai kak yani......... i dah try buat tp ubah sikit lah.... bukan letak daun pandan tp letak pati jagung + susu pekat manis + jagung sikit sbb teringin sgt nak mkn yg mcm tu (perisa jagung). Jd mmg jd tp lambat keras bhg bawah tu.... atas dia ok jd. Mgkin x sesuai letak susu kot atau x cukup masak tepung dia. Takpe lah yg pasti mmg sodap..... tq kak yani.


05-04-2007, along ain komen :

Assalamualaikum yani...mer asihlah bagi resepi tepung pelita ni..FUYOH - memang terangkat...anak2 pun suke......alhamdullillah sekali buat terus jadi.


08-04-2007, debab komen :

thanks yani... for the best tepung pelita.. first time buat... family semua puji.. thanks..


08-04-2007, coyotemawi komen :

eh u all buh dalam acu plastik tu ker? yang biasa orang buh agar2?


18-06-2007, hatifah komen :

hello, memang kuih ni, tak payah kukus ke? kenapa dua kali nak guna tepung beras?


10-07-2007, lesmia komen :

i buat tak jadi pun...kenapa tak keras masuk peti ais....kena masak lama2 ker?


12-07-2007, perdana komen :

Dah buat - sedap tapi masa buat kepala tu(putih) kena masak lama sikit.


16-07-2007, aniza80 komen :

kalau tak guna kapur bleh tak


18-07-2007, saiyukioz komen :

i buat tak jd gak..bhgn bwh n atas tercmpur..pastu..msk fridge tak keras pun..huhu..btw..klu tak letak air kapu tak jd ek?huhu..pastu..brp lama kna msk sbnrnya


23-07-2007, rosnani komen :

yani, puas i carik kapur makan tak juper2. Last2 ganti dgn tepung kastard 3 sudu besar. Nasib baik lar menjadi..timer kasih utk resepi mudah ni...sedap plak tuh!! saiyukioz, kalo nak bagi dia cantik, wana ijau & putih tak bercampur. U kena biarkan yg hijau tu keras sikit, baru tuangkan adunan putih. pastu yg santan 4 cawan tu kalau adunan masih tak keras, kena tambah dlm 5 sudu tepung beras. kacau sampai kuah betul2 pekat.


23-07-2007, mishah63 komen :

Dah lama tak jumpa tepong pelita, hanya bulan puasa je jumpa orang jual....Lama dah teringin nak buat sendiri tapi tengok resepi banyak kerenah tak jadi tapi bila tengok resepi Yani simple pulak...mesti nak cuba buat ni......harap2 1st try menjadile....amin...Thanks Yani...


27-07-2007, peekaboo komen :

yani..kat azebaijan ni..tak ada bahan lah...macam mana..ni rindu sangat nak makan tepung pelita..kalau saya kat msyia..dah tentu punya cuba buat,sebabnya nampak senang je..


10-08-2007, fezah komen :

sy peminat tepung pelita tp tak pernah buat sbb tak tau resepi setelah jumpa resepi yani sy pun try..... nampak gayanya lepas ni sy tak payah beli la.... dah terror buat.... tq yani utk resepi nie....


10-09-2007, M T komen :

first time buat. Tapi ada rasa pahit sikit kat bawah. Lepas tu, santan (guna santan paket) lambat pekat.. terpaksa tambah tepung. Yang rasa pahit tu, sebab daun pandan blend atau air kapur?


15-09-2007, hsl komen :

ni kuih favourite i time posa..susah nk cr yg sedap..nk try gak ah..tgk rmi wat menjdi..hehehe..tp tepung pelita nih x pyh kukus ah ek?..mcm ala2 puding jagung,msk smpi likat..betol ke pemahaman saya nih?..tq..


16-09-2007, hanismajid komen :

yani...tak payah kukus ke....so...masak tepung tu dalam periuk pas tu terus tuang dalam bekas yer...betul ke apa yang i paham


16-09-2007, yani komen :

yup.. betul. x perlu kukus. Tapi masa masak tu biar tepung tu betul2 masak(nampak berkilat)


16-09-2007, yani komen :

MT yg terasa pahit tu mungkin terlebih air kapur.


16-09-2007, hanismajid komen :

agak2 baper minit tepung tu betul2 masak ...lama ke


17-09-2007, chefmacho komen :

aku rasa aku tak sangup nak buat kuih ni kot mane pun sape2 nak cuba i think tak rugi sebab kuih ni memang sedap... dan mencabar... kalu jadi mesti puas hati...


17-09-2007, chefmacho komen :

kepada yang nak tau apa orang putih pangil kapur tu ( kapur sireh) ilah kalsium hidroksida iaitu batu kapur yang dibakar dengan suhu tertentu dan dicampur dengan air, jadilah kapur... bukan raja kapooo... nak lagi lanjut search kat website yahoo ke msn ke... ok...


17-09-2007, hanismajid komen :

saya dah cuba buat tadi....jadi tapi belum rasa lagi...caner nak antar gambar nih...tak reti la


26-09-2007, pn-siti komen :

Saya dah 2x buat jadi n sedap... tq yani ... saya suka buat dlm mangkuk bertutup tu sbb senang nak tindihkan almaklumlah keluarga besar meja kecik bila buat kena banyak


16-12-2007, cha komen :

askum.. hye k.yani..thanx 4 da resipi..sdp sgt..family pon suke..thanx sgt2..


28-12-2007, norlela_a komen :

sapa tau mcmana nak bentukkan daun pisang/pandan untuk bekas kuih tepung pelita ni?


23-02-2008, hufif komen :

terima kasih byk...memang menjadi...selepas 3 hari dlm peti ais rupanya lagi sedap dimakan...


02-03-2008, yatiezaini komen :

dah cuba 3 hari lepas.. sedap sgt.. ingatkan susah.. senang rupanya.. 1st time buat.. menjadi .. suka sgt.. nanti saya tempek gambar.. tks yani.. rasanya buat kuih lompat tikam lebih kurang je caranya x???


04-03-2008, umiezu komen :

asslkm..resepi ni klau ikutkan yg mcm org perak punya(sana ada yg panggil kuih limas)mula2 selepas buat acuan dia dri daun pisang...bentukkan dgn kotak mancis dulu...sebelum letak adunan hijau masuk gula pasir dlm 1 sudu besar(kukus dua2 sekali) pastu kukus dah keras skit bru msuk yg putih..bila dah masak gula tadi dah cair..bila nak makan ada rasa masin(yg putih letak garam skit) dan manis...berlemak je rasamya..bila ramadhan kuih ni le yg paling laku sekali.


04-03-2008, putri ledang komen :

yani saya baru try buat ikt resepi yang yani kasi..tapi ngaper santan yer agak cair walaupun tlh dimasak lama...


06-03-2008, buttercups komen :

nk tanya skit..ade sesaper x yg tau cara² nk buat kotak guna daun pandan/daun pisang utk kuih tepung pelita ni?


25-04-2008, orked0110 komen :

mcm senang je ~ nk try laa .. almaklumla sy ni bru kawen!! bru nk blaja pelbagai masakan .. hubby pon kuat mkn lak tu !! sabo je laa ~


08-05-2008, na7072 komen :

macam mana nak buat buat acuan guna daun pisang? kalau kat kelantan, acuan daun pisang tu, namanya temilo.


17-05-2008, anisjunior komen :

Wah~nampak sedaplah..........bahan nya pun mudah bleh lah a.junior buat.....


19-06-2008, mamadania komen :

Salam yani...i br discover website nie. i dok merantau kt Kazakhstan nie. Mmg sdp la tepung pelita resipi yani. 1st time buat alhamdulillah m'jd. X daun pandan i gantikan ngn pati pandan + pewarna hijau. X ltk kapur pn sedap gak.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu